Monday, September 27, 2010
Melayu hilang kuasa selagi Umno memerintah
"Pada masa ini pun ramai orang Melayu terutama di luar bandar yang hilang kuasa dan suara kerana kemiskinan dan dijerat oleh hutang kepada tauke-tauke.
"Antara sebab perkara tersebut berlaku ialah apabila kekayaan negara tidak digunakan dengan saksama dan bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat keseluruhannya tetapi lebih banyak yang dibolot oleh kroni-kroni Umno,"
Keadaan itu, diburukkan pula dengan kerakusan parti perasuah mencari habuan untuk kepentingan peribadi termasuk merasuah sesama sendiri bagi mencari sokongan untuk berkuasa.
"Para pemimpin parti perasuah pula telah lama hilang kuasa dan suara kepada tauke-tauke yang yang menambat mereka dengan rasuah.
"Bukan setakat hilang kuasa, akibat ditambat rasuah, mereka juga merelakan dasar affirmatif yang sepatutnya membantu orang-orang Melayu diperalatkan untuk menimbunkan lagi kekayaan tauke-tauke yang menjadi tuan-tuan mereka,"
Walaubagaimanapun saya yakin lebih ramai orang Melayu akan menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan Umno jika pendedahan data ekonomi Melayu menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang,
"Pemimpin Umno sendiri yang mengakui bahawa data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu akan menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.
"Dengan pengakuan itu, nyatalah orang-orang Melayu telah 53 tahun menjadi mangsa penipuan Umno yang tidak henti-henti berlakon dan berlagak sebagai pembela Melayu,"
Saya ingin menyifatkan data tersebut sebagai bukti yang terang dan nyata tentang ketiadaan iltizam untuk Umno membantu orang-orang Melayu.
Saya mengingatkan orang-orang Melayu bahawa 53 tahun adalah tempoh yang luar biasa lama untuk terus membiarkan diri mereka ditipu.
"Dasar affirmatif untuk membantu orang Melayu yang dilaksanakan kira-kira 40 tahun lalu juga ternyata gagal jika data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu menunjukkan kedudukan mereka masih terkebelakang.
"Persoalannya, adakah orang-orang Melayu mahu menunggu 40 atau 53 tahun lagi di bawah cengkaman Umno dan terus berangan-angan suatu hari nanti pencapaian ekonomi orang Melayu tidak lagi terkebelakang?
Orang-orang Melayu, tidak lagi memerlukan kerajaan yang tidak berpijak di bumi nyata dengan pelbagai akronim dan pertunjukan angka bertrilion-trilion tanpa perubahan yang fundamental untuk menjamin kedaulatan undang-undang dan peraturan ke atas semua pihak, walaupun di kalangan parti pemerintah.
PRK Galas : PAS bersedia, Umno dah berangan
GUA MUSANG, 28 Sept. : PAS sentiasa bersedia menghadapi sebarang pilihanraya termasuk pilihanraya kecil DUN Galas berikutan ADUNnya Che Hashim Sulaiman yang telah kembali ke rahmatuLlah
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat berkata PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) pilihanraya kecil perlu diadakan kerana masih belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu.
Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.
"Apabila SPR terima notis rasmi, baru kita akan adakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Galas. Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu.
"Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan," kata Wan Ahmad.
Sehubungan itu, Speaker DUN Kelantan, Ustaz Mohd Nassuruddin Daud, berkata beliau akan menulis surat kepada SPR sebaik menerima sijil kematian Allahyarham.
"Sebagaimana biasa laporan bertulis akan dibuat secepat mungkin sebaik menerima laporan kematian dari pihak keluarga atau pihak berwajib.
"Kita tunggu sijil kematian Allahyarham sebelum menulis surat kepada SPR bagi menyatakan kekosongan DUN Galas," katanya ketika dihubungi pihak media
(Gambar - Hari penamaan calon PRK manek Urai)
Takziah Kepada Keluarga Chek Hashim
Ketika mengucapkan takziah kepada keluarga Chek Hashim, Tuan Guru Nik Aziz menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilanggan bagi PAS.
Katanya walaupun Che Hashim bukanlah seorang yang banyak pengalaman kerana baru dalam politik, tetapi beliau berjaya membantu perjuangan Islam melalui PAS.
