Friday, June 4, 2010

Demo bantah Israel dan judi bola di Parit Buntar














PARIT BUNTAR, 4 Jun :
Demontrasi membantah kekejaman Israel terhadap serangan konvoi bantuan ke Gaza telah di adakan di perkarangan Masjid Batu Lima, di sini.

Bantahan ini melibat PAS Parit Buntar dan Dewan Pemuda PAS Parit Buntar serta ahli qariah masjid tersebut sesudah menunaikan solat jumaat.

ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa telah berucap dalam demontrasi tersebut.

Abdul Yunus mengutuk keras kekejaman Yahudi laknatullah dan meminta umat Islam agar terus berdoa semoga umat Islam di Gaza di beri bantuan oleh Allah SWT.

Dr. Mujahid Yusuf Rawa mewakili semua penduduk di kawasan Parlimen Parit Buntar mengutuk tindakan zalim yahudi dan beliau sendiri akan membawa usul mengutuk Israel pada sidang Parlimen pada minggu hadapan.

Menurutnya, umat Islam harus berbangga kerana ada rakyat Malaysia seramai 11 orang yang bersama-sama konvoi tersebut bagi menandakan komitmen kita terhadap bantuan ke Palestin.

"Kita menyatakan 11 rakyat malaysia yang berada di atas kapal tersebut adalah merupakan wira-wira kita dan kita harus memberi penghargaan kepada mereka"katanya diselangi laungan 'takbir' dan 'hancur yahudi'.

Menurutnya lagi, selain mengutuk Israel PAS juga akan mendesak kerajaan Malaysia supaya menghentikan pemberian kontrak kepada APCO Worldwide yang merupakan syarikat milik yahudi sebagai tanda sokongan bantahan Malaysia.

"Janganlah hanya dihadapan menentang yahudi tetapi dalam pada masa yang sama mengambil yahudi sebagi perunding Malaysia, itu adalah sifat orang munafik"katanya

Dr. Mujahid sebelum itu menjadi khatib dan Imam solat jumat di Masjid tersebut. Solat hajat memohon pertolongan Allah juga dilakukan selepas solat Jumaat disertai lebih 300 ahli jamaah.

Sementara itu, demontrasi ini juga diadakan bagi mengutuk tindakan umno/BN membenarkan lesen judi diluluskan pada perlawan bolasepak Piala Dunia tidak berapa lama lagi.

" Kami akan meneruskan usaha menentang kelulusan lesen judi ini dengan sepenuh kekuatan.

"Kami rakyat Parit Buntar membantah lesen judi di halalkan.Kami suka bola, kami tak suka judi" laungan ahli qariah Masjid Batu Lima bagi mewakli Kawasan Parit Buntar.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, Dewan Pemuda PAS Parit Buntar akan menganjurkan Pidato Kecam Judi Bola pada malam Sabtu di Padang Purnama, Kpg. Kedah.

"Selain ceramah, Dewan Pemuda juga akan mengedar risalah mengutuk pemberian lesen judi oleh Umno kepada Berjaya Groups." katanya.

Pemuda mengedar risalah mengutuk Yahudi dan
mengecam pemberian lesen judi bolasepak.

ADUN Kuala Kurau memberi ucapan

YB Dr. Mujahid mengutuk keras pemberian RM77 juta
kepada apco (yahudi)

No comments:

Post a Comment