Friday, April 30, 2010
“Saya semakin sihat dan semakin muda,”Dato’ Ustaz Harun Taib
KEMAMAN – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib bersama-sama Anggota Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Terengganu mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan (DUN) Kijal, disini, hari ini 29 April.
Lawatan tersebut merupakan program mingguan pemimpin tertinggi PAS Terengganu ‘turun ke bawah’ bersama masyarakat.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah bertemu dengan masyarakat setempat dengan minum pagi dan minum petang di kawasan-kawasan terpilih.
Selain itu, lawatankerja tersebut juga akan meninjau perkembangan politik setempat dengan berdailog bersama pemimpin masyarakat dan memberikan maklumat terkini dalam ceramah yang diadakan disebelah malam.
Ustaz Harun yang juga Ketuia Dewan Ualamak PAS yang ditemui ketika minum pagi di Kampung Bukit disini kelihatan ceria dan begitu bersemangat.
Apabila ditanya, bagaimana keadaannya sekarang, beliau menjawab,”saya semakin sihat dan semakin muda,”
Pada 9 Januari lalu, Ustaz Harun telah diminta berehat di Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) selepas diserang angina ahmar ringan.
Selepas keluar dari HSNZ, pihak hospital menasihatkan supaya beliau berehat dan menjalani rawatan lanjut.Buletin Online
No comments:
Post a Comment