Friday, December 31, 2010

Siapa blogger Umno yang fitnah dan minta maaf kepada Naib Presiden PAS?

Media baru: PAS harap polis adil

KUALA LUMPUR, 31 Dis: PAS bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang akan memantau laporan media baru yang tidak tepat.

“Cuma PAS mengharapkan supaya pihak polis bertindak sama rata dan sama adil kepada semua yang terlibat, jika melaporkan berita fitnah,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Tambahnya, jangan media baru yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat sahaja diambil tindakan.

Menurutnya, ada satu laporan fitnah oleh blogger Umno terhadap Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang mengatakan beliau ada skandal dengan perempuan.

Jelasnya, Salahudin telah bersemuka dengan pemfitnah itu di parlimen baru-baru ini ketika beliau menghadiri perjumpaan blogger Umno di parlimen.

“Pemfitnah ini terus mengaku memang beliau yang memfitnah dan memohon maaf.

“Inilah rupa manusia yang sanggup fitnah untuk mencari sesuap nasi walaupun dibayar dengan api neraka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, tegasnya PAS mengharapkan polis mesti bertindak secara profesional untuk memurnikan demokrasi.

Katanya, kepentingan negara mesti didahulukan daripada kepentingan Umno BN.

“Muliakan martabat polis yang sudah tercalar akibat terlalu ikut telunjuk pemimpin BN sebelum institusi ini dipandang hina,” katanya.

3 comments:

  1. GOMO mintak maaf??? haahahahaha GOMO mintak maaf???? hahahahahaha lawak la.... GOMO mintak maaf???? hahhhaaah GOMO buat Fitnah???? hahhahahahah... tunggu jer 21.01.2011.... heheehehehe

    ReplyDelete
  2. Kenapa Din Puduraya tak bg dia punya komentar terhadap isu ini dan menjawap pelawaan gomo untuk memberi penerangan dalam kes ni...... pelikan?

    ReplyDelete
  3. Penerangan hotak mu, dah fitnah orang kemudian malu2 tersengih minta maaf. balik tulis blog nak bagi penerangan.

    ameeza68Ameno, puak mu mu hari2 suka berak cirit busuk hanyar dlm rumah ore. busuk punya ameno

    kamisokongpas

    ReplyDelete