Thursday, April 8, 2010

Sahih tarikh pilihanraya kecil sama













T
imbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.

Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News. -mk

Sahih SPR akan tetapkan tarikh pilihanraya kecil Sibu sama dengan Hulu Selangor.

Susahkan PR , menangkan BN agenda SPR

Umno cemari masjid













Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kecewa dengan tindakan Umno untuk terus menguasai Institusi Masjid apabila memastikan tindakan mereka dengan menyusun semua perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) yang telah diberikan tauliah tempohari sebenarnya telah melanggari peraturan amalan yang telah dilakukan selama ini terutama perlu melalui proses temuduga telah diketepikan.

Panduan yang selama ini diikuti mengikut garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diketepikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sedangkan JAKIM yang memberikan peruntukan selama ini telah dinafikan peranan yang sepatutnya diberikan keutamaan. Yang lebih parah ialah agen-agen Umno yang berada di dalam Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) merealisasikan sepertimana yang dikehendaki oleh Umno.

DPPN Pk mencabar agen-agen Umno yang berada di dalam JAIPk agar meletak jawatan kerana mereka telah merosakkan Institusi Masjid yang sepatutnya menjadi tempat penyatuan Umat Islam dan bukannya pepecahan kerana idelogi politik kepartian. Kemusnahan Institusi Masjid akan bertambah parah dengan tindakan semua yang melibatkan tanggungjawab yang sepatutnya diberikan kepada yang lebih layak tidak diberikan.

Umno yang bertanggungjawab memusnahkan dan merosakkan Institusi Masjid selama ini. Rakyat dan ahli kariah yang sepatutnya yang menentukan siapakah yang layak diberikan tanggungjawab dinafikan hak. Malah perlantikan Ahli Jawatankuasa Masjid telah dikuasai oleh Umno, dan lebih malang apabila sesiapa yang tidak menyokong Umno diketepikan untuk bersama membangunkan Institusi Masjid.


SALMAN HAJI SALEH

Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Umno kelirukan rakyat





Umno cuba mengumpan rakyat jelata untuk menghadiri ceramah anjurannya dengan menggunakan banner-banner yang memaparkan foto, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Taktik-taktik kotor ini menggambarkan Umno sanggup mengelirukan rakyat demi mencapai matlamatnya, supaya memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di kalangan penyokong-penyokong mereka.

Ceramah ini bertujuan untuk menaburkan fitnah walaupun temanya adalah “Ini Kisah Sebenar!”

Penceramah-penceramah yang diundang ke ceramah tersebut termasuklah Datuk Seri Zahrain Hashim, ahli parlimen yang telah dibebaskan daripada Bayan Baru dan Ezam Mohd. Noor yang telah keluar parti PKR sebelum ini.

Apakah kisah sebenar yang dapat diceritakan oleh mereka selain cerita-cerita khayalan ciptaan Umno sendiri.

Dapsy dan Pemuda Pakatan Rakyat menuntut supaya Umno memberhentikan taktik-taktik sedemikian yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat sahaja.

Taktik-taktik yang kotor sedemikian patut dikutuk dan dikecam oleh rakyat yang berpegang teguh terhadap prinsip-prinsip demokrasi.

Jikalau Umno tidak yakin dengan daya tarikan sendiri sehingga sanggup memperalatkan foto-foto pemimpin Pakatan Rakyat demi menarik minat rakyat jelata ke ceramah anjurannya, ini menunjukkan bahawa Umno telah ketandusan modal politiknya dan sokongan rakyat terhadapnya semakin menurun.

Dapsy dan Pemuda Pakatan Rakyat menggesa rakyat jelata supaya tidak dipancing untuk menghadiri ceramah anjuran UMNO yang hanya bertujuan untuk menaburkan fitnah sahaja.

Kisah-kisah sebenar tidak akan dan tidak dapat diceritakan oleh pemimpin-pemimpin yang boleh dibeli dan disokong oleh UMNO.

Ng Wei Aik adalah setiausaha pemuda sosialis DAP (Dapsy) Pulau Pinang dan juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang

Kerakyatan bukan ikut perlembagaan Umno



KUALA LUMPUR, 9 April: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) berkata, soal kerakyatan bukan Melayu sudah lama selesai dan generasi Cina, India dan kaum bukan Melayu yang menjadi warganegara telah diberikan kerakyatan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, bukan Perlembagaan Umno.

