TAPAH , 6 Mac : Seorang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sentosa, Chenderiang di sini, mendakwa dicabul kehormatannya ketika mendapatkan rawatan di kem berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad berkata, pada 1 Mac lalu, mangsa dikatakan pergi ke Medik Klinik PLKN kem berkenaan untuk mendapatkan rawatan akibat sakit perut.
Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian pada jam 10.20 pagi, mangsa telah menerima rawatan daripada Pembantu Perubatan yang bertugas.
“Ketika rawatan, mangsa mendakwa Pembantu Perubatan itu ada memberikannya ubat dan menyentuh serta menekan dengan tangan ke atas anggota badannya iaitu di payudara dan alat sulit,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini, semalam.
Roslan Bek berkata, mangsa berasa malu, marah dan takut di atas perbuatan itu dan tidak puas hati dengan apa yang berlaku.
Katanya, keesokan hari mangsa membuat laporan di Balai Polis Chenderiang dan dibawa ke Hospital Ipoh (HI) untuk menjalani pemeriksaan.
“Hasil daripada laporan doktor bertugas menyatakan tiada kesan dicabul dan mangsa seterusnya menjalankan pemeriksaan di hospital pakar.
“Suspek yang disyaki terlibat dalam kes ini sudah ditahan untuk siasatan dan setelah diambil keterangan, suspek diberi pelepasan dengan jaminan polis,” katanya.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.SH
No comments:
Post a Comment