PARIT BUNTAR, 8 Mac : Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mempereratkan lagi hubungan silaturrahim sesama Islam.
Sehubungan dengan itu, Ahli Parlimen Parit Buntar telah mengambil inisiatif mengunjungi golongan ini , bertanya khabar serta memberi kata perangsang supaya bersabar di atas musibah yang menimpa.
Kunjungan beliau turut diiringi Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim serta mendapat kerjasama wakil PAS Cawangan setempat.
Antara pesakit yang menerima kunjungan Ahli Parlimen berkenaan ialah Arshad Ahmad dari Sungai Kota yang mengidap sakit kuat dan tidak mampu bekerja .
Dr. Mujahid yang ditemui berharap kunjungan ke rumah Arshad dapat memberi kekuatan kepada beliau untuk menghadapi penyakit yang dialami.
“ Amalan berziarah dapat mengukuhkan ukhuwah di samping kita dapat mengambil berat tentang keadaan pesakit serta keluarga mereka . Kita juga dapat berkongsi rasa, berdoa, lalu mampu memberikan ketenangan emosi buat diri pesakit” katanya
Menurutnya, amalan ziarah di kalangan orang-orang Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar dalam masa sakit sahaja.
“ Amalan ziarah ini telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap kaum keluarga, yang tua, bujang dan lain-lain. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar, sebagaimana yang disarankan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. “ katanya
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa yang turut serta semasa menziarahi Arshad memberitahu amalan ziarah ini akan diteruskan sepanjang masa dan bukannya hanya tertumpu semasa pilihan raya semata-mata.
No comments:
Post a Comment