KUALA LUMPUR 23 Dis. : Omar Osman diumumkan Presiden CUEPACS bagi sesi 2010/2013 pada pemilihannya hari ini selepas menewaskan pencabarnya, Ramli Omar, Presiden Kesatuan Kakitangan Am MARDI.
Omar mempertahankan jawatan itu untuk penggal kedua selepas memenanginya tanpa bertanding pada 2007.
Tiga tahun lalu Omar menang jawatan presiden tanpa cabaran.
Setiausaha Agung Ahmad Shah Mohd Zin gagal mengejut dalam usahanya mempertahankan jawatan itu. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Lok Yim Peng memperoleh 468 undi untuk mengambil alih jawatan itu.
Seorang lagi pencabar, Ku Azmi Ku Ibrahim, yang kali pertama bertanding jawatan setiausaha agung, mendapat 278 undi manakala Ahmad Shah menerima 263 undi.
Ramli berganding dengan Ahmad Shah yang mempertahankan jawatan setiausaha agung buat penggal ketiga.
Lok, yang turut dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), yang pemilihannya akan diadakan minggu depan.
Ini kali kedua wanita dipilih sebagai setiausaha agung Cuepacs.
Jawatan timbalan presiden pula dimenangi oleh Azih Muda dan Zainal Ismail.
Azih yang juga timbalan presiden semasa memperoleh undi tertinggi dan dijangka akan menggantikan Omar apabila beliau bersara tahun depan.
Tiga kerusi jawatan timbalan setiausaha agung dimenangi oleh Adnan Mat, Abd Rahman Norrdin dan Mohamad Baharom.
Jawatan setiausaha kewangan yang menyaksikan persaingan satu lawan satu dimenangi Ja'apar Mansor, yang menewaskan Samuel Devadasan.
Azhar Abdul Shukri menewaskan Hamzah Masri untuk menerajui jawatan timbalan setiausaha kewangan.
No comments:
Post a Comment