Wednesday, August 4, 2010
Ceramah Lim Guan Eng jadi tarikan
PARIT BUNTAR, 4 Ogos : Ceramah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Parit Buntar pada 7 Ogos ini dijangka menarik kehadiran orang ramai yang ingin mengikuti perkembangan pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, ceramah anjuran Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar berkenaan akan diadakan di Dataran Purnama, Kampung Kedah.
“ Segala persiapan sudah dibuat dan orang ramai diharap dapat datang awal bagi mengelak kesesakan lalu lintas.
“ Orang ramai diminta meletakkan kenderaan di kawasan berhampiran Taman Kerian Permai . Unit Amal Parit Buntar akan mengawal lalulintas dan parkir” katanya
Fakhrurrazi berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan menjelaskan isu-isu yang dimainkan oleh pemimpin Barisan Nasional bertujuan memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
“ Perkara sebenar yang berlaku di kampung Jalan Pokok Asam dan isu pegawai persekutuan Nik Ali Mat Yunus tidak menghormati kerajaan negeri akan diketahui pada malam tersebut.
“ Orang ramai di Parit Buntar dan kawasan sekitar pasti tidak akan melepaskan peluang mendengar penjelasan dari mulut Ketua Menteri sendiri”katanya
Menurutnya lagi, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang baru pulang dari Sabah turut berucap bersama Ketua Menteri Pulau Pinang.
“ Beliau tentunya akan menceritakan pengalaman mengadakan dialog bersama paderi-paderi kristian di beberapa gereja di Sabah” katanya
Tambahnya, PAS Parit Buntar akan membuka kaunter daftar pemilih dan daftar ahli PAS pada malam tersebut.
"Tauhu Bakar and Cendawan Goreng available now here at beloved Parit Buntar, North Perak. Come and join the club! Taman Wawasan, Parit Buntaq..."
ReplyDeleteuntuk bulan posa da...