Sunday, May 9, 2010

Malaysia lebih baik di bawah Pakatan

















KOTA BHARU, 9 Mei : Pemuda PAS digesa memberi tumpuan kepada pembentukan pemikiran politik Malaysia iaitu menyedarkan masyarakat khususnya golongan belia, bahawa Malaysia akan lebih baik di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemuda PAS di semua peringkat perlu mengambil peluang yang sedang terbuka luas pada hari ini, dikala Umno BN sedang berdepan penolakan rakyat.

"Ini yang harus diberikan keyakinan kepada masyarakat.
"Kita harus menghapuskan terus khurafat yang berakar umbi lebih daripada 50 tahun iaitu ‘khurafat’ yang berada dalam pemikiran masyarakat Islam khususnya di kalangan pengundi-pengundi bahawa seolah-olah mereka menganggap tanpa Umno-BN, negara kita ini akan mundur dan akan menjadi huru-hara," katanya.

Beliau berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Kali Ke-51 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan dekat sini kelmarin.

Mengakui ianya satu tugas yang sukar, Mahfuz berkata seluruh tenaga pemuda perlu dikerahkan semaksima mungkin lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangka 2011 nanti.
Pemuda PAS juga perlu mempersiapkan diri khususnya dengan kemahiran-kemahiran terkini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dunia.
Ianya bagi memastikan golongan sasaran iaitu anak-anak muda dapat didekati sebaik mungkin menerusi kaedah yang tepat.
"Inilah yang harus dilihat oleh golongan muda yang harus memahami persoalan politik anak-anak muda, persoalan keperluan anak-anak muda serta memahami gaya hidup mereka.
"Dan saya yakin bahawa ia memerlukan kepada kemampuan dan keupayaan untuk memberikan satu keyakinan yang tinggi kepada masyarakat dan rakyat khususnya generasi muda di negara ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Tambahnya lagi, pemuda PAS juga bukan sekadar berdepan Umno BN, malah sedang berdepan strategi pihak asing yang dilantik kerajaan seperti Apco Worldwide.
"Umno-BN tidak terus membiarkan dirinya lemah, cuba mencari ubat dan tempat kebergantungan bagi mempastikan kelangsungan kuasa politiknya, tambahnya.
Turut hadir Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ahmad Subki Yusoff, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan Mohd Zaki Ibrahim (Timbalan Speaker Negeri Kelantan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran).
Hadir sama Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Abdul Latiff Abdul Rahman (Adun Mengkebang), Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Ahmad Baihaki Atiqullah (Adun Pasir Tumboh) dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Abdul Fattah Mahmood (Adun Bukit Panau)

No comments:

Post a Comment