Saturday, November 27, 2010

Mustaffa Kamil tak ikut Zaid

zaid ibrahim pc 091110 mustaffa kamil ayub and zaidPETALING JAYA, 27 Nov. : Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berjanji akan terus komited dalam PKR walaupun ada percubaan menariknya menyertai parti baru yang akan ditubuhkan Datuk Zaid Ibrahim.

"Ada percubaan meminta saya ke sana. Dan (juga sebelum ini) diminta untuk tidak bertanding (timbalan presiden), tetapi saya akan terus bertanding dan memberikan ruang kepada JPP (menangani aduan).

"Ada yang menggamit, tetapi saya tegas dan komited dengan PKR," katanya yang tewas teruk dalam pemilihan merebut jawatan timbalan presiden di tangan pesaingnya Azmin Ali.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Mustaffa Kamil ketinggalan lebih 11,000 di belakang Azmin.

Keputusan rasmi akan diumumkan esok oleh pengerusi persidangan.

Zaid - bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan - semalam dilapor mengumumkan akan menubuhkan parti baru pada Januari depan.

Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya di ibu negara, Zaid berkata butiran lanjut mengenai nama parti, bentuk perjuangan dan organisasi parti baru itu akan diumumkan pada bulan yang sama.

Beliau, bagaimanapun, memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menggunakan nama 'Keadilan' atau Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) dalam penubuhan parti baru itu kelak.

No comments:

Post a Comment