Menurutnya, PAS sedaya upaya membantu Che Hashim untuk mendapat rawatan termasuk dua kali di China dan hospital dalam Negara.
"Saya mengucapkan takziah banyak-banyak kepada keluarga dan rakyat di kawasan beliau, minta Tuhan ampunkan segala dosanya," katanya.
Speaker DUN Kelantan Mohd Nassuruddin Daud menyifatkan pemergian Chek Hashim sebagai kehilangan seorang pemimpin muda yang berwibawa dan banyak berjasa kepada rakyat khususnya di kawasan Gua Musang.
"Kita harap keluarga Allahyarham dapat bersabar dan menerima ketentuan Ilahi sebagai satu ujian," katanya.
DUN Galas
DUN N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan petiundi majoriti Cina dan 5 kawasan petiundi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan petiundi kesemuanya 13.
Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas YB Chek Hashim Selema mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.
Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.
Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland,
Saingan Sengit Wanita Pemuda Umno & Bahagian
Berita pemergian Chek Hashim, walaupun disambut dengan kesedihan oleh ahli dan penyokong PAS, , ada pihak yang menunggu-nunggu berita tersebut sekian lama.
Sejak kedengaran khabar allahyarham Che Hashim sakit pada tahun 2009, sekurang-kurangnya tiga pihak dalam Umno bahagian Gua Musang yang telah bersaing bagi merebut tempat untuk bertanding.
Antara tokoh yang paling menonjol adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor yang pastinya akan membawa suara wanita Umno seluruh Kelantan bahkan seluruh Malaysia ke pedalaman Gua Musang itu.
Selain Wan Hazani, Ketua Pemuda Bahagian Bazlan Baharuddin dilaporkan telah mengorak langkah awal, mendekati pengundi dan berkempen secara kecil-kecilan, sejak berita Allahyarham Chek Hashim mengidap barah kritikal tahun lalu.
Bazlan yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, sudah tentu akan membawa lobi pemuda Umno Malaysia yang sudah lama hanya sayup-sayup kedengaran
Namun, sudah pasti orang lama Umno yang cukup terkenal, yang juga Ketua Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ada suara tertentu yang tidak boleh dotolak olek kepimpinan Umno Malaysia.
Pengajaran dari PRK Manek Urai
Bagi PAS, PRK manek Urai harus dijadikan sempadan, pengalaman yang cukup berharga menghadapi siri pilihanraya kecil selepas Tsunami Mac 2008.
Setiap PRK sejak Permatang Pauh bukan lagi permainan bola diperingkat kampung, samada PRK peringkat DUN atau Parlimen, ia sudah menjadi permainan peringkat kebangsaan.
Oleh itu, PAS Kelantan perlu berhati-hati dan tidak hanya menjadikan sentimen kenegerian sebagai aset ampuh yang boleh mencipta kejayaan.Kejayaan tipis 65 undi dinegeri yang dikuasai PAS selama 20 tahun, hampir-hampir memalukan pendokong Pakatan Rakyat seluruh negara.BO
ADUN Bebas Perak ada kuasa penentu
IPOH , 28 Sept. : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNPk) mendakwa terdapat ‘kuasa ketiga’ dalam politik Perak jelas kelihatan apabila ada pihak yang ingin memenuhkan agenda untuk kepentingan peribadi.
Setiausaha DPPNPk, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mendakwa pihaknya dapat menghidu perkara ini apabila ada dalam kalangan mereka yang mempunyai kekayaan luar biasa dalam sekelip mata.
“Sebagai contoh kejayaan yang dicapai Ahli Dewan Undangan Nnegeri (ADUN) Behrang dengan menjemput Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir ke majlisnya membuktikan bahawa Kerajaan Negeri berada di ‘di hujung telunjuk’ ADUN Bebas,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.
Raja Ahmad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ADUN Bebas terbabit bakal bertanding di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
“Selain itu, tidak mustahil jika ADUN terbabit berani menjadi calon mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU nanti,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru supaya rakyat menilai sendiri ‘sandiwara politik’ yang berlaku pada masa kini.
