Thursday, March 4, 2010

Ngaleh nyambat kalo si tuhak kadak taho diuntong!!!

BAGAN SERAI , 5 Mac : Semalam, satu demonstrasi secara aman telah dilakukan oleh pengundi-pengundi MP Bagan Serai yang telah khianat ini.

Program bermula dengan berarak dari Pejabat Keadilan dan terus ke Pejabat MP Bagan Serai ini.Antara pimpinan PR yang hadir adalah Adun Selinsing,Adun Kuala Kurau, Adun Titi Serong serta Ahli Parlimen Parit Buntar

Selain dari itu,Pengerusi PKR Bagan Serai yang diketuai oleh saudara Md Nasib turut hadir bersama-sama ahlinya. Begitu juga dengan Ketua Dewan Penyokong PAS,En Beh Heng Kin dan anak buahnya turut berdemo.

Demonstrasi ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.Motif utama demonstrasi ini adalah untuk mendesak supaya beliau(Mohsin) meletak jawatan sebagai MP Bagan Serai secepat mungkin atau lebih bagus serta merta.

Tindakan beliau ini amat mengguris hati pengundi-pengundi di parlimen ini seterusnya akan menambahkan kebencian terhadap Umno/BN!!!



Adun Gunung Semanggol Haji Ramli Tusin sudah sedia maklum mengenai permasalahan MP Bagan Serai ini hasil aduan orang ramai tetapi beliau tidak menyangka yang MP itu sanggup melompat parti.

Mohsin menjadi calon MP Bagan Serai dalam PRU 12 yang lepas.Haji Ramli Tusin pun tidaklah berapa rapat dengan beliau memandangkan beliau sendiri jarang turun ke kawasan.

Cuma apa yang dikesalkan,sudahlah Pusat Khidmat beliau jarang dibuka jadi semua rakyat datang mengadu ke Pusat Khidmat Adun dan beliau juga amat susah hendak menghulurkan sumbangan untuk membantu rakyat,jadi secara tidak langsung segala permasalahan rakyat banyak ditanggung oleh YB Ramli dan YB Husin sendiri.

Fikirlah sendiri wahai Mohsin,PRU 12 rakyat menyokong Pakatan Rakyat kerana marah dengan BN tapi gara-gara perangai 'KATAK' ini,rakyat lebih marah kepada kamu berbanding BN walaupun sama sahaja keduanya.Ialah kononnya BEBAS tapi menyokong BN!!!Blog Adun Gunung Semanggol

Pertandingan Memancing Amal Parit Buntar tawar hadiah lumayan



PARIT BUNTAR, 5 Mac : Jabatan Amal Kawasan Parit Buntar akan menganjurkan pertandingan memancing amal pada 28 Mac 2010 di Ban Pecah, Sungai Baru, Kuala Kurau.
Menurut Pengarah Program, Juhari Arbain, program ini merupakan program tahunan yang bakal menggamit pecinta memancing menyertai pertandingan ini.

"Ia akan dimulakan pada jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Yuran adalah berbentuk sumbangan adalah RM 35.00 untuk satu joran dan RM 20.00 untuk joran yang kedua" katanya
Johari berkata, pada tahun ini hadiah lebih lumayan menanti para pemenang iaitu johan akan menerima wang tunai RM 3,000.00, kedua RM 2,000.00 dan ketiga RM 1,000.00.

"Manakala tempat keempat hingga kelapan akan menerima wang tunai RM 100.00. Sebanyak 15 hamper juga disediakan untuk pemenang cabutan bertuah"katanya

Tambahnya, pemancing yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh didapati di Astana Vision, Taman Pekaka Transkrian, Hilal Letrik Pusat Bandar Parit Buntar, Herbassyifa Pusat Bandar Bagan Serai, Kedai Makan Razak Tanjung Piandang, Pejabat DUN Kuala Kurau dan Pejabat Parlimen Parit Buntar. Borang juga boleh dimuat turun dari blog amalparitbuntar.blogspot.com.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi beliau ditalian 012-4669772 atau 017-5681454 (Sharin)

Beku sementara Takaful Dana Taqwa


TEMERLOH, 5 Mac: PAS Pahang membekukan sementara Program Takaful Khairat Kematian Dana Taqwa bagi sesi 2010.

