Tuesday, December 28, 2010

1Malaysia logo politik BN

Logo 1Malaysia : Rakyat Perlu Beza Antara Politik Dan Undang-Undang


SHAH ALAM 28 Dis. : Rakyat digesa agar tidak mudah diadu domba oleh propaganda Umno-Barisan Nasional bersabit isu logo 1 Malaysia.

Pengarah Strategi lantikan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, rakyat harus jelas dan tahu membezakan di antara politik dan undang-undang.

Ujarnya, tindakan kerajaan negeri Selangor melarang penggunaan logo 1 Malaysia di mana-mana premis dan iklan di negeri ini adalah selari dengan Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan, namun sengaja dimanipulasi oleh media kawalan Umno-BN.

" Saya kira perkara ini bukanlah perkara baru. Ia sememangnya telah dipolitikkan sebab undang-undang tempatan di bawah majlis-majlis perbandaran, jelas bahawa logo-logo politik tidak boleh diletakkan di premis-premis perniagaan dan sebagainya," kata Rafizi kepada Tv Selangor.

Malah tambah Rafizi lagi, selain dari mengaplikasikan undang-undang sedia ada yang diwarisi dari kerajaan Umno terdahulu, Pakatan Rakyat katanya tidak bersetuju dengan idea Umno-BN yang cuba mengelirukan rakyat melalui logo tersebut.

Menurut beliau, jelas Umno-BN punya agenda tertentu bersabit isu logo 1 Malaysia itu.

" We have to take caution sebab ada ura-ura lambang BN itu akan ditukar sedikit sebanyak untuk digabungkan dengan logo 1 Malaysia. Jadi di sebelah BN, mereka kena jujur lah.

" Logo 1 Malaysia itu digunakan sebagai propaganda politik dan ia bergerak ke arah supaya rakyat mengenalpasti 1 Malaysia itu Barisan Nasional, dacing itu 1 Malaysia. There move it to that," ujar Rafizi lagi.

Menjawab larangan itu bukan atas faktor ketakutan, Rafizi menambah cadangan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang harus diambil kira.

Katanya, Kit Siang mungkin punyai perspektif yang tersendiri dan melihat larangan itu mungkin dijadikan wadah politik kepada Umno-BN.

" Saya kira pertimbangan Kit Siang harus diambil kira. Maknanya penerangan kita kepada rakyat, rakyat kena faham. Ini bukan permainan politik, ini undang-undang biasa, undang-undang tempatan.

Kit Siang yang juga Penasihat DAP sebelum ini mahu kerajaan Selangor mengkaji semula larangan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu.

Lalu dikatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Pakatan Rakyat gentar dengan konsep itu.

Kit Siang bagaimanapun mengecam tindakan Muhyiddin yang mendakwa 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin popular.

No comments:

Post a Comment