“Pada hakikatnya, setiap penafian politik yang dibuat oleh mereka (BN) kadang-kadang adalah kebenarannya,” katanya.SH
Pemuda Umno Kelantan patut malu pada bukan Islam
KOTA BHARU, 28 Sept. : Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak sikap ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian yang tidak dapat berfikir dengan baik ketika mengulas isu sebuah syarikat yang dikatakan mahu menderma RM4 Bilion kepada Kerajaan Negeri.
Mursyidul Am PAS itu berkata, Anuar Safian seharusnya menyedari sumbangan yang dibuat oleh I’da World Group itu hanya berbentuk replika yang tiada nilai.
“Ketua Pemuda UMNO nak cabar saya, cabar apa bendanya, dia tak fikir orang (syarikat) itu bukan bagi duit, bagi replika (cek), nak kata saya terima duit apa,” katanya kepada pemberita rumahnya di Pulau Melaka, semalam.
Anuar dalam satu kenyataan kelmarin, meminta Nik Aziz menyaman malu atau apa jua saman yang bersesuaian dengan fakta yang ada berkaitan isu derma RM4 bilion.
Menurutnya, saman itu penting untuk membuktikan bahawa Nik Aziz tidak tahu menahu dan tiada dimaklumkan mengenai pelaburan dan wang yang didakwa diberikan kepada Kerajaan Negeri.
Dalam pada itu, Nik Aziz dalam nada sinis meminta Anuar supaya menghadiri khusus berkaitan undang-undang Islam yang ingin dianjurkan oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS.
“Saya nak ketua pemuda supaya buat permohonan dalam khusus ini, faham mengenai undang-undang Islam supaya beliau faham dan malu sikit kepada mereka (orang bukan Islam),” katanya sambil tersenyum.
Sebelum ini, Nik Aziz berkata, pihaknya belum merancang untuk menyaman Ida World Group yang menimbulkan kontroversi kerana mahu memberikan RM4 bilion yang dikatakan menjejaskan imej Kerajaan PAS Kelantan.SH
Projek kerajaan pusat terbengkalai bukan kerajaan negeri
ALOR SETAR, 28 Sept. : Tiada projek pembangunan di bawah Kerajaan Negeri dilaporkan terbengkalai atau berdepan masalah kewangan, sebaliknya semua yang dirancang berjalan lancar.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beberapa projek yang terbengkalai di negeri ini bukan tanggungjawab Kerajaan Negeri, sebaliknya projek bawah Kerajaan Persekutuan.
“Mungkin ada beberapa projek dilihat belum siap atau lewat, tetapi semuanya bukan di bawah Kerajaan Negeri, antaranya pembinaan bangunan Ibu Pejabat Kontinjen Polis di Jalan Stadium,” katanya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri bukan sahaja memastikan semua projek tidak terbengkalai, malah membangunkan semula projek terdahulu yang terbengkalai ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), antaranya Plaza Tunku Yaakub.
Azizan berkata, semangat kerjasama semua pihak diperlukan dalam menjayakan projek pembangunan termasuk tahap kemajuan yang dicapai.
“Saya harap kontraktor yang diberi kepercayaan Kerajaan Negeri membangunkan projek pembangunan di sini secara komited . Saya minta mereka siapkan projek dan jangan sampai terbengkalai,” katanya kepada media selepas majlis pecah tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Pumpong, di Jalan Suka Menanti, semalam.
Menurutnya, SRJK (C) Pumpong yang dibina atas keluasan tanah 3.65 ekar dengan nilai tanah mencecah RM2.5 juta adalah bagi menggantikan tapak lama sekolah itu di Lebuhraya Sultan Abdul Halim.
“Tapak lama diambilalih oleh Kerajaan Negeri dan kita serahkan kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) serta Unit Perancang Bandar dan Desa untuk membangunkan kawasan itu,” katanya.
Azizan berkata, pihaknya amat menitikberatkan program pembangunan pendidikan dan akan menghulurkan sumbangan kewangan kepada SRJKC Pumpong bagi memastikan prasarana dan pembinaannya berjalan lancar.
“Sebelum ini, kita bagi sumbangan kepada tiga buah sekolah Cina, dan saya akan cuba pertingkatkan nilai sumbangan tertakluk kepada sumber kewangan negeri,” katanya.
