Friday, December 17, 2010

Pemimpin BN harta bertimbun

Taib Didakwa Miliki Tanah Di Sri Aman Bernilai RM90?

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/08/taib-mahmud.jpg

KUALA LUMPUR, 17 Dis. :
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali lagi dikaitkan dengan pemilikan harta apabila laman sesawang Sarawak Report mendedahkan pembelian tanah yang mencurigakan disekitar Sri Aman membabitkan nilai sehingga RM90 juta.

Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban dan tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching.

Kumpulan berkenaan melaporkan tanah berkenaan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit.

Berikutan itu, menurut Sadia 15 komuniti Iban menduduki tanah itu bakal terjejas.

Sebelum ini, masyarakat Iban tempatan mendakwa pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman sejak empat bulan lalu. Sehinggalah baru-baru ini mereka menyedari apa yang berlaku.

“Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itu dan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit,” lapor Sarawak Report.

Kini lapornya lagi, Pejabat Tanah Daerah, mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya.

Dilapor juga, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil mendakwa tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu.

Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanah itu kepada Titanium Management Sdn Bhd.

Syarikat berkenaan hampir sepenuhnya dimiliki Mahmud (anak lelaki Taib) dan seorang kroni yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam.

Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib.

Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.

"Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar,” kata laporan sesawang itu.

Sebelum ini, semasa wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka.

No comments:

Post a Comment