Tuesday, December 7, 2010

Mari tengok Tokoh Maal Hijrah Malaysia dan negeri anda


SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V (tengah) menyampaikan Anugerah Tokoh Hijratul Rasul 1432H kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, semalam.


Tengku Sulaiman Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor kepada Haron Din pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, malam semalam.



Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah menyampaikan Hadiah Anugerah Tokoh Saudara Kita kepada Mohd. Ikram Loh Abdulah pada sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Kedah di Alor Setar, semalam.



Sambutan Maal Hijrah Pulau Pinang


Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menyampaikan sijil dan cenderamata kepada Hussin Harun sambil diperhatikan Mohamad Hasan (kanan) di Pusat Dakwah Islamiah, Seremban, semalam.



Sultan Ahmad Shah menyampaikan anugerah kepada Abdul Hamid Abdul Rahman (kanan) sambil disaksikan Adnan Yaakob (kiri) sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang di Kuantan, semalam.


ABDUL Ghani Othman bersama Selamat Hashim (dua dari kanan), penerima Anugerah Saudara Kita dan Orang Asli, Anuar Mohd. Yamin (kiri) dan Abdul Rahman Ahmad (kanan) di Majlis Sambutan Maal Hijrah Johor 1432/ 2010 di Pusat Islam Negeri Johor, semalam.


SHEIKH Ismail Muhammad bersama replika cek RM10,000 yang diterimanya selepas dipilih Tokoh Maal Hijrah Terengganu, di Kuala Terengganu, semalam.



TUANKU Mizan Zainal Abidin menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432 kepada Dr. Zeti Akhtar Aziz pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, semalam.






No comments:

Post a Comment