Menurutnya, projek pembinaan sekolah ini adalah kesinambungan daripada usaha Kerajaan BN terdahulu, dan projek ini diteruskan kerana keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap pembangunan pendidikan di negeri ini.
“Apabila kita (Pakatan Rakyat) mentadbir Kedah, saya pastikan ada kesinambungan dalam projek-projek terdahulu supaya tiada masalah walaupun kerajaan bertukar tangan,” katanya.SH
Umno fobia
KUALA LUMPUR, 28 Sept: Kerajaan Umno BN sekarang mengalami serangan penyakit kartun fobia, ceramah fobia, kuliah fobia, Youtube fobia, risalah fobia dan seumpamanya.
Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menganggap kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah terbaru pembangkang yang memburuk-burukkan kerajaan melalui pengedaran cakera padat (CD) termasuk memuat naik bahan itu ke dalam laman web Youtube sebagai satu kenyataan orang yang takut menerima kenyataan kerana berada di penghujung hayat pemerintahan.
Menurutnya, menjadi lumrah mana-mana pemerintah yang banyak mengkhianati amanah rakyat cukup bimbang dengan maklumat yang benar sampai kepada rakyat yang mereka perintah.
Katanya, kerajaan Umno BN tahu mereka akan terus berkuasa selagi rakyat boleh ditipu melalui saluran berita berat sebelah.
Sehubungan itu, tambahnya PAS menganggap kenyataan supaya rakyat jangan percaya dengan Youtube adalah satu kenyataan yang ketinggalan zaman, seolah-olah rakyat pada hari ini hidup di zaman batu.
Sekarang, ujarnya program yang diuar-uarkan oleh kerajaan seperti koridor raya multi media sudah menjadi hantu raya kepada Umno BN, kerana apa sahaja dakyah melalui media perdana dengan pantas dijawab oleh media internet.
“Mereka merasa gusar apa sahaja strategi yang dibuat tidak menjadi untuk menjerat rakyat supaya menyokong mereka,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Ini, jelasnya menyebabkan semua berita yang dikeluarkan oleh media perdana telah dipandang sinis dan tidak boleh menaruh kepercayaan kepada rakyat.
“Inilah satu bala yang menimpa kepada kerajaan BN. Inilah akibat apabila selalu berbohong dalam pemberitaan akhirnya berita benar pun rakyat kata tipu,” katanya lagi.
Mustaffa tentu nasib sendiri
IPOH, 28 Sept. : Kekalahan Mustafa Kamil Ayub pada pemilihan untuk jawatan pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pasir Salak Sabtu lalu, tidak menggugat kedudukannya sebagai Pengerusi Negeri mahupun sebagai calon Timbalan Presiden.
Bagaimanapun Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye berkata, ia terpulang kepada Mustafa untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan hasratnya ataupun tidak.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PKR Perak berkata, setakat ini kepimpinan negeri mempunyai keyakinan terhadap Mustafa untuk terus menerajui parti itu di peringkat negeri.
“Justeru, kekalahan Mustafa yang juga Naib Presiden PKR Pusat kepada Osman Abdul Rahman bagi merebut jawatan Pengerusi Cabang Pasir Salak Sabtu lalu bukanlah satu isu besar yang merencatkan masa depan politiknya.
“Namun, segala-galanya terpulang di tangan Mustafa untuk mengambil langkah seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Pakatan Rakyat (PR) di sini, malam kelmarin.
Boon Chye menyatakan perkara itu bagi mengulas kekalahan mengejut Mustafa di Pasir Salak Sabtu lalu.
Beliau yang juga ahli Parlimen Gopeng berkata, kekalahan itu sama sekali tidak menjejaskan proses pencalonan yang dibuat beberapa Cabang untuk Mustafa mengisi jawatan Timbalan Presiden.
“Saya yakin dan percaya perwakilan PKR mempunyai persepsi berbeza terhadap Mustafa dan kekalahan itu adalah sebahagian dari proses politik,” katanya.
