PARIT BUNTAR , 10 Mac : Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim memuji langkah PAS Sungai Baru Pangkal memberi sumbangan kepada ibu tunggal dan orang tua yang tinggal di Pusat Ilmu dan Kemasyarakatan Sungai Baru Tengah.
“ PAS Sungai Baru Pangkal telah menyambut seruan yang disampaikan oleh Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Perak Mustafa Shaari semasa program Liqa’ PAS Parit Buntar baru-baru ini.
“ Aktiviti kebajikan seperti ini patut menjadi contoh kepada PAS Cawangan lain. PAS Cawangan perlu menjadikan aktiviti kebajikan sebagai agenda utama perjuangan” katanya
Harun ditemui semasa menyampaikan sumbangan PAS Sungai Baru Pangkal kepada 16 orang ibu tunggal dan orang tua yang tinggal di Pusat Ilmu dan Kemasyarakatan Sungai Baru Tengah.
Sementara itu, Setiausaha PAS Sungai Baru Pangkal Johari Arbain berharap sumbangan PAS Cawangan berkenaan dapat membantu ibu tunggal dan orang tua yang menuntut ilmu di situ.
“ PAS Cawangan telah mengumpul derma dari ahli dan penyokong PAS di Cawangan. Derma ini kami belikan barangan keperluan untuk disampaikan kepada penghuni pusat ini” katanya
Menurut Johari, PAS Sungai Baru Pangkal ingin mencontohi PAS Parit Buntar yang sudah kerap kali mengadakan aktiviti kebajikan kepada ibu tunggal, anak yatim, pesakit kronik dan orang miskin.
No comments:
Post a Comment