Thursday, December 2, 2010
Presiden Bloggers PAS Perak letak jawatan
PARIT BUNTAR, 3 Dis. : Blogger Raden Albanjari hari telah meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak.
Berikut adalah kenyataan beliau :
Merujuk kepada tajuk diatas, sangat jelas akan hasrat dan niat. Maka dengan ini saya, radens albanjari meletakkan jawatan sebagai Presiden Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak berkuatkuasa 3 Disember 2010 yang jatuhnya pada hari yang sangat mulia, jumaat yang juga merupakan penghulu segala hari.
Terima kasih kepada rakan2 blogger yang telah memilih saya sebagai Presiden di Konvensyen Bloggers PAS Perak pada januari 2010 yang lalu. Notis rasmi perletakan jawatan itu akan saya utuskan secara serahan tangan kepada Ketua Penerangan PAS Negeri Perak selewat-lewatnya pada minggu depan.
Salam dan terima kasih.
Radens ALB
MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT
No comments:
Post a Comment