Pada mesyuarat perwakilan Cabang Pasir Salak 25 September lalu, Mustafa yang memperolehi 94 undi tewas kepada Osman yang juga bekas Pengerusi Negeri yang mendapat 111 undi.SH
Jangan halang peneroka Felda tuntut hak
SHAH ALAM, 27 Sept. : Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman berkata, tindakan membawa kes ke mahkamah adalah hak peneroka, bukannya dipengaruhi mana-mana pihak sebaliknya, satu keperluan supaya mereka tidak terus ditindas Felda yang terbukti memanipulasikan Kadar Perahan Gred (KPG).
"Mereka menuntut hak mereka. Peneroka mengambil pendekatan mahkamah sebagai saluran, jadi apa salahnya? Peneroka sudah menggunakan pendekatan berunding tetapi tidak diendahkan Felda, jadi mereka gunakan kaedah perundangan," katanya kepada TV Selangor.
Bernama hari ini melaporkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mendakwa ada pihak menghasut peneroka supaya mengambil tindakan saman di mahkamah berhubung isu Felda memanipulasi isu perahan minyak.
Ahmad juga tidak mahu peneroka menjadikan kes saman Felda Kemahang 3 sebagai rujukan kerana Felda kini lebih bersedia untuk berhadapan dengan kes saman seumpama itu.
Menyelar kenyataan itu, Mazlan berkata, ia secara terang-terangan menunjukkan pendirian Felda dan kerajaan yang tidak mahu mengaku kesilapan mereka sebaliknya cuba menidakkan hak peneroka.
"Apabila Ahmad mengatakan ada dalang atau penghasut, saya fikir dia menidak dan meremehkan keupayaan kira-kira 800,000 anak peneroka di negara ini dalam memperjuang hak mereka.
"Ini lahir dari kesedaran peneroka yang merasakan sudah sampai masanya mereka membawa kes mereka ke peringkat perundangan dan ia bukan sahaja isu kadar perahan tetapi juga isu lain," katanya.
Mazlan juga menganggap Felda sebagai angkuh kerana enggan mengaku kesalahan dalam isu perahan minyak sedangkan hakim mahkamah sudah menyatakan wujud komplot menipu peneroka.
"Adakah kenyataan Ahmad itu sebagai cubaan untuk memaksa supaya kes mahkamah melibatkan Felda, sentiasa berpihak kepada kerajaan," katanya.
Cabang Parit Buntar tolak cadangan PKR Perak, pilih Azmin
PARIT BUNTAR, 27 Sept. : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dalam kenyataan akhbarnya berkata, pihaknya sebulat suara memilih Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon jawatan Timbalan Presiden PKR bagi mengantikan Senator Syed Husin Ali dalam pemilihan MPP untuk sesi 2010/2013.
Abdul Yunus berkata, Cabang Parit Buntar percaya kepimpinan dan karisma yang dimiliki Azmin Ali sebagai orang yang paling layak menjawat jawatan itu.
Menurutnya, pemilihan Azmin Ali diharap dapat menjadikan PKR sebagai sebuah parti yang kuat, selain beliau merupakan seorang yang setia kepada parti dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
" Saya percaya dalam usaha PR menakluki Putrajaya, Azmin Ali adalah antara pemimpin yang mampu memberi tentangan sengit kepada pihak lawan pada pilihanraya umum ke 13 nanti.
" Pemilihan MPP 2010/2013 adalah detik permulaan kepada kesinambungan perjuangan PR dan kekosongan jawatan Timbalan Presiden adalah selayaknya diberikan kepada Azmin Ali" katanya.
Allahyarham Che Hashim disegani ramai
GUA MUSANG, 27 Sept. : Rakyat Gua Musang menerima dengan tabah kematian wakil rakyat mereka, Chek Hashim Sulaima, 47, selepas menderita penyakit barah paru-paru sejak lebih dua tahun lalu.
Mereka menganggap Adun Galas terbabit seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana mudah mendekati masyarakat tanpa mengira fahaman politik.
Beliau dikenali ramai sejak dilantik sebagai Penyelia Dun Galas pada 2004. Pada pilihan raya umum tersebut, beliau tewas kepada Mohd Saupi Deraman dari BN.
Setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad berkata, arwah disukai ramai kerana mudah mesra dan sentiasa bermurah hati membantu penduduk tanpa mengira masa.
