Wednesday, November 17, 2010

Kisah benar : “Kalau saya masuk jail, harap YB Nasir jamin saya…..saya nak pi penampaq org2 TV3″

ALOR SETAR : “Kalau saya masuk jail, harap yb Nasir jamin saya…..saya nak pi penampaq org2 TV3″ Seorang Pegawai Tinggi Kerajaan Pusat yang marah dgn putar belit media TV3, RTM, Utusan dan sekutunya……kisah benar akan bersambung…..

Pada hari pertama banjir di Kedah, MB Kedah telah panggil mesyuarat semua agensi pusat dan negeri utk diselaraskan program Bantuan Banjir. Penghormatan kepada Bashah selaku tim pengerusi UMNO Kedah utk duduk sebelah MB.

Semua pihak bersetuju utk menanggalkan baju politik dalam membantu rakyat Kedah. Maka dibahagi-bahagikan kawasan termasuklah persatuan Buddha dll. Bashah diberikan stadium suka menanti sbg pusat bantuan kerana berhampiran dgn kawasan beliau Alor Merah. YB Pas di kawasan masing2.

Ceritera bermula apabila YB Bashah menjadikan pusat bantuan Stadium Suka Menanti sbg pusat bantuan UMNO dan pusat dan menjaja bahawa PAS tidak memberikan bantuan di kawasan itu (padahal dipersetujui PAS tak perlu turun di tempat UMNO supaya tak overlap).

Maka mendarat dan turunlah segala bala tentera dan bala ciey umno seluruh malaysia dgn pihak media melihat rakyat kedah di stadium suka menanti yang dibiarkan kerajaan negeri. Segala bantuan dicurahkan di situ dan sekalian kawasan UMNO seperti di jitra, kubang pasu (kaw UMNO).

maka dalam media TV3 adalah seorang rakyat mengadu kesusahan tidak diberikan bantuan kerajaan negeri kedah. Namun apabila disiasat setelah itu, keluarga berkenaan sebenarnya telah diberikan bantuan oleh pihak bantuan pemuda pas, malah anak kecilnya dibelikan susu lactogen yang mahal oleh pemuda PAS. Pengakuan rakyat berkenaan ialah dia telah diminta untuk membaca teks yang disediakan oleh petugas TV3.

padahal ada yb pas yang rumahnya turut ditenggelami banjir namun dibiarkan kepada isteri dan keluarganya mengurus kerana mengutamakan rakyat yang lain sehingga tidak sempat langsung menjenguk ke rumah. padahal ada kalangan kita yang sihat segar bugar dan kuat tidak ditimpa musibah turut menunggu org pas pegi tolong…malah petugas PAS diingatkan utk tidak membawa lambang PAS semasa membantu supaya semua org dapat terima bantuan tanpa masalah dan diberikan dengan ikhlas. Namun setelah UMNO dan BN menggunakan lambang mereka, tidak dapat tidak lambang bulan terpaksalah di mengambangkan.

adalah belia2 UMNO yang masuk kampung kononnya nak tolong cuci rumah tapi sebenaqnya hanya nak bergambaq kononnya depa tgh angkat barang. Dapat gambaq teruih tinggal barang2 yang masih berselerakkan dan rumah yang masih berselut. Ditinggalkan pesan supaya undilah BN. Itulah khidmat masyarakat oleh belia UMNO.

Alhamdulillah sampailah sebuah bas membawa pelajar UIA Gombak yang datang membantu secara sukarela di kampung Alor Merah. Tahniah UIA dan terima kasih…syukur pada Allah

Semoga jadi pengajaran pada semua. Pertimbangkanlah mana yang betul dan mana yang baik.DPPNPP

sedang mengangkat barang berat utk dibuang
bersihkan selut lumpur dalam rumah
sedang tekun gotong royong

Pembunuhan kejam seorang peguam perlu siasatan segera


IPOH, 18 Nov. : Peguam yang maut akibat diserang empat lelaki bertopeng petang kelmarin pernah mengalami kejadian yang hampir sama kira-kira empat tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A Sivanesan mendakwa, G Balasundram, 57, berkata, mangsa pernah berhadapan dengan kejadian yang hampir sama namun tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Bagaimanapun, saya difahamkan salah seorang daripada penyerang itu sudah ditahan polis,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Sivanwsan berkata, kali ini Balasundram tidak bernasib baik kerana diserang sekumpulan lelaki sehingga meragut nyawa rakan baiknya itu

Beliau yang masih terkejut dengan pemergian rakan baiknya itu berkata, beliau berasa sudah tiba masanya semua pihak bergabung tenaga bagi membanteras jenayah untuk mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

“Mendiang seorang peguam yang sangat bermurah hati. Beliau selalu menerima kes yang ditolak oleh peguam lain dan cuba menyelesaikannya tanpa mengenakan sebarang bayaran,” katanya yang sudah mengenali Balasundram hampir 16 tahun.

Katanya, Balasundram tidak mempunyai musuh malahan mempunyai hubungan yang baik dengan semua pihak kerana sikap rendah diri.

