Saturday, September 4, 2010

Ziarah hospital sempena Ramadan

PARIT BUNTAR, 5 Sept. : PAS Parit Buntar bersama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau telah mengadakan lawatan muhibbah ke Hospital Parit Buntar sempena menyambut Ramadhan dan Syawal tahun ini.

Rombongan ini diketuai oleh Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Haji Harun Hashim bersama Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.

Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadan Abdul Bahrain Desa berkata, kedatangan rombongan telah disambut mesra oleh pihak hospital yang diketuai oleh Matran Yong Kamsiah dengan membuat lawatan ke wad bersalin, kanak-kanak, lelaki dan wanita.

"program ziarah ke hospital ini merupakan acara tahunan setiap kali sambutan Ramadhan dan Syawal. Pesakit di hospital dikunjungi sebagai tanda prihatin pihak PAS dan wakil rakyat di sini.

" Doa turut dibaca oleh wakil rakyat kepada para pesakit agar dicepatkan sembuh supaya mereka dapat meraikan lebaran bersama keluarga masing-masing" katanya

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa juga telah menyampaikan sumbangan peribadi untuk Jawatankuasa Kebajikan dan Rekreasi Hospital Parit Buntar.

Turut hadir dalam rombongan tersebut adalah isteri-isteri wakil rakyat, Dewan Muslimat serta Dewan Pemuda PAS Parit Buntar.



Dr Mujahid ziarah bayi yang baru lahir di wad bersalin

No comments:

Post a Comment