IPOH , 6 Mac : Pakatan Rakyat (PR) masih belum membuat keputusan sama ada akan hadir atau tidak ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan 30 Mac ini.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, ini berikutan kes-kes yang melibat tuntutan bekas Speaker DUN, V Sivakumar masih belum diselesaikan di mahkamah.
“Sivakumar cuba mendapatkan tarikh berkenaan kes-kes yang melibatkan tiga Ahli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jamaluddin Md Radzi (Behrang), Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya sama ada ketiga-tiga kawasan itu perlu melalui pilihan raya semula selepas peletakan jawatan mereka,” katanya dalam satu sidang akhbar di Wisma DAP di sini, semalam.
Hadir sama, ADUN Kepayang, Loke Chee Yan dan Peguam PR, Cheong Lek Cheng.
Beliau berkata, PR akan membuat keputusan itu selepas bermesyuarat dengan ADUN-ADUN PR yang dijadualkan diketahui hari ini.
Menurutnya, PR sangat kesal dengan tertangguhnya kes itu sejak Oktober lalu.
Katanya, jika kes-kes yang menyebelahi PR, ia pasti akan mengambil masa yang lama untuk diberi perhatian, namun jika ia menyebelahi Barisan Nasional, keputusan akan dibuat pada kadar segera.
“Saya hendak menegakkan kehakiman, oleh itu kami di PR meminta supaya tarikh yang ditetapkan diperolehi dan menerima keputusan berhubung kes-kes berkenaan sebelum 30 Mac ini iaitu pada 28 atau 29 Mac ini,” katanya.
Selain itu beliau turut mempertikaikan pelantikan Datuk R. Ganesan sebagai Yang Dipertua Dewan atau Speaker juga bercanggah dengan Perlembagaan Negeri Perak.
Koo Ham berkata, antara alasan mengapa Ganesan tidak layak diiktiraf sebagai Speaker adalah disebabkan beliau dipilih sebelum Sidang Pembukaan Dewan disempurnakan secara rasmi.SH
No comments:
Post a Comment