Saturday, December 18, 2010

Misi PR jelas untuk rakyat, misi BN kaburi rakyat

Azizah : Misi Pakatan Rakyat Lebih Jelas














KEPALA BATAS, 19 Dis. : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam ucaptama di Konvesyen Pakatan Rakyat kali ke -2 menjelaskan misi Pakatan Rakyat jauh lebih jelas dan mudah difahami berbanding dengan pelbagai konsep yang diciptakan Umno-Barisan Nasional.

Katanya, pelbagai akronim dicipta dan dirangka oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional seperti Model Ekonomi Baru,(MEB) Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan konsep seperti 1 Malaysia yang hakikatnya hanya untuk mengaburi mata rakyat.

" Satu pun gagal mencapai impak positif kepada negara," tambah Azizah lagi.

Malah ujarnya lebih malang apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menggunakan khidmat Apco Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa yang turut berperanan dalam mencipta slogan 1 Israel.

Justeru katanya, pendedahan Pakatan Rakyat mengenai perkara ini ditentang habis-habisan sehingga membawa kepada penggantungan 4 ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lantaran itu, Azizah menggesa seluruh pucuk pimpinan dan akar umbi parti agar jangan mudah diadu-dombakan dan membulatkan tekad untuk meneruskan perjuangan.

Dalam sidang media selepas itu, Azizah tegas merumuskan dengan berlangsungnya Konvensyen kali kedua hari ini menyangkal dakwaan bahawa Pakatan Rakyat sedang bergolak.

" Insya-Allah, Pakatan Rakyat akan melaksanakan kesepakatan. Pakatan akan lebih utuh dan erat antara kami dan menyangkal apa-apa dakwaan bahawa kami ini berpecah dan akan runtuh," katanya dalam sidang media sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment