PR perlukan hak sama rata di media
TANAH MERAH, 21 Dis. : Malaysia agak berbeza dengan negara demokrasi lain di dunia kerana tidak memberikan hak sama rata kepada parti pembangkang menggunakan media masa untuk mengetengahkan hala tuju serta berkempen kepada rakyat akar umbi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood berkata, negara luar lebih demokratik apabila parti pembangkang mempunyai rangkaian televisyen serta radio mereka sendiri.
Menurutnya, kerajaan yang ada pada hari ini seharusnya mengambil langkah serupa memberikan peluang sama rata kepada Pakatan Rakyat (PR) supaya dapat bersama-sama kerajaan parti memerintah berkempen.
“Bagaimanapun kita bersyukur kerana adanya teknologi terkini seperti internet membolehkan kita menyampaikan segala mesej penting kepada rakyat.
“Bagi membolehkan PR dapat menyalurkan mesej kepada masyarakat, kita telah memohon untuk kelulusan mendapatkan radio serta televisyen sendiri, tetapi hingga kini belum diluluskan,” katanya bagi mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencabar Barisan Nasional (BN) mengadakan Pilihan Raya Umum secara adil kerana mendakwa banyak media berpihak kepada BN.SH
No comments:
Post a Comment