Setiausahanya, Roslan Zainal Ahmadi berkata, tindakan pembekuan diambil ekoran kenaikan kadar sumbangan tabaruk yang dikenakan syarikat pengendali takaful berkaitan.

Katanya, kenaikan premium akan menjejaskan kemampuan peserta berbanding tahun 2009.

Bagaimanapun, katanya Dana Taqwa diberi jaminan oleh syarikat pengendali akan membayar semua tuntutan yang dibuat peserta sebelum 1 Mac 2010.

Dana Taqwa, kata beliau mendapat sambutan baik daripada seluruh masyarakat Malaysia termasuk bukan Islam.

Difahamkan 17,000 peserta menyertai program itu dan lebih 200 peserta telah mendapat manfaatnya.

Jelas beliau, jumlah perlindungan yang dibayar syarikat berkenaan melebihi RM1.2 juta.

Sehubungan dengan itu juga, Dana Taqwa akan membuat pembayaran balik kepada semua peserta yang telah membuat bayaran bagi sesi 2010.

Roslan memberi jaminan, PAS Pahang melalui Dana Taqwa akan meneruskan program yang memberi manfaat itu dan pihaknya kini sedang berunding dengan beberapa buah syarikat pengendali takaful sedia ada.

“Program bermanfaat ini tetap menjadi pilihan kepada Dana Taqwa demi kebajikan ahli parti dan para penyokong PAS di seluruh negeri,” ujarnya.hrkh

Isu royalti mungkin ke jalan raya


KUALA LUMPUR, 5 Mac: Keengganan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan hak Kelantan untuk mendapat bayaran tunai royalti minyak mungkin akan menyebabkan isu itu dibawa ke jalan raya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya tidak boleh menolak kemungkinan isu itu akan di bawa ke jalan raya jika kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berdegil menafikan hak Kelantan untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak.

"Rakyat sudah berhimpun di dalam stadium dan majlis-majlis ceramah mengenai isu royalti untuk menyatakan bantahan mereka terhadap keengganan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

"Di Kelantan kini ceramah diadakan setiap malam seolah-olah menghadapi pilihan raya dan kehadiran begitu ramai rakyat membuktikan mereka membantah sikap degil Umno itu," katanya.

Jika bantahan rakyat yang disuarakan melalui kehadiran mereka dalam perhimpunan besar di stadium dan juga siri-siri perhimpunan dalam ceramah umum itu tetap tidak dipedulikan, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu tidak dapat menolak kemungkinan mereka akan berhimpun di jalan raya pula.

"Bukan di Kota Bharu, tetapi di Kuala Lumpur. Bukan sahaja anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur dan rakyat Kelantan yang datang beramai-ramai dari negeri itu, malah seluruh rakyat yang cintakan keadilan akan berhimpun," kata Salahuddin.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan kerajaan Najib supaya jangan menafikan kehendak rakyat dengan menolak royalti minyak kepada Kelantan.

Beliau juga mengingatkan, pertikaian mengenai minyak telah mencetuskan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979.

"Ayatullah Khomeini berumur 91 tahun ketika beliau memimpin kebangkitan menentang Shah lebih 30 tahun lalu," Malaysian Insider memetik beliau berkata.

Beliau mengaitkan revolusi itu dengan tindakan Mohammad Reza Pahlavi menyalahgunakan kekayaan minyak Iran.

Bagaimanapun, Razaleigh segera menafikan bahawa beliau mahu memimpin revolusi seperti itu.

Beliau juga menyifatkan kerajaan pusat berlagak seperti 'Godfather' apabila enggan membayar bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan.

"Kerajaan Persekutuan berlagak seperti Godfather walaupun kuasa mereka datang dari 13 negeri," kata Razaleigh sambil menyamakan sikap menindas Putrajaya dengan sikap ketua penjenayah.