Malah katanya, pemimpin Umno juga menyenangi kerana kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
“Arwah mudah dilihat di mana sahaja termasuk kedai-kedai kopi bersama rakyat. Orang tidak segan datang ke rumahnya termasuk pada waktu malam.
”Penduduk di sini menyenanginya sejak sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Maka tidak hairanlah biar pun Gua Musang terkenal sebagai kubu kuat Umno namun PAS boleh bertapak pada pilihan raya umum lalu,” katanya di sini.
Chek Hashim meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang tadi di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Keadaannya kritikal mulai jam 10 pagi tadi. Turut berada di sisinya ketika beliau mengembus nafas terakhir kedua-dua isterinya dan anak-anak.
Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan lima hari lalu. Arwah meninggalkan 12 anak dan dua isteri.
Jenazahnya dijangka dikebumikan di Kampung Kerinting, Gua Musang kira-kira jam 10 malam ini.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilangan besar kepada PAS dan pemimpin yang sukar dicari ganti.
Katanya, beliau merupakan seorang wakil rakyat yang kuat bekerja serta menjaga rakyatnya dengan baik tanpa mengira fahaman politik dan kaum.
“Saya yakin kematiannya memberi kesan terhadap rakyatnya di Gua Musang, khususnya di Galas sendiri,”ujarnya.
Menurutnya, sikap allahyarham yang pandai menyantuni rakyat dan kuat bekerja sehingga membolehkan PAS menang di Dun Galas pada pilihan raya umum lalu.
Dewan Pemuda PAS Kelantan turut menyifatkan PAS kehilangan mutiara berharga.
Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, allahyarham bekerja keras bukan sewaktu menjadi wakil rakyat, sebaliknya sejak mula aktif dalam parti politik.
Katanya, walaupun allahyarham berkhidmat tidak sampai sepenggal, namun pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa rakyat Gua Musang.
“Dia merupakan bekas anggota exco Pemuda PAS Kelantan, arwah memang kuat bekerja untuk parti, rakyat dan kerajaan, al-Fatihah untuk allahyarham dan sekalung takziah dari kami untuk keluarga allahyarham,” ujarnya.
PAS sedia hadapi pilihan raya
Katanya walaupun Che Hashim bukanlah seorang yang banyak pengalaman kerana baru dalam politik, tetapi beliau berjaya membantu perjuangan Islam melalui PAS.
“Saya mendapat tahu mengenai kepulangannya ke rahmatullah selepas asar tadi melalui anggota Exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan, yang berada di hospital ketika itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka di sini hari ini.
Mengenai persiapan PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil berikutan kematian ADUN PAS itu, Nik Abdul Aziz berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya.
Katanya, PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini.
Menurutnya, PAS sedaya upaya membantu Che Hashim untuk mendapat rawatan termasuk dua kali di China dan hospital dalam Negara.
“Saya mengucapkan takziah banyak-banyak kepada keluarga dan rakyat di kawasan beliau, minta Tuhan ampunkan segala dosanya,” katanya.
Di RANTAU PANJANG, Speaker DUN Kelantan Mohd Nassuruddin Daud berkata Kelantan telah kehilangan seorang pemimpin muda yang berwibawa dan banyak berjasa kepada rakyat khususnya di kawasan Gua Musang.
“Kita harap keluarga Allahyarham dapat bersabar dan menerima ketentuan Ilahi sebagai satu ujian,” katanya.
Adun Galas kembali ke rahmatullah
KOTA BHARU, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.
Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.
Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.
Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.
Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.
Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.
Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.
Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital di China.hrkh
Umno tabur fitnah untuk gangu gugat
KUALA LUMPUR, 27 Sept. : Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada usaha terbaru Umno yang cuba mahu mengganggu-gugat program penghargaan warga emas dan menjaga kebajikan rakyat menerusi fitnah berterusan, kata Ketua Menterinya Lim Guan Eng.
Lim menegaskan Umno sekali lagi meneruskan tohmahan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa program penghargaan warga emas dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu, mereka mengalih kepada program Rakan Anti Miskin (RAM) untuk membasmi miskin tegar.
