PARIT BUNTAR, 5 April : Organisasi PAS Cawangan akan lebih kukuh melalui gabungan tenaga kerja semua ahli PAS di cawangan. Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa berkata, setiap ahli PAS cawangan diingatkan agar bersama-sama memberi sumbangan kepada setiap aktiviti yang dijalankan oleh PAS Cawangan “ Setiap ahli PAS mempunyai tanggungjawab masing-masing mengikut tahap serta kemampuan bagi membantu PAS Cawangan “ katanya Bahrain berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Cawangan Pekan Tanjung Piandang di Markas PAS Tanjung Piandang “ PAS Kawasan Parit Buntar meletakkan kepercayaan yang penuh kepada ahli parti tanpa mengira peringkat usia, lama dan baru dalam perjuangan. " Malah, PAS sekarang menggabungkan keahlian di kalangan golongan ulama', profesional, petani dan nelayan, " katanya Beliau juga menyarankan agar PAS Cawangan mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan selain aktiviti keagamaan yang sedia berjalan di Markas Tanjung Piandang. “ Melalui aktiviti yang dijalankan ini bukan sahaja menarik masyarakat setempat untuk hadir ke Markas. “ Malah, masyarakat akan memandang tinggi kepada PAS Cawangan yang aktif mengadakan aktiviti berbanding parti lain” katanya Bahrain berkata masyarakat sudah maklum bahawa PAS Cawangan Pekan Tanjung Piandang banyak mengadakan aktiviti terutama di bulan Ramadhan. “ Saya puji kemampuan PAS Cawangan ini mengadakan pelbagai aktiviti. Jadi, saya berharap PAS Cawangan dapat menggandakan usaha mengadakan aktiviti terutama yang membabitkan anak-anak muda “ katanya
No comments:
Post a Comment