Sehingga kini, tidak ada tanda kerajaan pimpinan Najib mahu mematuhi perjanjian antara Petronas dengan kerajaan Negeri Kelantan pada 9 Mei 1975.hrkh

Bukan kerana pendirian tapi laporan polis terhadap Ahli Parlimen PAS


DAMANSARA, 4 Mac : Tumpuan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kes melibatkan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin adalah berkaitan tindakannya membuat laporan terhadap rakan parti gabungan, bukannya isu kalimah Allah.

Hal ini ditegaskan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan lembaga disiplin itu tidak memberi tumpuan kepada pendirian Zulkifli berhubung isu kalimah Allah yang berbeza dengan parti.

Saifuddin berkata demikian kepada TV Selangor apabila diminta mengulas mengenai tindakan Zulkifli yang menjadikan kehadiran tiga daripada empat panel bukan Islam sebagai alasan menghalalkan perbuatan meninggalkan sidang Lembaga Disiplin.

Panel Lembaga Disiplin itu terdiri daripada Tuan Syed Kamarulzaman selaku Pengerusi Lembaga, Chew Swee Yoke, Goh Keat Peng dan P Kumar.

"Zulkifli dihadapkan ke lembaga displin bukan kerana pendiriannya dalam isu kalimah Allah, sebaliknya kerana tindakannya membuat laporan polisnya terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Pada 23 Januari lalu, Zulkifli memfailkan laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad selepas pemimpin Pas itu berkata Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 perlu dikemas kini mengikut peredaran semasa.

Sebelum ini, perbalahana Zulkifli dan Khalid sekitar isu kalimah Allah dalam blog dan sidang media masing-masing berpanjangan hingga kesempatan itu diambil media arus perdana untuk memutar belit fakta.

"Parti menghormati perbezaan pendapat. Parti mempunyai pendirian dalam isu kalimah Allah, dan kebetulan pendirian Zulkifli h berbeza dari parti tetapi parti tidak bertindak.

"Akan tetapi, kerana beliau menyerang parti rakan (dengan membuat laporan polis terhadap Khalid mengikut Akta Hasutan), Zulkifli disiasat," katanya.

Terdahulu, Zulkifli pada sidang media selepas meninggalkan sidang lembaga disiplin di ibu pejabat PKR di sini, turut enggan mengiktiraf lembaga disiplin berkenaan.

Mengulas hal itu, Saifuddin, Ahli Parlimen M achang menyifatkan tindakan Zulkifli meninggalkan sidang berkenaan sebagai tidak menghormati Lembaga Displin sebagai salah satu institusi penting PKR.TVS

'Pembela Melayu Penang' tak berani berdebat



GEORGETOWN , 5 Mac : Setelah cabaran pusingan pertama tidak disahut, Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang sekali lagi mencabar trio ‘Norman-Jais-Rizal’ untuk berdebat pada 7 Mac ini.

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid berkata, surat yang dihantar pada 22 Februari lalu tidak mendapat sebarang maklum balas daripada ketiga-tiganya sehingga tarikh tutup kelmarin (3 Mac).

Surat cabaran itu dihantar kepada Yang Dipertua (YDP) Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP), Rizal Faris Mohideen Abdul Kadir, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Jais Abdul Karim.

Beliau berkata, sehingga kini Pemuda PR tidak menerima jawapan rasmi daripada mereka bertiga.

“Cuma seperti mana yang kita maklum, Rizal Faris tidak mahu berdebat dengan ‘ikan bilis’ cuma mahu berdebat dengan ‘ikan jerung’, Jais Abdul Karim pula hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Norman Zahalan tidak mahu hadir sehingga mengoyakkan surat jemputan yang kami hantar dengan penuh adab.

“Kepada trio Norman-Jais-Rizal, buktikanlah kalian adalah benar-benar Pembela Melayu dan bukannya Pengeliru Melayu,” katanya pada sidang media di pekarangan Menara UMNO, di Jalan Macalister di sini, semalam.

Menurutnya, Rizal perlu membuktikan kebenaran kepada rakyat bahawa YDP DPMMPP itu komited berjuang meningkatkan taraf ekonomi kaum Melayu dan bukan lari bila berdepan dengan kebenaran pada saat Melayu Pulau Pinang memerlukan penjelasan dan pembelaan daripadanya.

Selain itu, katanya, Jais perlu membuktikan kebenaran kepada rakyat bahawa Presiden GPMS itu komited membela nasib pelajar Melayu di Pulau Pinang dan bukan lebih gemar menikus ketika mereka memerlukan pembelaannya.

“Kepada Norman, buktikan kebenaran pada rakyat bahawa anda sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang komited berjuang mengangkat martabat generasi muda Melayu negeri ini dan bukannya terdesak mengelak untuk hadir sehingga dengan biadab mengoyak surat jemputan rakyat pada anda untuk bersama mereka,” katanya.

Beliau berkata, persiapan untuk mengadakan debat terbuka pada 7 Mac diteruskan walaupun ketiga-tiganya enggan hadir kerana ia dianggap program besar bersama rakyat.

Sehubungan itu, Pemuda PR turut menghantar surat jemputan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya, Datuk Zainal Abidin Osman dan Setiausaha, Datuk Azhar Ibrahim, semalam agar dapat sama menghadiri program itu.

Surat itu diterima oleh oleh Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali kepada Setiausaha Penerangan UMNO Pulau Pinang, Hassan Din.

Syed Mikael berkata, surat serupa diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairi Jamaluddin dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 11.30 pagi semalam.

Ditanya kenapa memilih pekarangan Menara UMNO sebagai lokasi sidang medianya, beliau berkata, ia adalah sebagai langkah anak jantan serta adab orang Melayu menghantar jemputan di rumah tetamu.SH

PKR tetap teguh, mantap


SHAH ALAM ,5 Mac : Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap teguh dan mantap serta mendapat sokongan rakyat biarpun beberapa pimpinannya bertindak keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali menyifatkan tindakan beberapa Ahli Parlimen PKR yang lompat parti sebagai satu proses penyucian yang dialu-alukan.

Beliau berkata, Ahli Parlimen keluar parti disebabkan menghadapi masalah peribadi serta kewangan dan ada yang disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Mereka tidak menjaga kawasan, tidak pernah menyuarakan rintihan apatah lagi membela hak rakyat. Mereka juga tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam Parlimen, tidak pernah atau jarang sekali bercakap atau berbahas.

“PKR percaya apabila sudah tidak ada daki, kulit menjadi lebih bersih dan badan lebih sihat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

PKR terus menerima tamparan hebat apabila seorang lagi iaitu Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. Ini menjadikan tiga Ahli Parlimen PKR keluar parti dalam tempoh kurang sebulan selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada 12 Februari dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee beng pada 1 Mac.

Syed Husin berkata, pimpinan UMNO meraih peluang dari kelemahan parti dengan memperalatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen yang boleh diperalatkan dengan menjanjikan berbagai-bagai habuan untuk memikat mereka.

“Kami mendapat maklumat bahawa berpuluh juta ringgit dana disediakan untuk membeli ADUN dan Ahli Parlimen terutama dari PKR,” katanya.

Beliau berkata, sejarah menunjukkan PAS dan DAP mengalami cabaran lebih buruk pada peringkat permulaan mereka di mana beberapa pemimpin utamanya keluar parti antaranya Goh Hock Guan, Richad Ho, Lee Lam Thye manakala dari PAS pula adalah seperti bekas Presidennya, Asri Muda dan Osman Abdullah.

“Beberapa pimpinan utama mereka keluar parti. Ada pihak menganggap DAP dan PAS akan lingkup sebaliknya ia menjadi lebih kuat sehingga kini.

“Pemimpin UMNO menyangka dan mengharapkan PAS akan gulung tikar. Tetapi apa berlaku, Pas menjadi lebih teguh seperti yang terbukti sekarang. Berbeza dengan PAS dan DAP, UMNO dilihat lebih parah keadaannya kini,” katanya.SH