“Taktik jahat seribu jahat bertujuan menggagalkan program ini daripada kerajaan berjiwa rakyat PR yang bermanfaat rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
“Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada usaha Umno mengganggu-gugat program penghargaan warga emas yang membayarkan RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun.
“Sehingga sekarang hampir 110,000 warga emas di Pulua Pinang telah mendaftarkan diri dan akan mendapat bayaran RM100 setiap tahun demi mengenang budi atas sumbangan warga emas,” kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.
Sabtu lalu, Lim menafikan dakwaan Pemuda Umno bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.
Sehubungan itu tegas beliau, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan.”
Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.
Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.
Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.
Sehubungan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menurut Lim lagi, si waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM 1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia.
Sebanyak RM20 juta telah pun diperuntukkan untuk program ini dalam Belanjawan 2010.
“Wang yang dibayar oleh kerajaan negeri untuk program ini tidak datang daripada mana-mana derma atau sumber kerajaan persekutuan.
“Ia adalah penjimatan hasil urus tadbir CAT dan telus serta langkah antirasuah yang bukan sahaja dipuji oleh Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga disanjungi oleh badan antarabangsa antirasuah terunggul, Transparency International,” katanya lagi.
Urus tadbir CAT dan langkah antirasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta tahun lalu.
“Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar.
“Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan belanjawan,” kata Lim sambil menambah, dengan kata lain program penghargaan warga emas adalah dividen antirasuah yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit.
“Ini bukan kali pertama program ini diserang kerana sebelum ini BN pernah mendakwa bahawa pemberian RM100 kepada warga emas adalah serupa bagi rasuah.
“Untuk BN, bagi wang sama rakyat adalah rasuah tetapi lain pula bagi wang ke dalam kocek sendiri.
“Sekiranya kerajaan negeri tak makan duit maka rakyat boleh dapat duit,” katanya lagi.
Lim menambah, Umno jangan harap boleh mengganggu-gugat program dividen antirasuah RM100 setiap tahun kepada warga emas dengan fitnah dan tohmahan.
“Program Rakan Anti Miskin membasmi miskin tegar di Pulau Pinang tetap diteruskan,” katanya lagi.
Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, dakwa Lim, Umno pula cuba mengalikhan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program RAM membasmi miskin tegar datangnya daripada sumber judi haram.
“Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.
“Program RAM adalah inisiatif murni kerajaan negeri PR untuk membasmi miskin tegar di kalangan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM400 sebulan di Pulau Pinang dan memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan.
‘Menerusi RAM, kerajaan negeri Pakatan telah berjaya membasmi miskin tegar dalam tempoh masa setahun sahaja, apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN dalam 51 tahun,” kata beliau lagi.
Menyedari tentang sensitiviti wang derma daripada Kelab Lumba Kuda untuk orang Islam, Lim juga menjelaskan bahawa ia diasingkan dan tidak diberikan kepada orang Islam tetapi hanya kepada orang bukan Islam.
“Malah Pegawai Kewangan Negeri Dato Farizan Darus telah mengesahkan kepada saya semalam bahawa wang derma RM2 juta ini daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.
“Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN,” katanya.
Oleh itu soal Lim, adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?
“Bukankah lebih salah dan haram untuk Umno luluskan lesen judi bola?
“Atau adakah Umno dendam sama Kerajaan negeri Pulau Pinang yang merupakan negeri pertama mengharamkan judi bola dan sekali gus merosakkan rancangan baik Umno untuk membenarkan lesen judi bola di Malaysia?
“Yang jahat pula tuduh orang lain,” kata beliau lagi.
Lim menambah, memang BN dan Umno iri hati atas kejayaan kerajaan negeri membasmi miskin tegar dan program penghargaan warga emas.
“Walaupun terus difitnah, kerajaan negeri tidak akan berganjak atau tunduk langsung ke atas anasir jahat ini yang mahukan dua program ini dihentikan,” kata beliau lagi.
Bekas ahli PKR sengaja cetus kekecohan
PETALING JAYA, 27 Sept. : Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata ketegangan yang berlaku dalam beberapa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dan pemilihan 2010 di beberapa cabang, sebahagiannya didalangi kelompok yang bukan ahli parti.
