KUALA LUMPUR, 15 Dis. : Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengarahkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat R. Sivarasa (PKR-Subang) keluar Dewan Rakyat sehingga esok kerana didakwa mengengkari arahan Speaker.
Sivarasa, yang bangkit pada akhir sesi soalan mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul yang dikemukakannya semalam meminta perbahasan diadakan bagi membincangkan pendedahan oleh WikiLeaks berhubung dakwaan diplomat Singapura yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razah dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan juga memalit Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'perangkap seks'.
Menurut Pandikar, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Sivarasa adalah tidak berasas dan mengarahkannya untuk duduk. Namun apabila ahli parlimen itu terus berhujah dan enggan duduk, Pandikar mengarahkan beliau digantung sehingga esok.
Anwar (PKR-Permatang Pauh), kemudian bangkit dan mempertahankan Sivarasa bersama Azmin Ali (PKR-Gombak). Ini menimbulkan pertikaman lidah yang hangat antara speaker dan juga ahli parlimen Pakatan Rakyat yang juga mula campur tangan.
Pandikar kemudian mengarahkan Azmin pula supaya keluar dewan.
Sehingga berita ini ditulis perdebatan antara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Speaker masih berterusan.
Wednesday, December 15, 2010
Speaker guna kuasa
Dewan Rakyat : Lagi MP Pakatan Rakyat Diarah Keluar
No comments:
Post a Comment