KUALA LUMPUR, 5 Nov. : Barisan Nasional berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri Galas di Kelantan dan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah.
Di Batu Sapi, keputusan rasmi Datin Linda Tsen dari PBS menang dengan majoriti 6,359 manakala Ab Aziz Yusoff memenangi Galas dengan majoriti 1,190 undi.
Kemenangan BN ini, susulan ganjaran-ganjaran kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak melalui belanjawan dan pelbagai tindakan untuk memenangi hati pengundi bukan Melayu menguatkan jangkaan pilihan raya yang lebih awal.
Blog-blog dan pemerhati pro-BN mendakwa BN telah memenangi semula undi bukan Melayu di Galas, sesuatu yang telah diusahakan sejak perubahan besar sokongan pengundi bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media di Batu Sapi mendakwa kemenangan di Sabah itu sebagai satu sokongan kepada gagasan 1 Malaysia perdana menteri.
Pada masa sama, kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah yang sebelum ini dilihat terpinggir daripada Umno. Razaleigh menjadi faktor kekuatan Umno dalam pilihan raya kecil ini.
Kemenangan Umno di negeri kubu kuat PAS ini walau bagaimanapun tidak menjejaskan kerajaan negeri PAS.
Kemanangan kedua-dua pilihan raya kecil ini memberi kesan positif yang besar kepada Umno dan Barisan Nasional, kerana mengalahkan dua parti PR iaitu PAS di Kelantan dan PKR di Sabah.
No comments:
Post a Comment