Thursday, November 25, 2010
Blogger pro Umno Taiping Mali takut berdebat
IPOH, 25 Nov. : Blogger pro Umno Taiping Mali hari ini menzahirkan sikap sebenar para blogger pro Umno apabila menolak cabaran Dewan Pemuda PAS Perak untuk berdebat.
Blogger Taiping Mali memberi alasan yang tidak boleh diterima untuk menolak cabaran debat ini.
Malah blogger ini masih lagi berhujah secara satu hala untuk menunjukkan bahawa pemimpin Umno kesayangannya tidak bersalah.
Blog ini memaparkan tulisan blogger ini yang gagal membuktikan daya intelek yang tinggi sebaliknya membuktikan bahawa blogger ini tidak berani menyahut cabaran Dewan Pemuda PAS Perak.
Ikuti jawapan blogger pro Umno ini :
Hari ini TM dimaklumkan oleh beberapa rakan bahawa Dewan Pemuda Pas Negeri Perak (DPPNP) teramat marah hingga tidak dapat dikawal lagi dan menyuruh TM membuka laman web Harakah Daily bersabit isu 'ancak' yang telah diputar belit oleh DPPNP..
Wah memang betul lah Pemuda Pas marah 'gilerr' dengan TM sehinggakan mencabar TM dan Perak Today untuk berdebat.
TM faham tujuan sebenar DPPNP bukan untuk berdebat sangat sebaliknya untuk melihat wajah TM dan juga Perak Today. Itu lah motif utama mereka.
Pas ajak TM berdebat bukan perkara baru, sewaktu PRK Bukit Gantang juga Pas telah mencabar TM dan beberapa rakan blogger yang lain untuk berdebat.
Malah blogger Pas Al- Banjari juga telah menyiarkan wajah TM dalam blognya dan beliau pernah mengugut untuk menyaman TM.
Sebenarnya trend berdebat ini ialah trend orang kalah. DPPNK ternyata sudah kalah sebab usaha mereka untuk mengkritik dan mencela Menteri Besar Perak tidak menjadi.
Taipingmali dan Perak Today telah mengkritik balik dan DPPNK juga telah cuba menghasut Mufti Perak agar menghukum Dr Zambry tetapi ternyata usaha mereka gagal.
Tan Sri Harussani sendiri menyatakan Dr Zambry tidak mengamalkan amalkan kurafat . Dr Zambry hanya hadir sebagai VIP.
Istilah mengamalkan amalan kurafat bermakna perbuatan Dr Zambry dilakukan setiap hari setiap bulan dan setiap tahun tanpa gagal. Itu barulah diistilah sebagai amalan.
DPPNK faham akan hukum Islam dan isu yang dibawa mereka hanyalah retorik politik yang amat murah.
Setelah gagal dalam perencanaan mereka maka dihalakan muncung meriam berkarat Pas ke arah Taipingmali dan Perak Today. (PT)
Kalau dah kalah bersilat dengan Tan Sri Harussani seorang Ulamak ( bukan Ularmak) tak payah sibuk-sibuk nak berdebat dengan TM dan PT.
Bagi TM isu yang dibangkit dan diungkit oleh Pas Perak adalah satu usaha untuk mengalih isu yang sedang panas melanda Pas, Dap dan juga PKR.
PKR sedang dalam masalah dan bakal rebah, ditambah lagi isu liwat yang semakin panas, Anwar telah mengupah Mat Sabu Hotel Perdana dan Hishamudin Rais Tukar Tiub untuk mengadakan Forum Awam Anti ISA di Komtar Walk di Pulau Pinang.
Mat Sabu juga terlibat kerana mahu tutup kes Memali, sehinggakan Pemuda Pas memprotes penjualan buku isu Memali yang diterbitkan oleh penulis yang menyanggah cerita kelentong Pas.
DPPNP seolah-olah sudah bankrup modal untuk berpolitik sehingga mengajak blogger untuk berdebat buat kali ke dua. Bab berdebat dengan Pas ini sudah banyak disiarkan dalam internet.
Berdebat dengan orang Pas umpama berdebat dengan anjing. menyalak sehingga mengeluarkan taring, hingga ternampak urat leher dan sampai merah cuping telinga. Bercakap seperti orang makan tak baca bismilah. Punyalah emosi dan egois, penuh dengan perkataan dan bisikan setan.
Akhir kata, kenyataan Mufti, YB Ramle Zahari Adun Manong, jawapan YAB DS Dr Zambry sendiri dan juga penulisan dalam blog sudah cukup untuk mematahkan hujah Pas, tak perlu berdebat 4 mata kerana orang Pas bukan reti berdebat. Apa yang mereka pandai ialah bertengkar sahaja sehingga merah butir mata macam setan.
Berdebat ini adalah ketinggalan zaman kerana sekarang kita boleh berdebat dan berhujah dengan blog, facebook , twitter dan lain-lain medium yang ada.
Kalau tak puas hati buatlah artikel lain untuk mencabar apa semua nama di atas. berilah hujah dan nas yang munasabah, tetapi sebelum itu lihatlah sendiri kemunafikan Pas terlebih dahulu. Taiping Mali
Ini blogger memgajar di SK Simpang.TAIPING.MALAS Punya Cikgu.
ReplyDeleteNak debat? Cuba jawab soalan ni sahaja. Perbuatan Yang Bungul Nizar mengusung lilin menyembah orang mati tu ajaran mazhab mana?
ReplyDeleteBasuh berak dulu, sebelum komplen orang berak merata.
Tak kira la, debat la kalau berani. nanti debat baru boleh jawab soalan. main berani kot jauh sapa pun boleh .
ReplyDelete