Justeru, katanya PAS kesal dengan ucapan perkauman Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang membangkitkan isu kerakyatan kepada bukan Melayu di negara ini yang didakwa perlu berterima kasih kepada Umno.

Malah, katanya selepas lebih 52 tahun negara ini merdeka, rakyat bukan Melayu telah memberikan banyak sumbangan kepada pembangunan negara dan mereka seharusnya tidak dijadikan bahan politik untuk dihina demi untuk menunjukkan Umnolah juara rakyat sebenarnya.

“Ucapan Noh ini bukan pertama kali keluar dari mulut pemimpin Umno. Februari lepas Datuk Nasir Safar, pegawai khas Perdana Menteri turut membakar kemarahan kaum bukan Melayu dengan menggelarkan kaum Cina dan India di negara ini sebagai pendatang,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, PAS menolak sebarang ucapan, slogan atau kempen perkauman yang diterapkan oleh Umno dan BN kerana jelas ia hanyalah merugikan rakyat.

Tambahnya lagi, isu perkauman dan kewarganegaraan tidak seharusnya berbangkit dan PAS berharap kaum Melayu dan bukan Melayu dapat hidup dengan harmoni di negara ini serta menghormati hak masing-masing.

“PAS menyeru komponen BN menilai kedudukan mereka dalam BN kerana akhir-akhir ini Umno sudah kembali menunjukkan dasar perkaumannya. Umno hanya menjual slogan demi slogan bagi menarik sokongan rakyat,” ujarnya.

Malah, ujarnya lagi dalam konvensyen yang Noh berucap itu, hanya lagu BN dan Umno sahaja yang dinyanyikan seolah-olah dalam BN hanya ada parti Umno sahaja.

Katanya, jawapan pengerusi penganjur konvensyen, yang mendakwa tidak melihat sebarang isu dalam hal itu menjelaskan lagi sikap Umno yang memandang kecil kehadiran komponen lain BN semasa majlis itu.

Malah, beliau menambah Umno sampai hari ini tidak pernah berhenti menyalahkan MIC dan MCA di atas kekalahan teruk mereka di Selangor.

“Oleh itu, PAS melihat komponen BN bukan Melayu kini ibarat anak tiri yang sudah kematian bapa. Sudah kalah, Umno pun tak pandang,” ujarnya.

Beliau berkata, PAS juga yakin, rakyat akan menghukum BN dalam Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno dan komponen lain yang masih bacul untuk meninggalkan BN kerana menjaga periuk nasi mereka.hrkh

Kenali Tok Guru Nik Aziz






Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS - sentiasa mengutamakan agama dalam berpolitik.” Selaku pemimpin yang mempunyai sifat ulamak, nilai kepimpinannya adalah religiously charismatic. Peribadi kehidupannya sentiasa mengutamakan ajaran agama.Penampilannya pula adalah berwatak alim, warak, sederhana dan mesra. Dalam menjalankan tugas, keputusannya mengutamakan hukum syarak dan syura. Pengarahannya adalah berpandukan maklumat yang dicari mahu pun yang diberitahu. Pada usia yang menghampiri 80 tahun, fikiran dan fizikal masih kental. Walaupun upaya fizikalnya memerlukan pengawasan perubatan.

Demikianlah rangkap huraian atas tokoh yang dikenali umum, yang terserlah sejak tahun 60-an sampai kini dihormati kekal menerajui Majlis Syura Ulamak melalui jawatan Mursyidul Am sejak dilantik selepas Tuan Guru Yusof Rawa kembali ke rahmatullah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah 2:253, maksudnya: "Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan".

Pada 29 Mac lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah dilantik sebagai Mursyidul Am PAS. Atas pelantikan itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz kini memasuki tahun ke-20 selaku Menteri Besar Kelantan dilihat telah melonjak keyakinan jemaah menghadapi segenap cabaran perjuangan. Meskipun pelantikan tersebut atas sifat penerusan dan pemerkasaan Majlis Syura selepas Pendaftar Pertubuhan mengesahkan pindaan Perlembagaan PAS 2009 lalu, ia tetap dilihat penting untuk PAS selaku sebuah gerakan Islam yang mengutamakan kepimpinan berteraskan religiously charismatic.

Oleh sebab itu, ramai berpendapat kekuatan institusi Majlis Syura dan jawatan Mursyidul Am adalah nilai keagamaan dan kekudusan sifat kepimpinan tertinggi parti dalam membayangi segala keputusan dasar, strategi, pelaksanaan dan pemantauan seluruh organ parti PAS.

