Wednesday, December 15, 2010

Umno-BN terus nafi RM170 juta wang tanam semula Kepada peneroka

mazlan_1


















KUALA LUMPUR, 15 Dis. :
Umno-Barisan Nasional dianggap pengkhianat sebenar kerana terus menindas hampir 10,000 peneroka rancangan skim tanah Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) yang sehingga kini dinafikan hak mereka untuk menerima sejumlah RM170 juta wang Tabung Tanam Semula.

Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, wang tersebut terkumpul hasil caruman peneroka ke tabung itu sejak 20 tahun dahulku dan wajib dipulangkan kepada peneroka terbabit.


Beliau memberi contoh kes yang membabitkan 10 peneroka Felda Sg koyan yang memenangi kes tuntutan wang Tabung Tanam Semula terhadap agensi itu pada 29 Okober lalu tetapi sehingga kini keputusan mahkamah masih belum dilaksanakan.


"Kenapa Wang Tabung Tanam Semula berjumlah RM17,000 atau RM1,700 seekar yang dicarum peneroka 20 tahun lamanya tidak diserahkan kepada peneroka hanya kerana mereka tidak mahu mengikut telunjuk Felda dan menanam semula sawit secara persendirian?


"Adakah wajar 10 orang peneroka Sg Koyan di Pahang turun naik mahkamah menuntut wang tanam semula milik mereka sendiri dan menunggu hampir 10 tahun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan?


"Bahkan dari tarikh keputusan Mahkamah pada 29 Oktober 2010 hingga hari ini wang tersebut belum pun diserahkan pada peneroka terbabit. Bukan sahaja peneroka Sg Koyan tetapi masih terdapat hampir sepuluh ribu peneroka dinafikan Wang Tanam Semula yang merupakan hak mereka," jelas Mazlan dalam kenyataannya semalam.


Mazlan mempersoalkan mengapa kebebasan tidak diberi kepada peneroka untuk mengusahakan sendiri kebun mereka selepas hutang piutang diselesaikan.


Malah tambah beliau apa ertinya status hakmilik yang diperolehi peneroka tetapi Felda yang membuat segala keputusan berkenaan tanah peneroka.


"Peneroka diugut, diancam penyingkiran dan dikenakan pelbagai tekanan semata-mata menyahut seruan Tun Razak untuk menjadi masyarakat peneroka yang berdikari.


"Adakah para peneroka selaku pemilik atas 10 ekar tanah mereka mendapat pulangan setimpal dengan keringat yang telah dicurahkan selama ini? Adakah 1.2 juta generasi kedua dan ketiga Felda mendapat tempat terpenting sebagai pewaris yang menentukan halatuju Felda ketika ini dan masa hadapan?" tanya beliau lagi.


Mazlan juga mempertikaikan program Tanam Semula anjuran sebuah anak syarikat Felda, Techno Plant Sdn Bhd yang kini menghadapi masalah di kebanyakkan tanah rancangan Felda.


Kata beliau gambaran kononnya program kelolaan Techno Plant di urus secara professional, menjimatkan kos, sistematik dan berkualiti tidak mencerminkan hakikat sebenarnya.


Ini dibuktikan di tanah rancangan di Gugusan Ciku, Gua Musang, Nitar 2, Mersing, Aping Timur Kota Tinggi dan berpuluh-puluh skim Felda yang lain yang memperlihatkan kegagalan program tanam semula selenggaraan Felda.


"Adakah kecuaian dan kegagalan kosnya ditanggung Felda? Kenapa kos Tanam Semula di bawah Felda begitu mahal jika dibandingkan dengan Sime Darby, IOI dan ladang swasta lain?


Adakah Perdana Menteri Najib Razak tahu bahawa kos pembangunan tanam semula yang terpaksa ditanggung peneroka ada yang mencecah RM100,000? Adakah kita tahu setiap hutang tanam semula peneroka dikenakan riba’ 6.25 peratus?" dedah Mazlan


Mazlan juga menyentuh mengenai insentif tanam semula Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil (Risda) berjumlah RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar (getah ke sawit) milik peneroka yang tidak dibayar kepada peneroka getah yang menanam secara persendirian.

Kata beliau ini berdasarkan kepada Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahaan getah (penanaman semula) 1952 yang mengatakan setiap kilogram getah di carum untuk tabungan ses yang dikenakan kerajaan.

Beliau seterusnya membangkitkan isu penipuan Felda ke atas Kadar Perahan Gred (KPG) yang hanya diterima sekitar 18 ke 19 peratus peneroka kelapa sawit di 70 kilang Felda.


"Kenapa Felda tidak mematuhi Manual Pengredan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Analisis makmal Felda di Sg Tekam yang meletakkan standard kualiti KPG sekitar 21-25 peratus? Kenapa Buah Tandan Segar (BTS) yang ditolak tidak dikembalikan kepada peneroka? Kemana perginya BTS tersebut?," tanya beliau lagi.


Mazlan juga menyoal mengapa peneroka Felda Cahaya Baru, Masai di Johor masih tidak mendapat baki pampasan sejumlah RM1 juta walaupun telah menunggu selama 17 tahun dan apakah status tanah kepunyaan mereka tersebut dan pihak mana yang telah mengenakan kaveat?


Tambah beliau begitu juga dengan peneroka Felda Sg Buaya di Hulu Selangor yang tidak mendapat baki pampasan berjumah RM850,000 walaupun menunggu tempoh 16 tahun.


Mazlan berkata pembukaan Tanah Rancangan Felda yang memberi manfaat kepada rakyat dan kemudiannya ditukar kepada Felda Plantation mulai tahun 1990 dengan berkeluasan 367,710 hektar adalah bercanggah dengan Akta GSA 1960 yang dibentang bekas Perdana Menteri di Parlimen pada 27 April 1960.


"Kenapa ditolak desakan agar Felda Plantation dimansuhkan dan dijadikan penempatan anak peneroka yang susah dan boleh memberi manfaat kepada 79,000 anak peneroka? Siapakah sebenarnya mengaut keuntungan atas Felda Plantation?


"Jangan cuba untuk mengalih perhatian rakyat kononnya mereka yang membela rakyat manakala yang menentang arus dituduh pengkhianat. Mungkin mereka boleh memperdaya golongan peneroka yang jahil tetapi bukan semua.


"Majoriti generasi muda Felda berpelajaran lebih tahu siapa petualang dan pengkhianat bangsa.

Siapa yang kaya raya, siapa yang dapat projek jutaan ringgit, siapa yang dapat komisyen dari kroni dan siapa yang menjadi mata dan telinga kerajaan dengan memperdaya warga Felda selama ini?" tegas Mazlan lagi.

No comments:

Post a Comment