Wednesday, May 5, 2010

RM 1juta untuk majlis rasmi kerajaan MB Mahkamah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgv-xte9zMbxBC2euNnPst_QE8B7LL9xPcskvD38GJ9vdFuYOrkOFMIN0ICDaAH7cJ3_ihd9Yw8vi8dcKI7fiefZbUN8G356z9I2zsvUqVLsjg2kyLW3cbl9zg6s45FBYlQSCex8bhlDtwx/s1600/ahmad.jpg

IPOH, 5 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak cukup bimbang dengan pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) negeri, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mengenai pembaziran wang rakyat.

Ini berhubung laporan PAC bahawa agensi dan jabatan kerajaan membelanjakan lebih RM1 juta untuk beberapa perasmian majlis setelah siasatan yang dijalankan tahun lepas.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata pihaknya amat menyokong penuh pendedahan tersebut atas sifat menyelamatkan wang rakyat supaya ianya disalurkan bagi tujuan rakyat dan bukannya menguruskan perasmian majlis agensi atau jabatan kerajaan semata-mata.

“Pemuda PAS Perak tidak mengetahui motif sebenar pendedahan Datuk Seri Raja Ahmad yang banyak menimbulkan persoalan-persoalan setelah komen yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS negeri, katanya difahamkan bahawa semua majlis perasmian agensi atau jabatan kerajaan tersebut sudah semestinya yang dihadiri sendiri oleh Zambry.

Ini, katanya bermakna terlalu banyak perasmian majlis diadakan pada tahun lepas yang dihadiri oleh Zambry yang menyebabkan kos majlis meningkat seperti mana yang didedahkan.

“Datuk Seri Raja Ahmad seolah-oleh memberikan gambaran buruk kredibiliti Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menjangkakan Raja Ahmad tidak mungkin akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri malah Pengerusi PAC mungkin akan ditukar.

Tegasnya, Pemuda PAS Perak bukan ingin mencampuri urusan Barisan Nasional (BN) tetapi jika Raja Ahmad yang sanggup kehilangan jawatan-jawatan penting di atas mendedahkan pembaziran wang rakyat adalah seorang yang berintegriti walaupun Zambry dan media memahami sikap sebenarnya.hrkh

No comments:

Post a Comment