Justeru itu, segala penghormatan, pengharapan dan pengupayaan PAS ada jawapannya di sebalik siapa orangnya yang dilantik selaku Mursyidul Am. Hakikatnya jawapan itu ada pada diri Tuan Guru Nik Abdul Aziz setakat mana yang saya kenal dan sepanjang waktu berada bersamanya di dalam jemaah.

Sehubungan itu, kekaguman saya secara peribadi terhadap bukti-bukti
religiously charismatic beliau dapat ditampilkan dan disebut di sini. Antaranya adalah selalu memulakan ucapan dan ceramah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, selalu berpesan kepada rakan-rakan pimpinan yang berceramah agar bersembahyang Maghrib/Isyak berjemaah di mana-mana masjid dalam perjalanan ke tempat ceramah, sentiasa mengamalkan zikir dan selawat bagi mendekati Allah, semasa berceramah mengutamakan menyebut Islam dan tidak sebut parti kecuali bila perlu sahaja, dan akan mengingatkan tempat untuk bersembahyang apabila bermusafir.

Religiously charismatic boleh difahami sebagai kehebatan mengamalkan prinsip kehidupan selaku pemimpin yang bijaksana dan kental berpegang kepada ajaran Islam. Ia tidak berlaku di kalangan pemimpin biasa atau orang awam. Hakikat sifat keulamakan yang zahir dalam diri rohani dan jasmani Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan manifestasi religiously charismatic.

Meskipun, charismatic difahami sebagai sifat pemimpin yang berupaya mencetus kuasa penarik untuk orang ramai menerima dan menghormatinya, namun apabila charismatic itu diikat dengan religiously, maka kekuatan amalan kepimpinan yang berkarisma itu sebenarnya adalah berteraskan ajaran agama yang merupakan satu anugerah Ilahi yang memantapkan kepimpinan seseorang. Nilai religiously charismatic itu boleh dipadukan dengan ketentuan Allah SWT di dalam mencipta seseorang itu menjadi pemimpin menuruti lunas-lunas agama. Sesuai dengan firman Allah (al-Baqarah 2: 253) bermaksud, “Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan”.

Justeru itu, kelebihan yang Allah kurniakan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah antara yang mungkin dikurniakan kepada para ulamak masyhur yang lain. Oleh itu, nilai karismatiknya adalah terserlah dalam perkara amalan kepimpinan yang dilihat tidak ada pada pemimpin yang sekular.
Dalam konteks memulakan ucapan dan ceramah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, nilai karismatiknya adalah kehebatan seseorang pemimpin itu menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. Ia bertujuan untuk mendidik rakyat berteraskan lunas yang jelas, iaitu kalimah Allah SWT.

Hal ini saya yakin tidak mampu dilakukan oleh pemimpin yang tidak komited dengan Islam (tidak menjadikan bacaan al-Quran sebagai ibadat harian). Sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegang dengannya, iaitu Kitabullah (al-Quran) dan sunah Rasulullah SAW” (Riwayat Muslim); “Barang siapa membaca satu huruf dari al-Quran, maka baginya satu pahala dan satu pahala digandakan sepuluh kali” (Riwayat at-Tirmizi).

Sembahyang berjemaah

Begitu pula, langkah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang selalu berpesan kepada rakan-rakan pimpinan agar bersembahyang Maghrib/Isyak secara berjemaah di mana-mana masjid dalam perjalanan ke tempat ceramah. Kelebihan di sebaliknya adalah mengandungi makna besar sebagai pemimpin yang berjuang di medan politik-dakwah. Ia akan menzahirkan keupayaan pemimpin boleh menjadi imam atau makmum sembahyang di mana-mana tempat bersama-sama rakyat. Sekali gus membuktikan integriti beragama yang secara peribadinya selalu menjaga sembahyang berjemaah dan menjaga serta mendirikan sembahyang sebagai paksi dan tiang beragama.

Pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini adalah selari dengan sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Sembahyang jemaah pahalanya melebihi sembahyang sendirian dengan dua puluh darjat” (Mutafaq’alaih); “tiga orang yang diredai Allah iaitu seorang yang pada tengah malam bangun dan sembahyang, suatu kaum (jemaah) yang berbaris untuk sembahyang, dan satu kaum berbaris untuk berperang” (Riwayat Abu Ya’la).
Hakikat ini akan membezakan pemimpin Islam dengan pemimpin sekular, kerana pemimpin yang sekular akan menepikan amalan sembahyang, lebih-lebih sembahyang berjemaah.

