KOTA KINABALU, 16 DIS.: Seramai 300 orang penduduk kampung Solog, Penganitan dan Kagasa di Sabah mengadakan demonstrasi secara aman di perkarangan pejabat daerah Nabawan bagi tujuan membantah pencerobohan sebuah syarikat swasta yang ingin meneroka tanah mereka, lapor portal berita Sabahkini.
Sehingga berita ini ditulis tidak ada maklumat khusus berkenaan syarikat berkenaan yang bernama Jutaya itu.
Pengerusi Jawatan kuasa Kemajuan dan keselamatan kampung, Liwas Lambang dan Ketua Kampung Kg Solog, Andabi Ampungit mengetuai demonstrasi tersebut berkata, tindakan ini bertujuan menarik perhatian pihak atasan terutama Ketua Menteri Sabah agar menangani permasalahan penduduk yang sudah sembilan tahun merujuk perkara ini di jabatan tanah dan ukur daerah dan negeri namun belum diselesaikan.
Liwas berkata hampir setiap bulan mereka merujuk dan bertanya tentang perkara itu di pejabat tanah dan ukur serta pihak hasil bumi namun ia tidak dapat diselesaikan kerana belum ada keputusan dari pihak atasan.
Beliau bersama beberapa penduduk merujuk perkara tersebut di pejabat tanah dan ukur Nabawan sejak 21 September 2001 untuk melakukan bantahan keatas pencerobohan pihak Syarikat Jutaya yang diakui mengaku memiliki tanah tersebut, namun tiada keputusan.
Selain itu pada 15 September 2008 perkara di rujuk ke Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur di Kota Kinabalu, Peggi Lim namun belum dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan alasan surat bantahan tidak diproses.
Pada 18 Februari 2006 sekali lagi perkara ini dirujuk di Jabatan Tanah Dan Ukur, Kota Kinabalu namun ia hampa kerana tidak ada sebarang respon oleh pihak berkenaan membuat penduduk meragui tindakan tersebut yang menyebabkan penduduk sukar menanam atau mengusahakan pertanian di kawasan tersebut oleh kerana telah mendapat tentangan daripada pihak berkenaan termasuk pihak Syarikat Jutaya.
“Kami masyarakat tiga kampung iaitu Kg.Solog, Kg.Penganitan dan Kg.Kagasa tidak mahu hak asasi tanah adat kami dicerobohi dan dirampas oleh orang luar, kami tidak mahu generasi akan datang tidak memiliki tanah akibat perbuatan khianat pihak tidak bertanggungjawab menjual tanah dan kami ingin mempertahankan peninggalan warisan nenek moyang kami,” katanya.
Andabi pula berkata, jika tanah adat hak asasi kami tidak diurus sebaiknya bagaimana kami boleh bercucuk tanam atau di mana kami mencari sumber pendapatan untuk menampung keperluan harian kami?
Andabi turut mempertahankan tanah adat tersebut kerana ia peninggalan nenek moyang sejak ratusan tahun yang lalu dengan adanya bukti tanah perkuburan nenek moyang dan tanaman mereka.
Lagi pula katanya, apa logiknya perkara ini tidak dapat diselesaikan oleh pihak berkenaan dan mengapa tanah yang berstatus surat kuasa tadbir (LA) boleh dijual sewenang-wenangnya sedangkan kami seramai 101 orang telah memiliki LA namun ia tidakpun diambil tindakan untuk tujuan penyukatan dan penyelesaian sebaik mungkin, katanya.
Penduduk ketiga-tiga kampung tersebut menyedari pencerobohan itu dan bertindak menghalang masuk jentera pihak Syarikat Jutaya pada 18 November 2010 apabila mereka ingin meneroka tanah berkenaan bagi tujuan tanaman pertanian kelapa sawit dan getah.
Dalam pada itu beberapa ladang penduduk yang ditanami getah turut mengalami kerosakan kerana pihak Syarikat membina jalanraya menuju ke kawasan yang cerobohi melalui ladang-ladang tersebut menyebabkan kemarahan penduduk kerana tidak ada keizinan masuk dari mereka, malah pihak Syarikat Jutaya turut mengambil hasil balak di kawasan berkenaan.
Thursday, December 16, 2010
Rakyat Sabah semakin berani anjur demontrasi
Tanah Adat Di Sabah Diceroboh : Rakyat Anjur Demonstrasi
No comments:
Post a Comment