Wednesday, December 22, 2010

Dah ramai yang berani mengaku gay

Pantau kegiatan gay secara menyeluruh

http://pemuda.pas.org.my/v2/images/stories/4256945682_0488295bf4_o.jpg

SHAH ALAM, 22 Dis. : Pemuda PAS berharap pihak berkuasa agama di seluruh negeri tidak hanya memantau blog dan laman web gay, sebaliknya memantau kegiatan itu secara keseluruhan.

Ketuanya, Nasrudin Hasan berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya memantau segala jenis hiburan yang terdapat di negara ini selain memantau premis- premis yang dimiliki oleh golongan tersebut.

Menurutnya, setakat ini, rakyat Malaysia masih belum pernah mendengar mana-mana masjid diberikan teks khutbah mengenai keburukan gay dan impaknya kepada negara.

“Kita terkejut apabila ikon gay yang baru-baru ini dibenarkan untuk membuat konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil. Lebih memeranjatkan sudah ada kegiatan yang cuba menonjolkan budaya gay kepada masyarakat melalui filem.

“Saya mewakili Dewan Pemuda PAS meminta kepada Jakim dan seluruh Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri untuk kita sama-sama membanteras budaya yang tidak sihat lagi dimurkai Allah ini. Dewan Pemuda PAS juga bersedia untuk membantu membanteras kemungkaran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dilaporkan berkata, semua yang menyentuh soal agama dan akidah umat Islam di negara ini akan sentiasa dipantau oleh Jakim termasuk laman web blog gay.

Jamil Khir sebelum ini mengarahkan Jakim memantau kegiatan kumpulan pengamal seks songsang termasuk gay yang kini semakin berani mempromosikan gaya hidup itu secara terbuka di alam siber.

Sebelum ini seorang lelaki yang mengaku berketurunan Melayu dan beragama Islam dilaporkan membuat pendedahan berani melalui blognya bahawa dia seorang gay.

Lelaki terbabit yang bekerja sebagai jurutera membuat pengakuannya melalui laman web 'Youtube' yang disiarkan selama dua minit 41 saat.

Keberanian lelaki itu membuat pengakuan terbuka turut mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai yang turut mendesak pihak berkuasa mengambil satu tindakan terhadap perbuatan terkutuk itu.SH

No comments:

Post a Comment