Sementara kehidupan seorang yang warak sudah pasti sentiasa mengamalkan zikir dan selawat bagi mendekati Allah. Bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku pemimpin jangan tak berzikir, kerana semasa berzikir kita akan dekat dengan Allah. Amalan zikir ini tidak diajar oleh demokrasi, kerana ia tiada dalam aturan demokrasi. Melainkan dalam Islam yang mengajar kita berzikir. Dimulakan dengan Bismillah dan sebutlah sentiasa nama-nama Allah dan diikuti dengan selawat kepada junjungan Nabi.

Seruan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini selari dengan sunah Nabi, sebagaimana sabdanya bermaksud, “tiada amal perbuatan anak Adam yang lebih menyelamatkannya dari azab Allah daripada zikrullah” (Riwayat Ahmad); “perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan yang tidak, seumpama orang hidup dan orang mati” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

Demikian pula, semasa berceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan mengutamakan menyebut Islam dan tidak sebut parti kecuali bila perlu sahaja. Pendekatan ini dikira menepati dengan uslub dakwah yang mengambil kira semua pendengar dapat menerima atas lunas keislaman bukan kepartian.

Jika banyak menyebut parti, mungkin akan ada sebahagian pendengar akan rasa tersinggung atau menolak hujah yang disebut semasa berceramah. Ia berbeza, apabila hujah agama dijadikan sandaran, maka tidak akan ada orang menolak agama. Apabila mereka memahami agama, dan agama yang difahami itu adalah Islam, maka sampai masanya parti yang memperjuangkan Islam akan dapat difahami dan diterima.

Selanjutnya, sifat pemimpin Islam adalah mengutamakan sembahyang kerana ia tugas wajib hamba kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Sebenarnya bukan sifat pemimpin Islam apabila berpergian (bermusafir), ibadat sembahyang dikemudiankan, sebaliknya mengutamakan makan-minum ketika berpergian.

Saya teringat, betapa Arwah Ustaz Bunyamin Yaakob membandingkan kehebatan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja naik kereta untuk berpergian, maka akan disebut kepadanya ‘masjid mana kita nak berhenti sembahyang’. Sebaliknya, ada seorang pemimpin besar PAS yang lain, sebaik sahaja berpergian perkara pertama yang disebut ialah‘kita nak berhenti makan di mana’. Demikian cerita Arwah Ustaz Bunyamin.

Maka, pengajaran besar bagi setiap ahli dan pemimpin di jalan politik-dakwah ialah mengingatkan tempat untuk bersembahyang dan menunaikan sembahyang sewaktu bermusafir diyakini akan mendapat berkat Allah SWT di sepanjang perjalanan, sehinggalah kita semua akan sampai dengan selamatnya ke tempat yang dituju.

Ia sesuai dengan amanat Rasulullah SAW apabila menghantar orang-orang mukmin yang akan memulakan perjalanan, baginda bersabda, “semoga Allah membekali kamu dengan takwa, mengarahkan kamu kepada segala kebaikan, melaksanakan bagi mu segala keperluan mu, menyelamatkan agama dan dunia mu, mengembalikan kamu pulang dengan selamat dan memperoleh keuntungan” (Riwayat Ibnu Babawih).

Demikianlah perspektif yang dapat ditonjolkan atas nilai-nilai religiously charismatic kepimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan sebagaimana usia saya mengenali, mendampingi dan mendapat bimbingannya. Serlahan kepimpinan itu selayaknya akan ramai lagi pemimpin Islam, khasnya kalangan pemimpin parti PAS yang mengikut jejak ilmu politik-dakwah dan keperibadian hidup ibadatnya.

Selayaknya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz diberi kepercayaan untuk meneruskan tugas kepimpinan Majlis Syura PAS dengan jawatan Mursyidul Am, kerana ia memenuhi ciri-ciri Kepimpinan Ulamak yang menguruskan gerakan politik-dakwah, menyambung urusan sunah Nabi - memartabatkan agama dan mengurustadbir dunia dengan agama - dalam era kecanggihan dunia yang mencabar ini.

Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

MP Pasir Salak ancam pukul ahli parlimen PR
















KUALA LUMPU. 8 April :
Ahli Parlimen Ipoh Barat daripada DAP, M.Kulasegaran, hari ini mendakwa kononnya wakil rakyat Pasir Salak daripada Barisan Nasional, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, mengancam untuk memukul beliau di lobi Parlimen.

Beliau membuat usul kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya satu siasatan dijalankan berhubung ancaman itu.

"Lima belas minit lepas, semasa saya di luar dewan, tiba-tiba Pasir Salak datang mengancam saya dan nak pukul saya dan mengatakan bahawa saya telah cemar nama baik dia.

"Dia beri amaran kepada saya jika saya tidak berhenti, dia akan hantar orang ke kawasan saya pukul saya," katanya sebaik dewan selesai membincangkan isu mengenai insiden kekecohan semalam membabitkan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Kulasegaran mahu supaya tindakan susulan diambil kerana Tajuddin pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beliau di Dewan Rakyat pada tahun lepas.

Ketika diminta mengulas, Tajuddin mempertikaikan tindakan Kulasegaran menggunakan laman blog untuk membuat fitnah dan mencerca beliau.

"Buat apa saya nak ugut dia? Saya sekadar marah beliau kerana membuat kenyataan tak bertanggungjawab. Saya dapat maklumat, dia gunakan blog buat tuduhan yang bukan-bukan terhadap saya.

"Saya sudah senyap selama ini dengan semua kenyataan bodoh yang dibuatnya di blog. Tadi, semasa saya jumpa beliau, saya kata...hentikan perbuatan sia-sia ini," katanya. - BERNAMA

Chew akan letak jawatan timbalan menteri






KUALA LUMPUR, 8 April : Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Ketua Wanita MCA.

Serentak dengan peletakan jawatan itu, Chew juga berkata dia akan melepaskan jawatan timbalan menteri wanita dan pembangunan masyarakat yang disandangnya.

Mengikut Malaysiakini, beliau juga mengumumkan akan melepaskan jawatan senator.

Pada pemilihan parti itu pada 28 Mac lalu, Chew berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA memilih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandels seks DVD dilantik sebagai presiden.TVS

Insiden MCA boikot konvensyen BN bukti 1Umno bukan 1Malaysia



HULU SELANGOR, 8 April : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rakyat harus mengambil iktibar dari tindakan parti MCA memboikot Konvensyen Barisan Nasional.

Beliau berkata ia membuktikan Umno tidak pernah melihat parti komponen lain sebagai rakan yang layak mendapat penghormatan sewajarnya.

Khalid juga berpandangan insiden ini secara tidak langsung menunjukkan dimana sebenarnya kedudukan masyarakat Cina dalam hirarki Barisan Nasional.

"Itu sudah kita jangkakan. Umno merasakan dia satu parti untuk BN. Umno adalah BN. Parti-parti lain dianggap kelas kedua. Itu bermakna 1Umno bukan satu Malaysia,” katanya.

Konvensyen yang diadakan di Shah Alam semalam bertujuan untuk merencana agenda merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai mengepalai perwakilan MCA keluar dari konvensyen itu selepas mendapati Umno tidak mengiktiraf kewujudan MCA dalam gagasan itu.

Menurut Datuk Song, hanya lagu BN dan Umno dimainkan di konvensyen itu, dan pemimpin utama parti-parti komponen tidak dijemput ke pentas utama.

Apa yang lebih mengejutkan MCA apabila Noh Omar mahu mereka dan masyarakat bukan Melayu supaya berterima kasih kerana diberikan kerakyatan Malaysia.

“Ini menunjukkan apabila Noh Omar beri ucapan, dia tidak peduli masyarakat lain. Yang lain harus ikut. Ini contoh parti-parti komponen BN sendiri tidak suka pengalaman mereka dengan Umno," katanya.

Khalid berkata, budaya kuku besi seperti ini tidak wujud dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya mengamalkan konsep musyawarah yang menjadi tunjang kesepakatan Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Parti Islam Se-Malaysia.

"Kita dalam Pakatan Rakyat, beri kesempatan kepada semua. Kalau ramai masyarakat itu miskin, tentulah kita beri keutamaan pada mereka. Ini berita yang sangat baik untuk program kita di Hulu Selangor," katanya.TVS

Zambry angkuh, Tajul wajar beri nasihat













IPOH, 8 April : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berpendapat Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali wajar memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Abdul Kadir memandangkan beliau mempunyai pengalaman yang luas terutama berkaitan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dilihat tidak mengikut Peraturan Tetap DUN Perak yang baru berlangsung pada 30 dan 31 Mac yang lalu.

