Thursday, April 8, 2010

Umno kelirukan rakyat





Umno cuba mengumpan rakyat jelata untuk menghadiri ceramah anjurannya dengan menggunakan banner-banner yang memaparkan foto, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Taktik-taktik kotor ini menggambarkan Umno sanggup mengelirukan rakyat demi mencapai matlamatnya, supaya memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di kalangan penyokong-penyokong mereka.

Ceramah ini bertujuan untuk menaburkan fitnah walaupun temanya adalah “Ini Kisah Sebenar!”

Penceramah-penceramah yang diundang ke ceramah tersebut termasuklah Datuk Seri Zahrain Hashim, ahli parlimen yang telah dibebaskan daripada Bayan Baru dan Ezam Mohd. Noor yang telah keluar parti PKR sebelum ini.

Apakah kisah sebenar yang dapat diceritakan oleh mereka selain cerita-cerita khayalan ciptaan Umno sendiri.

Dapsy dan Pemuda Pakatan Rakyat menuntut supaya Umno memberhentikan taktik-taktik sedemikian yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat sahaja.

Taktik-taktik yang kotor sedemikian patut dikutuk dan dikecam oleh rakyat yang berpegang teguh terhadap prinsip-prinsip demokrasi.

Jikalau Umno tidak yakin dengan daya tarikan sendiri sehingga sanggup memperalatkan foto-foto pemimpin Pakatan Rakyat demi menarik minat rakyat jelata ke ceramah anjurannya, ini menunjukkan bahawa Umno telah ketandusan modal politiknya dan sokongan rakyat terhadapnya semakin menurun.

Dapsy dan Pemuda Pakatan Rakyat menggesa rakyat jelata supaya tidak dipancing untuk menghadiri ceramah anjuran UMNO yang hanya bertujuan untuk menaburkan fitnah sahaja.

Kisah-kisah sebenar tidak akan dan tidak dapat diceritakan oleh pemimpin-pemimpin yang boleh dibeli dan disokong oleh UMNO.

Ng Wei Aik adalah setiausaha pemuda sosialis DAP (Dapsy) Pulau Pinang dan juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment