Sunday, December 12, 2010

Kritik pembangkang : Najib macam budak-budak

Ledakan Najib cerminkan sistem politik yang tidak beradab

























KOTA KINABALU, 12 Dis. : Kumpulan Kepentingan Bersama Malaysia (Common Interest Group of Malaysia (CigMa) telah mengkritik Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana melabelkan pembangkang sebagai "berbahaya", "anti-nasional", dan "merosakkan".

Timbalan Pengerusi CigMa Daniel John Jambun mengatakan bahawa pelabelan Najib mewujudkan kepercayaan kepada masyarakat umum bahawa amalan politik di Malaysia adalah keanak-anakan.

Dengan memburuk-burukkan pakatan pembangkang membuat saya berfikir bagaimana telah rosaknya sistem politik kita dan berapa jauh mereka akan pergi untuk membuat kita merasa terancam dan ketakutan.

"Hal ini juga membuat saya berfikir tentang diri saya berada bersama pembangkang dan merasa kecerdikan kita dipermainkan, seolah-olah saya tidak tahu lebih baik," katanya mengulas ucapan Najib di konvensyen Barisan Nasional baru-baru ini.


Najib menuduh pemimpin pembangkang menipu rakyat dan melemparkan fitnah terhadap Malaysia di luar negara, dan mendesak para pemimpin BN dan pengundi untuk waspada terhadap mereka (pemimpin pembangkang).


"Waspadalah terhadap semua orang, mereka (pembangkang) sangat berbahaya saya ingin menunjukkan di sini bahawa mereka adalah anti-nasional .. Kita semua harus pergi keluar dan memastikan bahawa negara ini tidak hancur oleh kegiatan jahat mereka," Najib berkata.


Jambun telah menuntut Najib menjawab "1001 isu" yang dibentangkan CigMa kepadanya sebelum menuduh mereka sebagai golongan "tidak bertanggungjawab".


Menurut Jambun, mendahului senarai soalan, adalah kontroversi Projek Kad Pengenalana Sabah.


"Perdana Menteri telah meletakkan risiko atas keselamatan negara dengan membenarkan pendatang asing dari negara jiran menjadi 'Bumiputera' dalam sekelip mata, terutama di Sabah.


"Siapakah mereka yang sanggup untuk menipu rakyat, tanpa berfikir dua kali melakukan jenayah dengan melaksanakan projek yang paling jahat - 'Projek IC' menjadikan jumlah penduduk Sabah tiga kali ganda dalam tempoh beberapa tahun - semua demi mempertahankan kuasa?


"Siapakah orang yang meningkatkan kos projek sehingga tiga kali ganda yang diberikan melalui tender dirundingkan di sebalik balik pintu tertutup, dan menyedut segala sumber hasil kekayaan negara"


"Siapakah mereka yang memanipulasi undang-undang dan memulas lengan bidang penghakiman untuk membiarkan penjenayah bergerak bebas, hingga mengaibkan negara pada pandangan masyarakat antarabangsa?" Jambun bertanya.


Suatu tindakan pengkhianatan?


Jambun juga tersinggung dengan dakwaan Najib bahawa pemimpin pembangkang melemparkan fitnah memburukkan Malaysia di luar negara.


"Jika pemimpin pembangkang pergi ke luar negara untuk bercakap mengenai pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa, apakah ia merupakan suatu tindakan pengkhianatan atau suatu tindakan cuba untuk menyelamatkan negara?


"Sebenarnya mereka yang berasa malu dengan segala pendedahan oleh pembangkang adalah pemimpin-pemimpin yang tidak beramanah, rosak, yang banyak melakukan penipuan dan penyelewengan!


"Tapi tentu saja tidak ada cara mereka akan mengakui kesalahan mereka. Mereka akan menuduh orang yang mendedahkan keburukan mereka sebagai mensabotaj kepentingan negara," kata Jambun.


Jika ianya berlaku di Amerika Syarikat, tidak dapat dibayangkan bagaimana akan timbul kemarahan awam jika Presiden Barack Obama melakukan seperti apa yang telah Najib lakukan terhadap pembangkang.


Jambun juga mempersoalkan logik mempunyai 25 buah universiti di negara ini jika kepimpinan tidak bersedia untuk menerima pandangan cerdik pandai cendekiawan Malaysia.


"Apa gunanya warga Malaysia yang dididik di 25 buah universiti dan perguruan jika para pemimpin kita terus berucap seolah-olah kita memiliki tahap kecerdasan yang rendah dan diharapkan dapat mempercayai setiap penipuan terang-terangan yang dilabelkan kepada kita?


"Bila para pemimpin kita akan mengakui bahawa warga Malaysia sekarang adalah sebahagian warga global dan bukan lagi seperti katak di bawah tempurung?


"Najib mahu rakyat berfikir dan bertindak secara 'global, mahu rakyat berdiri setaraf dengan rakyat Amerika, namun apabila berkaitan dengan politik, beliau menganggap pembangkang sebagai orang-orang jahat dan sekumpulan manusia dungu.


"Kami meminta Najib menjelaskan sekarang, siapakah sebenarnya orang-orang yang berbuat dosa menghancurkan negara dengan kegiatan jenayah dan penyelewengan mereka?


"Siapakah mereka yang bersedia melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa?


"Apa yang akan BN dilakukan dalam pilihan raya umum yang akan menjelang untuk memastikan ia tidak digulingkan oleh pakatan pembangkang?" Jambun bertanya.

No comments:

Post a Comment