Beliau berkata, ada kumpulan dari calon tertentu menimbulkan keributan selepas menyedari kehadiran mereka sedikit berbanding pesaing, kemudian memulakan kekecohan bagi menggagalkan proses pemilihan.
"Kita mendapat gambarnya dan ibu pejabat mengenal pasti identiti mereka yang bukan lagi menjadi anggota parti, malah sudah mengisytihar keluar parti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada TV Selangor selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat yang berlangsung hampir tiga jam di ibu pejabat, malam tadi.
"Apakala menyedari peluang untuk menang itu tipis, maka ketika itulah dilakukan kekacauan. Biasanya dimulakan dengan menghantar beberapa orang yang dengan mudahnya melepasi kawalan kerana jumlah petugas kita yang kecil.
Saifuddin berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan mengambil tindakan segera dengan menambah petugas yang mengendalikan proses pemilihan, selain turut menegur pengurusan cabang.
Ahli Parlimen Machang itu berkata, pengurusan cabang perlu lebih cekap dari sudut persediaan pentadbiran, logistik, keselamatan dan lokasi yang menjadi tanggungjawab pada proses pemilihan.
Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, status pemilihan bagi cabang yang berlaku bermasalah akan ditentukan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat, tidak lama lagi.
"Sama ada mereka akan mengadakan mesyuarat sebelum kongres, atau sebelum pengundian MPP (Majlis Pimpinan Pusat) atau pun selepas Kongres. Buat masa ini, kami belum mengadakan pertemuan," katanya.
Bantuan kerajaan Pulau Pinang tidak haram
KUALA LUMPUR , 27 Sept. : Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.
“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing, China.
Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.
“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”
Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.
Menurut Dr Asri, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.
“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” katanya.
Sehubungan itu, kata Dr Asri, segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan kerana judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.
Dalam perkembangan yang sama, Lim hari ini berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.
“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.
“Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?” soal Lim.
Katanya lagi, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan.
Program penghargaan warga emas yang menjadi isu kontroversial itu membayar RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun.
Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan mendapat RM100 setiap tahun. Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia.
“Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009.
“Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen 'anti-rasuah' yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit,” katanya lagi.Malaysiakini
Aktivis PAS terima sumbangan kerusi roda
PARIT BUNTAR, 27 Sept. : Aktivis PAS Cawangan Sungai Baru Sulaiman Dahalan 69, begitu terharu apabila menerima bantuan kerusi roda daripada Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar.
Sulaiman yang sebelum ini aktif dalam aktiviti PAS cawangan dan surau hanya mampu terbaring di rumah akibat serangan angin ahmar dua bulan yang lalu.
Setiausaha Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Adnan Abdul Rahman berkata, Lujnah Kebajikan mendapat maklumat berkenaan nasib Sulaiman daripada penduduk Sungai Baru Tengah dan PAS Cawangan Sungai Baru.
“ Penduduk di sini prihatin terhadap nasib Pak Cik Sulaiman kerana jasa beliau yang besar sebagai tukang masak setiap kali ada program anjuran PAS.
“ Memandangkan Pak Cik Sulaiman merupakan penduduk yang sentiasa berjemaah di surau, penduduk di sini merasai ketiadaan beliau setiap kali berjemaah di surau” katanya
Adnan berkata, bantuan kesihatan seperti kerusi roda kepada penduduk yang kurang bernasib baik adalah sumbangan Lujnah Kebajikan sejak dahulu lagi.
“ Hasil maklumat dari penduduk setempat , sudah ramai penduduk tidak mengira bangsa dan fahaman politik menerima sumbangan kerusi roda daripada Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar.
''Hari ini, kami mendapati Pak Cik Sulaiman amat memerlukan bantuan kerusi roda untuk memudahkannya bergerak,'' kata Adnan semasa menyerahkan kerusi roda berkenaan di rumah Sulaiman.
Sementara itu, isteri Sulaiman Saerah Yusuf ketika ditemui bersyukur dengan sumbangan tersebut kerana ia membolehkan suaminya bergerak lebih selesa.
''Terima kasih di atas bantuan kerusi roda ini , mak cik terharu dengan kehadiran orang kampung dan sumbangan daripada PAS ini'' katanya.
Turut hadir hadir menziarahi Sulaiman ialah Hairul Nizam Ishak Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar.