Thursday, December 16, 2010

Umno takut kalah jika tambah kerusi DUN Terengganu

Tidak berhasrat tambah kerusi DUN: MB

http://ww2.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/PilihanRaya2008/images/peta/terengganu.jpg

KUALA TERENGGANU, 16 Dis. : Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mengkaji semula dan menambah bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (BN-ADUN Kijal) berkata, berdasarkan keadaan semasa, Kerajaan Negeri tidak bercadang menambahnya disebabkan ia memerlukan kelulusan di peringkat negeri dan Persekutuan.

Malah katanya, merujuk kepada Perlembagaan, persempadanan semula hanya dibuat setiap lapan tahun sekali dan tempohnya yang bermula pada 2003 hanya akan berakhir pada 2011.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-ADUN Rhu Rendang) dan soalan tambahan yang dikemukakan oleh Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam).

Mohd Abdul Wahid sebelum itu mempersoalkan kenapa Terengganu sudah hampir 30 tahun tidak ada pertambahan kerusi DUN dan Parlimen.

Katanya, ia dilihat merugikan kerana pertambahan kerusi DUN dan Parlimen akan dapat meringankan beban tugas pemimpin dan sistem penyampaian akan lebih berkesan.SH

No comments:

Post a Comment