Thursday, April 15, 2010

Nizar buat keterangan polis


IPOH , 15 April : Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam, tampil membuat keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, berhubung satu laporan polis yang bersabit dengan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini.

Nizar berkata, beliau diminta hadir ke IPD Ipoh sebagai saksi terhadap laporan polis berhubung kes Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan kehadiran pegawai serta anggota polis pada persidangan itu.

Bagaimanapun Nizar berkata, beliau tidak dapat membuat sebarang kenyataan secara rambang berdasarkan surat waran yang diterima dan hanya dapat memberi maklum balas setakat apa yang diketahui sahaja.

“Saya hadir di sini pada hari ini berikutan satu waran yang telah dikeluarkan kepada saya agar memberi kerjasama berdasarkan laporan tersebut.

“Tetapi, saya tidak dapat memberi keterangan secara terperinci sebelum pihak polis memberi maklum balas penuh berkaitan laporan itu.

“Bagaimanapun, saya sedia bekerjasama sebagaimana yang diinginkan, namun saya mohon agar saya dapat melihat laporan 1903/10 itu secara rasmi sebelum saya merujuk kepada penasihat saya,” katanya kepada pemberita di IPD.

Sementara itu, Nizar berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama terhadap pihak polis dan memohon beliau diberi maklumat penuh demi memastikan siasatan tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar.

Katanya, pihak polis perlu berlaku bersikap telus serta adil terhadap semua laporan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR).SH

No comments:

Post a Comment