PARIT BUNTAR, 7 Julai : Unit Amal Parit Buntar telah berjaya dalam ekspedisi menawan Bukit Tebuan, Bandar Baharu, Kedah.
Pengarah ekspedisi Mohamad Shalihin Abd Wahab berkata, ekspedisi yang disertai oleh anggota Unit Amal dan Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Parit Buntar telah mengambil masa dua jam untuk sampai ke puncak bukit tersebut.
“ Kami mula bergerak dari Markaz Titi Serong secara konvoi ke kaki bukit tersebut di kampung Permat
ang Pasir, Bandar Baharu.
“ Peserta telah diberi taklimat khas berkenaan perjalanan mendaki bukit berkenaan oleh seorang penduduk tempatan. Langkah dimulakan dengan bacaan doa agar mendapat keselamatan sepanjang perjalanan dan ekspedisi diberkati oleh Allah “ katanya
Shalihin berkata, peserta dibekalkan dengan sebungkus nasi serta sebotol air gau sebagai bekalan sepanjang ekspedisi.
“ Ekspedisi mendaki bukit ini adalah yang pertama dilakukan oleh Unit Amal Parit Buntar. Kekurangan pengalaman ini menyebabkan berlaku kesilapan memilih jalan sehingga menyebabkan perjalanan ke bukit menjadi jauh” katanya
Menurut Shalihin, perjalanan ke bukit berkenan menjadi jauh kerana kesilapan memilih jalan dan terpaksa mendaki dua anak bukit sebelum mendaki bukit sebenar.
“ Walaubagaimanapun, kesilapan ini tidak melemahkan semangat peserta untuk terus mendaki Bukit Tebuan.
“ Memang letih dan memenatkan tapi kami anggap sebagai dugaan dan cabaran yang menguji semangat juang peserta. Malah, menjadi pengalaman yang bermakna dalam ekspedisi ini” katanya
Tambahnya, Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Wan Azamudin Wan Ibrahim telah menyampaikan tazkirah kepada peserta semasa berada di puncak bukit.
“Tazkirah disampaikan berhubung dengan ikatan ukhwah dan kerjasama semasa ekspedisi mendaki bukit dan kaitannya dengan usaha dakwah dan berjihad di jalan Allah” katanya
“ Selepas tazkirah , kami bergerak menuruni bukit sehingga ke kaki bukit. Walaupun agak keletihan , namun kepuasan tergambar di muka peserta ekspedisi” katanya
No comments:
Post a Comment