Sunday, December 12, 2010

Umno umpan juta-juta

RM210 Juta Untuk FELDA Sebagai Umpan Pilihanraya- ANAK

















SHAH ALAM, 12 Dis. : Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) tidak menolak tawaran RM210 juta oleh kerajaan adalah sebagai umpan kerajaan Barisan Nasional(BN) menjelang pilihanraya akan datang.

Malah Presidennya Mazlan Aliman menyifatkan kerajaan Umno-BN menjadikan golongan pendalaman FELDA sebagai sasaran memancing undi untuk memastikan golongan muda tanah rancangan itu kekal menyokong parti itu.

"Sebab golongan muda di tanah rancangan FELDA terutamanya tidak terdedah dengan dunia luar. Jadi mungkin bila disogok perkara seperti ini termakan. Memang saya akui ini situasi yang wujud kepada golongan ini berbeza dengan anak muda FELDA yag mendapat peluang pendidikan dan hidup diluar FELDA, mereka boleh akses maklumat, dunia mereka lebih luas dan mereka ini sedar tentang apa yang berlaku," katanya.

Selain mengalukan usaha kerajaan untuk membelanjakan RM210 juta bagi pembangunan kemahiran generasi muda FELDA, Mazlan menegaskan penelitian harus diberi kepada aspek penyaluran dana untuk menangkis sebarang ketirisan mengakibatkan wang tersebut tidak sampai kepada kumpulan sasaran.

Justeru kesan memperlihatkan peminggiran golongan-golongan FELDA yang sepatutnya layak menerima dana sokongan kerana tidak menepati saluran yang betul.

"Sekarang sudah menjadi satu amalam kalau penyaluran dibuat kepada persatuan-persatuan belia di tanah rancangan, ia tidak sampai kepada kumpulan sasaran. Dalam kata yang lain mereka yang mendapat ruang kemahiran dan projek yang dibuka hanya segelintir daripada mereka yang rapat dengan kepimpinan diperingkat pusat. Amalan ini berlanjutan selama berpuluh-puluh tahun," katanya lagi.

Mazlan juga menaruh harapan agar peluang membangunkan taraf hidup generasi muda FELDA tidak bersifat sementara malah diangkat menjadi kelompok penyumbang utama pembangunan domestik FELDA.

Kata beliau, rancangan pembangunan tersebut harus memberi keutamaan kepada generasi muda berbanding peneroka asal yang rata-rata telah meninggal dunia.

Sementara itu Mazlan berkata, skop pelaksanaan pembangunan sahsiah dan modal insan generasi muda harus diperlebarkan merangkumi sektor ekonomi dan bukan hanya terhad kepada program sukan.

Malah beliau berkata, kerajaan perlu bertindak sebagai penasihat selain badan-badan pengerak FELDA diberi peranan dan bukan hanya menjadi penonton kerakusan kroni melapah peruntukan.

"Jadi mereka ini hanya menjadi penerima apa yang disogokkan. Ertinya mereka bukan menjadi pemain utama menentukan peluang untuk merebut kemahiran dan sosio ekonomi yang ada. Jadi apa salahnya kumpulan belia ini diberikan ruang untuk selaraskan peruntukan-peruntukan ini," ujar Mazlan lagi.

"Kebiasaan wakil belia ini seorang. Jadi pandangan mereka bukan menjadi pandangan yang diberi perhatian besar. Mereka terlibat dalam mesyuarat tapi penglibatan mereka sangat minimum. Ada satu golongan besar yang menentukan halatuju pembangunan domestik.

"Jadi harus ada satu mekanisma yang berbeza supaya beri buget dan tanya bagaimana pandangan, supaya idea ini dapat diangkat agar semua orang akan dapat rasa limpahan dari sudut pembangunan belia," jelas beliau lagi.

Sementara itu, Mazlan juga mendesak agar golongan muda di tanah rancangan FELDA diiktiraf sebagai "pemain utama" dalam menentukan halatuju pembangunan sosio ekonomi organisasi itu.

No comments:

Post a Comment