Thursday, April 15, 2010

Pemilihan Zaid tepat











KOTA BHARU , 15 April ;
PAS Kelantan menyifatkan pemilihan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah tepat berdasarkan pengalaman yang ada padanya.

Pengarah Pilihan raya PAS Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, faktor calon tempatan atau luar tidak menjadi ukuran kepada kemenangan sesuatu parti dalam pilihan raya kecil tersebut.

“Walaupun Zaid bukan anak tempatan, tetapi pengaruh dan pengalaman yang ada padanya cukup untuk mendapatkan keyakinan pengundi tempatan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Zaid yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu dan pernah menjadi

Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan, diumumkan sebagai calon PKR pada pilihan

raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Abdul Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku turut menolak dakwaan yang mengaitkan pencalonan Zaid itu membuktikan PKR ketandusan calon yang untuk diketengahkan dalam pilihan raya itu.

“PKR mempunyai ramai calon yang berwibawa dan tidak timbul soal kekura-ngan individu yang terbaik. Apa yang penting strategi meletakkan Zaid adalah tepat berdasarkan apa yang dimahukan penduduk setempat,” katanya.

Dalam pada itu, Fatah berkata, PAS Kelantan akan menghantar tiga kumpulan jenteranya yang setiap satunya mengan-dungi 100 petugas pilihan raya.

Katanya, beliau yakin pihaknya tidak bermasalah untuk menang dalam pilihan raya itu berdasarkan keadaan semasa selain calon yang lebih memihak kepada PR.SH

No comments:

Post a Comment