Siapakah yang cuba dipermainkan Najib?
KUALA LUMPUR, 24 Dis. : Jika seseorang itu menerima gaji RM3,000 sebulan, tanpa perlu menyara anak bini, hidup membujang dan tinggal bersama ibu bapa dan tiada pinjaman perumahan dan kereta yang perlu dibayar, kenaikan 20 sen untuk "teh tarik" tentu tidak terasa.
Bagaimana jika individu itu terpaksa menyara anak isteri, termasuk makan minum dan pakaian, insuran, kereta, pinjaman perumahan dan kredit kad untuk dibayar, adakah dia akan merasa perit?
Pendapatan purata isi rumah di Malaysia pada 2007 adalah lebih sedikit dari RM3,500 sebulan. Gaji bersih selepas ditolak potongan wajib mungkin pada paras RM3,100.
Setelah ditolak pinjaman perumahan, kereta dan kad kredit, individu ini menjadi miskin mengikut garis kehidupan di bandar dan kenaikan 55% barangan keperluan harian sudah pasti membebankan ke atas perbelanjaan isi rumah.
Inilah apa yang sebenarnya berlaku sejak Januari 2010, menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan juga Pengerusi Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua.
Gula – barang pengguna utama
Harga gula putih, sama ada kita mempercayainya atau tidak, yang menjadi barang pengguna utama bagi setiap isi rumah, telah meningkat 55%.
Pada Julai, kerajaan melancarkan program kenaikan harga "5 dalam 1", menaikkan harga petrol RON95 dan RON97, diesel, gula putih dan gas cecair asli (LPG) termasuk gas masak sehingga 15.2%.
Pada 3 Disember lalu, tidak sampai lima bulan kemudian, mereka melancarkan beberapa siri kenaikan harga barang.
"Kali ini harga RON95 naik lima sen kepada RM1.90 seliter, diesel dengan lima sen seliter kepada RM1.80 dan LPG dengan lima sen kepada RM1.90 sekilo. Gula sekarang pada paras RM2.10 sekilo.
"Malahan untuk gula putih, termasuk kenaikan 20 sen pada Januari selain dari kenaikan 25 sen dan 20 sen pada Julai dan Disember, bermakna harganya telah meningkat lebih 55% tahun ini sahaja," kata Pua.
"Impak minima"?
Beliau berkata, Persatuan Kedai Kopi Kuala lumpur dan Selangor baru-baru ini menempelak dakwaan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa kenaikan harga akan memberi "impak minima" kepada isi rumah di Malaysia.
Pada Julai, Pemandu, unit di Jabatan Perdana Menteri berkata harga baru "teh tarik" adalah di sekitar RM1.0155 setelah program rasionalisasi dan pemotongan subsidi petrol.
Mereka mengiklankannya dalam satu muka surat penuh iklan pada semua akhbar arus perdana.
"Tapi sebenarnya harga "teh tarik" dan "kopi susu" ialah RM1.20. Kini dengan kenaikan 20 sen harga minuman akan naik lebih tinggi," katanya.
Menurut Pua, ada sesuatu yang tidak kena dengan kaedah yang digunakan dalam pengiraan yang melibatkan ekonomi kita dan pemahaman para pemimpin tentang kira-kira yang mudah.
"Ada pegawai di Pemandu yang gagal dalam mata pelajaran matematik.
Pertama, terdapat percanggahan yang jelas dalam harga "the tarik" di antara kertas nota yang dikeluarkan pada Julai ialah RM1.00 berbanding harga baru RM1.20 pada kertas nota pada Disember.
Mengenai perkara ini, kerajaan perlu jelaskan "misteri" kenaikan 20% pada harga asas di antara Julai dan Disember," katanya.
"Hidup di alam khayalan
Beliau mendakwa Barisan Nasional dan Pemandu "hidup di alam khayalan" mengenai kenaikan harga melibatkan kenaikan 1.55 sen atau malahan 1 sen.
"Saya telah mengeluarkan kenyataan pada Julai bahawa Pemandu harus "dipuji" kerana menerbitkan angka-angka yang salah itu, yang hanya sesuai dalam alam khayalan. Mereka gagal memahami dinamik pasaran berhubung harga barangan dan perkhidmatan.
"Untuk membuktikannya, semalam akhbar-akhbar Cina melaporkan Persatuan Kedai Kopi Kuala Lumpur dan Selangor mengumumkan cadangan untuk menaikkan harga semua jenis minuman sebanyak 20 sen bermula 1 Januari 2011.
"Kopi susu dan harga susu akan dinaikkan dari RM1.20 kepada RM1.40 iaitu kenaikan harga sebanyak 16.7%," kata Pua.
Beliau berkata, minuman kesukaan ramai "teh herba" akan dinaikkan dari RM1.10 kepada RM1.30 iaitu kenaikan harga sebanyak 18%.
Tetapi Pemandu mendakwa kenaikan harga "teh herba" hanya 1.2% sahaja, iaitu dari RM1.00 kepada RM1.012.
Putar belit data-data
"Malahan, dari setiap 70 item makanan dan minuman yang disenaraikan dalam kertas nota Rasionalisasi Subsidi, tidak ada barangan yang dijangka meningkat melebihi 1.9% selepas kenaikan semua harga barangan yang terbaru ini.
Lebih memalukan apabila Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Tan Lian Hoe mendakwa kenaikan 10 sen dalam harga minuman adalah "lebih munasabah".
No comments:
Post a Comment