Setiausaha Jawatankuasa Infaq Ramadan Khairulzami Muhammad berkata, sumbangan ini adalah hasil kutipan derma oleh Jawatankuasa Infaq Ramadan yang ditubuhkan oleh PAS Parit Buntar.
“ Jawatankuasa ini berjaya mengutip dana Ramadan pada tahun ini sebanyak hampir RM 100,000 untuk disumbangkan kepada golongan fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim di Parit Buntar.
“ Kutipan ini juga melibatkan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang bekerja keras mendapat sumbangan dari orang ramai bagi menjayakan program sepanjang Ramadan” katanya
Khairulzami berkata, kempen derma program Ramadan PAS Parit Buntar telah dilancarkan sebelum bermulanya bulan Ramadan dan dianjurkan setiap tahun.
“ Kutipan kali ini lebih besar dari tahun lepas di mana pada tahun lepas kita berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM 75,000 sahaja" katanya
Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam ucapannya berkata, setiap usaha PAS ini adalah semata-mata untuk memberi sumbangan serta meringankan beban masyarakat di Parlimen Parit Buntar amnya dan DUN Kuala Kurau khasnya.
"Semalam kita menyampaikan sumbangan yang sama di DUN Titi Serong melibatkan 170 penerima dan hari ini kita menyampaikan sumbangan kepada masyarakat di DUN Kuala Kurau pula.
“ Wakil rakyat PAS tiada peruntukan dari kerajaan tapi kami tetap berusaha keras mengumpul derma dari orang ramai dan ahli korporat bagi membantu rakyat yang memerlukan di Parit Buntar “ katanya
Menurut Dr. Mujahid, PAS hanya mengharapkan doa dari orang ramai agar PAS dipelihara dan terus diberi amanah untuk memimpin di Kawasan Parlimen Parit Buntar.
"PAS akan terus berusaha membantu rakyat walaupun menerima banyak halangan. PAS hanya mengharap doa dari orang yang lemah.
“ Ini kerana doa orang lemah atau miskin ini dimakbulkan oleh Allah . Berkat doa inilah agenda kebajikan PAS dapat dilangsungkan” katanya
No comments:
Post a Comment