“Saya difahamkan mendiang banyak membantu menyelesaikan beberapa kes membabitkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sejak tahun 1995,” katanya.

Sehubungan itu, Sivanesan berharap pembunuh yang melakukan perbuatan kejam itu dapat diberkas polis dengan kadar segera.

Peguam maut kena kelar

IPOH – Seorang peguam ditemui cedera parah akibat diserang sekumpulan empat lelaki bertopeng yang dipercayai bersenjatakan pisau ‘rambo’ di hadapan rumahnya di Desa Rishah, petang kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa, G Balasundram, 57, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira jam 9.30 malam.

Laporan bedah siasat menemui 17 kesan kelar di bahagian abdomen dan beberapa bahagian lain terutamanya di paha.

Kakak mangsa, G Kamala, 58, berkata, kali terakhir Balasundram menghubunginya adalah pada jam 3 petang untuk memberitahu ingin ke rumah ibu mereka di Pasir Pinji.

Menurut Kamala, itu adalah panggilan akhir yang diterima sebelum adiknya menghembuskan nafas terakhir di HRPB.

“Kali terakhir saya menemuinya pada perayaan Deepavali yang lalu. Secara kebetulan, hari jadinya turut disambut pada hari yang sama.

“Pada waktu itu, adik saya tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh malahan sangat gembira ketika menyambut perayaan itu di rumah ibu kami,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat HRPB, di sini, malam kelmarin.

Kamala yang bekerja sebagai Jurulatih Klinikal berkata, adiknya adalah satu-satu anak lelaki daripada enam adik-beradik.

“Kehilangannya amat dirasai kami sekeluarga kerana beliau adalah seorang anak yang baik dan penyayang,” katanya yang sebak dengan pemergian adiknya itu.

Jiran saksi kejadian

Dalam perkembangan sama, jiran mangsa, S Elizabeth, 52, berkata, sewaktu kejadian beliau terlihat sekumpulan empat lelaki yang menaiki dua motosikal tiba-tiba datang menyerang mangsa di bahagian kaki, badan dan leher menggunakan pisau secara bertalu-talu.

Menurutnya, Balasundram sempat meminta tolong daripada beberapa jiran berhampiran sebelum rebah akibat kecederaan yang dialami.

Beliau segera membantu isteri mangsa, G Puspalatha, 46, untuk membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Mangsa turut meninggalkan seorang anak, Somaskanthar, 5.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5 petang daripada adik ipar mangsa.

“Siasatan awal polis mendapati, mangsa diserang keempat-empat lelaki berkenaan ketika mangsa keluar daripada keretanya.

“Kumpulan itu, kemudian melarikan diri menaiki dua buah motosikal dan meninggalkan mangsa dalam keadaan cedera parah.

“Difahamkan mangsa baru pulang dari pejabat sewaktu insiden itu berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Dzuraidi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa diekori sebelum diserang di rumahnya.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen di talian 05-2451222 untuk membantu siasatan.

Segerakan siasatan: Murugiah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah mahu polis segera menyiasat kes pembunuhan terbabit dan tidak menolak kemungkinan ia dirancang pihak tertentu yang memusuhinya.

“Ini (pembunuhan) bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah. Sekiranya polis dapat tangkap, tetap akan dihukum bunuh. Jadi, jika ada salah faham, bawa berbincang.

“Saya minta polis menjalankan siasatan segera dan perkara ini akan saya sampaikan kepada Ketua Polis Perak,” katanya ketika melawat keluarga mangsa yang juga rakannya.

Murugiah berkata, mangsa merupakan seorang peguam yang merendah diri dan ringan tulang.

Beliau mengakui pernah bekerjasama semasa menjadi Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh suatu ketika dahulu.

“Mangsa merupakan seorang rakan yang sangat baik sepanjang 16 tahun mengenalinya,” katanya.

Beliau turut meminta ibu bapa mengawasi anak masing-masing supaya tidak terjebak dengan kegiatan jenayah berikutan kes itu semakin meningkat di negara ini.
SH

Khir Toyo tidak ada moral untuk bercakap mengenai ketelusan

























SHAH ALAM, 18 Nov. : Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, segala "kerosakan" yang dilakukan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional di negeri itu boleh diperbaiki sepanjang tempoh lebih lapan tahun pentadbiran Mantan Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Saifuddin dipetik dari portal The Malaysian Insider berkata, justeru katanya Khir tidak boleh sewenang-wenangnya mengkritik pentadbiran dibawah Pakatan Rakyat yang sedang diterajui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kini.

"(Dr Khir) Toyo telah menjadi Menteri Besar Selangor selama lebih daripada lapan tahun. Kerosakan yang dilakukan selama masa jawatannya itu boleh diperbaiki dan di luar imaginasi, "kata Saifuddin.

"Toyo tidak memiliki kuasa moral untuk komen tentang prestasi kerajaan negeri Selangor sekarang," tambah beliau.


Semalam Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menuduh kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat lebih teruk dari berbanding BN dalam amalan kronisme sambil merujuk kepada kes salah urus yang sedang disiasat oleh kerajaan negeri iaitu dana awam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Yayasan Selangor.


