Wednesday, May 12, 2010

Halalan Toyyiba

LENGGONG, 13 Mei : Program Halalan Toyyiba anjuran Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Kawasan Lenggong bertempat di Markaz PAS Banggol Belimbing baru-baru ini banyak memberi manfaat kepada hadirin.

Program itu benar-benar menginsafkan apabila didedahkan penceramahnya mengenai penggunaan barangan, terutama makanan haram dan syubhah oleh umat Islam, khususnya di negara kita.

Kebanyakan barangan, terutama makanan adalah produk keluaran Israel, di mana bukan setakat tujuan untuk kumpul dana untuk bunuh umat Islam Palestin, tetapi juga bertujuan untuk melemahkan pemikiran umat Islam seluruh dunia.

Justru bagi membangkitkan keinsafan hadirin, Penceramah yang juga salah seorang Pengarah HPA, Saudara Mohd Kamal Busu, memulakan ceramah dengan menayangkan slide mengenai rentetan keganasan tentera Zionis Yahudi terhadap umat Islam Palestin.

Turut ditayangkan bagaimana proses mengeluarkan produk oleh sebuah syarikat luar negara, termasuk lembu hidup-hidup dimasukkan ke dalam mesin pemprosesan.







Mohd Kamal berkata, kita lihat kekejaman Israel terhadap umat Islam, kita mungkin tak rasa apa-apa atau mungkin setakat berkata; kita boikot barangan keluaran Zionis Yahudi itu.

"Kita kata kita nak boikot, tetapi sejauh mana sedangkan kita tidak ada produk-produk sendiri sebagai alternatif untuk seluruh umat Islam khususnya.

"Oleh itu kami dari HPA mengeluarkan banyak produk, terutama makanan yang berkonsepkan Halalan Toyyiba atau halal lagi baik untuk umat Islam," katanya.

Program dimulai selepas solat Maghrib berjamaah itu turut dihadiri Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Haji Zakaria dan Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Lenggong, Saudara Mohd Hatta Abdul Aziz.

Mohd Kamal berkata, di Malaysia pengguna terbesar adalah umat Islam, manakala 85 peratus produk, terutama produk makanan dikeluarkan oleh bukan Islam.

Katanya, umat Islam perlu sangat-sangat peka mengenai persoalan penting ini kerana makanan memberi kesan kepada pembentukan akhlak dan penerimaan doa oleh Allah SWT.

Anak akan berminda cerdas apabila setiap hari diberi makan dengan makanan yang halal lagi baik, sebaliknya anak-anak akan menderhakai ibu bapa sekiranya makan makanan yang tidak halal.

Beliau seterusnya mengingatkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka nerakalah yang lebih utama baginya.

No comments:

Post a Comment