Saturday, November 20, 2010

Pusat lindungi Syabas kerana Umno

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendedahkan kerajaan negeri tidak dapat mengambil tindakan mahkamah itu kerana pindaan ke atas undang-undang mewajibkan persetujuan Kerajaan Persekutuan diperolehi untuk menyaman Syabas.

Kerajaan Persekutuan sebaliknya mahukan kerajaan negeri mengadakan rundingan penstrukturan bersama pemegang konsesi air tetapi rundingan itu menemui jalan buntu sehingga ini akibat sikap tamak Syabas, Puncak Niaga dan Kerajaan Persekutuan.

Pada Jun 2005, SyabaS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM 375 juta.

Kerajaan Negeri menyifatkan pengurusan Syabas telah melampaui batas, dan bersedia untuk mengheret konsesi itu ke mahkamah.

Pihak kerajaan negeri diberitahu, Kerajaan Pusat tidak bersedia untuk menyaman Syabas.

Perkara ini didedahkan di program taklimat air di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)hari ini, yang diadakan seiring dengan Kempen Mengumpul Tandatangan untuk Memorandum yang bakal diserahkan kepada Yang Di Pertuan Agong, 5 Disember depan.

“Kontraknya sudah ada dan kita mahu ambil tindakan. Namun dalam terma kontrak, ia adalah perjanjian tiga pihak. Pentadbiran lalu memeterai perjanjian yang menetapkan bahawa kerajaan negeri tidak boleh mengambil tindakan terhadap Syabas. Perlembagaan telah dipinda yang menetapkan kerajaan negeri tidak boleh bertindak bersendirian kerana rawatan dan pembekalan kini adalah tanggungjawab bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan,” jelas Charles.

SelangorKini difahamkan bahawa syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Ketua Pegawai Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail.

“Syabas mengambil alih pada Januari 2005, dan pada Mac atau April, Syabas mencetuskan kontroversi dengan mengimpot paip dari Indonesia, seraya melanggar perjanjian yang menetapkan penerima geran kerajaan wajib membeli barangan buatan Malaysia.

“Dua minggu selepas itu, saya bermesyuarat bersama Menteri Lim Keng Yaik dan tanya sudahkan beliau menghantar surat amaran kepada konsesi. Beliau rujuk pada seorang pembantunya dan pembantunya itu mengatakan surat itu tidak pun dihantar,” katanya.

1 comment:

  1. UMNO melindungi kroni la ni..

    Masuk sini untuk tidak menyokong umno
    http://blogobo.com/

    ReplyDelete