KUALA LUMPUR, 16 Dis. : Pakatan pembangkang bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi anggota Parlimen pembangkang digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor (DAP), Karpal Singh berkata, keputusan itu diambil berikutan mereka tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan ketika perbahasan usul penggantungan itu.
"Kita mungkin bawa ke mahkamah. Ada satu duluan dalam kes Gobind Singh di mana, sebenarnya, kita bawa Speaker, Pandikar Amin sendiri….? Mahkamah memutuskan bahawa dalam keadaan tertentu, terutama apabila peraturan keadilan asasi tidak dipatuhi, waktu itu mahkamah mempunyai bidang kuasa.
"Ia secara terang-terangan, dan tindakan Speaker, dalam apa jua cara ia tidak boleh dipertahankan. Kita mahu perintah kehakiman dan kami tidak akan biarkan dia terlepas. Kita tidak mahu ini menjadi satu duluan pada masa depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Anwar (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.
Turut digantung Karpal Singh, R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) di atas beberapa kesalahan.
Karpal dan Sivarasa dikatakan telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).
Azmin, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Dis 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Dis 2010.
Sementara itu, Anwar berkata, beliau akan menggunakan Konvensyen pakatan PKR-DAP-PAS 2010 yang akan diadakan di Pulau Pinang 19 Dis ini untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai penggantungannya dan tiga lagi anggota Parlimen pembangkang.SH
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
ReplyDeleteBerdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!
Ape la engko ni?...apa yg pas wat salah? sebab pakat ngan dap n pkr salah ke? Umngok ngan mca, mic n byk lagi aku mls nak sebut...xsalah la pulak...
ReplyDeletetungkaran hati,kau ni cakap macam budak tak tahu politik ke..melayu sendiri tolak islam macammana nak berjuang sorang2.
ReplyDeleteMu ni tungkaran hati, tapi hati mu ada masalah sikit. Sebab hati mu dah naik biru. bila naik biru, mu cakap pon macam Ameno cakap.
ReplyDeleteMu kalu nak nasihat ore mu gi nasihat puak2 Ameno perosak bangsa. Mu ni tak cukup maklumat, baca banyak sikit deh.
Payah2 mu masuk Ameno ja lah