Apabila penyusunan asal agenda Sidang DUN Perak yang lalu tidak meletakkan agenda pertama di dalam membahaskan titah ucapan Perasmian Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Peraturan Tetap DUN Perak, Walapun telah ditegur oleh Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Zambry dilihat angkuh dan tidak menerima pandangan tersebut setelah diminta supaya diperbetulkan.

Demikian dinyatakan Setiausaha Dewan Pemuda PASN Perak, Dr. Raja Ahmad Al-His dalam satu kenyataan medianya di sini semalam.

Menurutnya Datuk Seri Tajol Rosli yang sebelum ini telah dipertikaikan kerana menghantar persetujuan untuk hadir persidangan DUN Perak yang lalu kepada Speaker DUN Perak yang sah, V.Sivakumar, amat memahami dan berpengalaman luas yang sepatutnya dirujuk terlebih dahulu.

Akan tetapi pengalaman dan kemampuan Datuk Seri Tajol Rosli selama ini tidak dimanfaatkan oleh Datuk Seri Zambry. katanya.

Bapa kepada Datuk Seri Tajol Rosli yang juga bekas Menteri Besar iaitu Tan Sri Mohammad Ghazali Jawi yang banyak pengalaman terutama berkaitan dengan perkara yang mesti didahulukan iaitu seperti perbahasan titah ucapan Perasmian Raja Perak yang menjadi agenda pertama setiap kali persidangan di buka oleh Raja Perak.

Sukaneka PASTI Taiping meriah


TAIPING, 8 April :
Bertempat di Padang Awam Taman Desa Jana Kamunting, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Taiping telah menganjurkan sukaneka PASTI pada 4 April 2010/ 19 R'Akhir 1431 baru-baru ini.

Sukaneka yang melibatkan 7 PASTI (11 kumpulan) tanpak meriah dengan kehadiran begitu ramai Ibubapa dan kaum keluarga pelajar PASTI Taiping.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Ustaz Ahmad Fakhruddin b. Abd Aziz, YDP PAS Kawasan Taiping dan Pimpinan Kawasan serta Dewan Pemuda PAS Taiping.

PASTI yang terlibat dalam sukaneka tahun ini ialah PASTI Al-Hikmah, PASTI Al-Hidayah, PASTI Al-Falah dan beberapa buah PASTI lagi. Acara dimulakan dengan perbarisan dari anak-anak PASTI seterusnya Ikrar yang dibacakan oleh seorang pelajar PASTI.

Acara sukan bermula sekitar Jam 10.00pg dengan beberapa acara seperti lari 50 meter lelaki dan perempuan, lari berhalangan, tarik bola dengan gelung dan lari bawa ais-krim gergasi. turut tidak ketinggalan acara untuk ibu bapa.

Acara sukaneka berakhir sekitar jam 12.30 petang. Tahniah buat PASTI Taiping dan Jawatankuasanya yang diketuai oleh En. Alif Ahmad b. Yunus.


Ikrar yang diketuai oleh seorang Pelajar PASTI
Acara perasmian
wajah-wajah mujahidah pada masa hadapan
acara lari dalam guni oleh pelajar PASTI
lari berganti-ganti 50 meter
ini pelajar ke yang nak tarik atau cikgu-cikgu....
Antara pelajar PASTI yang memenangi sukaneka..Tahniah adik
Mohamad Mujahid

Hal ehwal agama Islam di bawah kuasa Sultan Kedah


ALOR SETAR , 8 April : Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan perbezaan fahaman politik menjadi punca pegawai beberapa masjid di negeri ini dipaksa mengisi borang meletak jawatan.

Katanya, perkara itu di luar bidang kuasanya, kerana urusan berkaitan hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Perkara itu bukan diputuskan oleh saya. Terdapat sebuah badan khas yang memberi pandangan dan nasihat berkaitan hal ehwal agama sebelum diperkenankan oleh Tuanku Sultan. Biarlah Majlis Agama Islam Kedah (Maik) yang menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Azizan mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengakui menerima aduan beberapa pegawai masjid, terdiri daripada imam, bilal dan siak bahawa mereka diberi borang M4 oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar untuk diisi sebagai tanda ingin bersara.

Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Datuk Khairuddin Zin, kelmarin, memaklumkan semua pegawai masjid berusia lebih 60 tahun dan uzur diminta mengisi borang bersara dan wajar melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada pegawai masjid baru.SH

Setahun menjadi wakil rakyat, Abe Uji diterima rakyat


KUALA KRAI, 8 April : Hampir setahun menduduki kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai selepas memenangi pilihan raya kecil kawasan itu pada Julai tahun lalu, Mohd Fauzi Abdullah bersyukur atas penerimaan baik yang ditunjukkan masyarakat setempat.

Beliau berkata, antara yang diterima baik rakyat ialah corak kepimpinan dibawanya seperti selalu turun padang termasuk minum petang di kedai kopi bagi menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi.

Menurutnya, terharu dengan sambutan diberikan rakyat, beliau berazam untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu tanpa mengira kaum atau fahaman politik.

“Antara masalah rakyat yang akan diberikan lebih perhatian pada tahun ini, adalah masalah jalan kampung dan jalan pertanian yang masih belum sempurna di sekitar Manek Urai,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di pekarangan Markas Maj-lis Tindakan DUN (MTD) Manek Urai, dekat sini, semalam.

Mohd Fauzi berkata, aktiviti kemasyarakatan lain termasuk program penyampaian sumbangan daripada pelbagai skim bantuan di bawah Kerajaan Negeri seperti Takaful Kifalah (warga emas), armalah (ibu tunggal), anak yatim dan tabung pesakit kronik.

“Program penyampaian skim bantuan ini adalah aktiviti berterusan yang diadakan dari semasa ke semasa,” katanya yang menewaskan calon Barisan Nasional yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat pada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, 14 Julai tahun lalu.

Mengulas majlis itu, Mohd Fauzi berkata, program ramah mesra bertujuan mengeratkan lagi hubungannya dan barisan kepimpinan MTD Manek Urai dengan rakyat itu adalah yang pertama pada tahun ini dan kali kedua sejak dia menjadi wakil rakyat.

Katanya, seperti majlis kali pertama yang diadakan sempena jamuan hari raya Aidilfitri lalu, beliau gembira kerana program kali ini juga mendapat sambutan baik penduduk apabila dihadiri kira-kira 1,000 tetamu tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Turut kelihatan hadir pada majlis itu ADUN Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria dan Setiausaha Kerja Setiausaha Kerja Pejabat Ahli Parlimen Kuala Krai, Zamri Jusoh.SH

Anwar akan beri taklimat mengenai calon PKR


KUALA TERENGGANU, 8 April : PAS menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan PKR mengenai calon pakatan pembangkang yang akan bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan masuk campur dan menyerahkan sepenuhnya soal calon pilihan raya kecil itu untuk diputuskan pimpinan PKR.

“Saya difahamkan senarai nama (calon) sudah ada, yang disenarai pendek lima orang. Saya akan mendengar taklimat mengenai calon ini daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bermula 5 hingga 8 April ini berhenti rehat.

Penamaan calon bagi pilihan raya itu ialah 17 April.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 25 Mac lalu akibat kanser otak.

Dalam pilihan raya umum 2008, Zainal Abidin menewaskan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel daripada Barisan Nasional (BN) dengan kelebihan 198 undi. Hulu Selangor mempunyai 63,593 pengundi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, Pas menuntut kerajaan memberi penjelasan terperinci berhubung pelantikan firma perunding komunikasi antarabangsa Apco Worldwide yang didakwa menjejaskan keselamatan negara.

Beliau berkata, pembangkang mencadangkan undi belah bagi dibuat di Parlimen bagi menuntut penjelasan kerajaan sama ada Apco Worldwide dikendalikan oleh pengaruh Zionis atau membantu mencipta konsep 1Malaysia.

Jelasnya, parti itu masih tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan pihak kerajaan di Parlimen berhubung isu tersebut sebelum ini.

Anwar menggesa kerajaan menarik balik kontraknya dengan Apco Worldwide dan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk menyiasat firma itu, pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, dengan mendakwa ia membawa risiko terhadap keselamatan nasional.

Ketua pembangkang itu menimbulkan isu Apco ketika memberi penerangan di Dewan Rakyat berikutan usul ahli BN bagi Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan supaya beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendakwa bahawa konsep 1Malaysia ditiru daripada slogan 'One Israel' yang beliau kaitkan dengan Apco Worldwide. - Bernama