Saturday, December 11, 2010

Lingam akan disiasat

Prosiding Disiplin VK Lingam Isnin Ini ?













KUALA LUMPUR, 11 Dis. : Lembaga Disiplin Peguambela dan Penguamcara berkemungkinan akan bersidang Isnin ini untuk menyiasat aduan yang dibuat ke atas peguam Datuk VK Lingam berhubung isu video kontroversi yang mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim.

Memetik laporan portal Malaysiakini hari ini, sebuah jawatankuasa disipilin bebas yang ditubuhkan oleh Majlis Peguam akan bersidang dan menyiasat aduan yang dibuat ke atas Lingam. Pengadu dalam kes ini adalah Majlis Peguam sendiri.

Adalah difahamkan inkuiri itu tidak akan dibuka kepada orang ramai tetapi sebaliknya hanya mengumpulkan fakta-fakta terhdap Lingam dan berlarutan beberapa hari.

Berikutan rumusan lembaga itu, laporan akan dihantar kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara yang mempunyai 17 anggota. Mereka kemudiannya akan memutuskan sama ada tindakan wajar dikenakan ke atas Lingam.

vk lingam ahmad fairuz chief justice video sequenceLingam juga difahamkan akan diberi peluang mempertahankan dirinya pada jawatankuasa disiplin dan juga lembaga berkenaan.

Lembaga itu secara rasmi ditubuhkan pada 1992 mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976. Ia kini dipengerusikan oleh bekas peguam dan bekas pemangku ketua menteri Pulau Pinang, Khalid Ahmad Sulaiman.

Selain pengerusi lembaga berkenaan yang dilantik oleh Ketua Hakim (Malaya), anggota lain termasuk presiden Majlis Peguam dan 15 peguam.

Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, apabila dihubungi mengesahkan bahawa jawatankuasa disiplin akan memulakan prosiding ke atas Lingam bermula Isnin ini.

Panel lima anggota suruhanjaya diraja sebelum ini mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Surahanjaya itu juga memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Perdana Menteri Tun DrMahathir Mohamad dan Mohd Eusoff kerana salah laku.

Suruhanjaya itu juga mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.

No comments:

Post a Comment