Sunday, November 28, 2010
Persefahaman pastikan BN tumbang
PETALING JAYA 28 Nov.: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata parti itu bersedia untuk menjalin kesefahaman mana-mana pihak yang mendukung perjuangan Pakatan Rakyat dalam usaha memastikan saingan jitu terhadap Umno-Barisan Nasional(BN) pada pilihanraya umum akan datang.
Justeru beliau berkata parti mengambil sikap terbuka kepada faktor “third force” yang cuma diungkit oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai kononnya kuasa baru yang menolak dasar-dasar PKR dan Pakatan Rakyat.
"Saya tidak pasti apa yang Najib rujuk sebagai 'third force' ini. Tapi tentunya 'third force' ini akan menganggu gugat tujahan pada pilihanraya akan datang. Kita akan membuka perbincangan terbuka dengan mana-mana kumpulan untuk pastikan tahap kefahaman," jelas Azmin dalam siding akhbar selepas kongres.
Menjawab soalan pemberita, Azmin menjelaskan beliau akan memikul tanggungjawab memastikan aduan-aduan bersabit pemilihan parti diambil tindakan segera demi mempertahankan kewibawaan parti.
Beliau berkata tidak timbul soal mana-mana pihak cuba membalas dendam terhadap pihak lain namun aspek displin akan menjadi keutamaan dalam sebarang tindakan yang diambil oleh parti.
"Ini bukan proses 'witch hunting'. Apa yang penting adalah untuk mendisiplinkan anggota dan pemimpin sendiri. Aduan akan dipantau.Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Biar Jawatan kuasa Pemilihan(JPP) dan lembaga disiplin meneliti," kata beliau.
No comments:
Post a Comment