Namun ujar Saifuddin, sebelum mempertikaikan corak pentadbiran kerajaan negeri Selangor, Khir perlu menjelaskan pembiayaan mahligainya dahulu. "Dia tidak menjelaskan bagaimana ia mendapat rumah.


"Jika anda membandingkan RM300 000 tersebut pengeluaran oleh Yayasan Selangor, itu hanya tiket pesawat untuk Khir Toyo, isterinya, anak-anak dan pelayan untuk perjalanan Disneyland-nya," kata Saifuddin.


Walau bagaimanapun, Khir sebelum ini bermati-matian menafikan tentang spekulasi harga rumah dan kos perbelanjaan beliau ke Disneyland.


Malah ujar Saifuddin, dakwaan bahawa kerajaan negeri Selangor mengamalkan kronisme adalah tidak selari dengan pembaharuan yang dilakukan kerajaan negeri dengan mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).


" Kerajaan Selangor sekarang telah menetapkan Selcat. Selangor adalah satu-satunya negara di Malaysia sekarang yang mempunyai pembangkang sebagai ketua PAC, "kata Saifuddin.


Justeru ujar Saiffudin, kini tiba masanya untuk Khir membuktikan segala tuduhan yang dilemparkan beliau kepada kerajaan negeri Selangor sekarang.


" Sekarang tanggungjawab Khir Toyo untuk memberikan fakta dan bukti-bukti kepada kerajaan," tambah Saifuddin.

Mufti Perak diminta buat penjelasan tegas



PARIT BUNTAR, 18 Nov. : Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria diminta memberi penjelasan secara rasmi berhubung dua kenyataan berbeza beliau mengenai upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar.

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurazi Haji Khalid berkata, Kenyataan secara rasmi penting agar kekeliruan yang tercetus akibat majlis tersebut akan mendapat penjelasan yang tegas.

“ Upacara menepung tawar pada mulanya dikatakan sebagai perbuatan khurafat oleh Tan Sri Harussani Zakaria dan kenyataan ini boleh diikuti didalam akhbar Sinar Harian 7 November 2010.

“ Tetapi, pada 10 November 2010 pula, akhbar Berita Harian menyiarkan kenyataan Mufti Perak itu yang mengatakan bahawa perbuatan Dato’ Seri Zambry itu tidak syirik dan khurafat” katanya

Fakhrurrazi berkata, penjelasan rasmi itu juga penting bagi menyelamatkan akidah umat Islam yang selama ini menjadi keliru kembali kerana perbuatan tersebut dilakukan oleh pemimpin nombor satu negeri yang memegang bidang kuasa agama Islam.

“ Walaupun Dato’ Seri Zambry mendakwa tidak mempunyai niat melakukan perkara itu dan tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik.

“Ini juga seolah-olah mencerminkan bahawa majlis khurafat seumpama ini masih subur malah cuba dihidupkan kembali di Negeri Perak ini. Syariat Islam secara jelas tidak sesekali membenarkan majlis tersebut untuk diamalkan dalam masyarakat Islam “ katanya


Beliau juga musykil, bagaimana aktiviti program tersebut berada di luar pengetahuan Datuk Seri Zambry kerana setiap program-program yang akan dihadiri oleh mana-mana pimpinan kerajaan negeri sudah tentu pegawai-pegawainya mendapatkan maklum balas setiap aturcara yang akan diadakan.

Sementara itu, Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berharap Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga mengadakan pertemuan dengan Dato’ Seri Nizar Jamauddin bagi mendapat penjelasan terus berhubung tindakan beliau yang memegang lilin selepas Sidang Akhbar berkaitan kematian Teoh beng Hock.

“ Sekiranya Tan Sri Harussani boleh bertemu Dato’ Seri Zambry , sepatutnya beliau juga boleh bertemu Dato’ Seri Nizar bagi mendapatkan penjelasan terus.

“ Tindakan ini amat tepat bagi mendapatkan kenyataan yang lebih bersifat adil berdasarkan keadaan yang sebenar” katanya

Adnan berkata, Tan Sri Harussani akan dilihat tidak adil dengan hanya berpandukan kepada gambar semata-mata membuat kenyataan bahawa tindakan memegang lilin oleh Dato’ Seri Nizar sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama.

Malaysia di bawah BN : Negara terburuk rasuah di Asia Pasifik

TIjpg

























KUALA LUMPUR 17 Nov - Imej Malaysia selama 53 tahun di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional telah mengalami kerosakan yang teruk di mana ia telah ditarafkan sebagai negara terburuk di Asia Pasifik oleh badan membanteras rasuah, Transparency International (TI) sejak 1995.

Dalam laporan terbaru TI, Malaysia telah diletakkan dikedudukan paling corot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sejak penilaian itu dibuat 16 tahun lalu.


Mendedahkan perkara ini di Parlimen, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Malaysia telah jatuh dari tangga 23 daripada 41 negara pada 1995 dengan mata sebanyak 5.28 kepada kedudukan nombor 56 dengan mata sebanyak 4.4 pada tahun 2010.


Malaysia ketika itu berada di tangga ke enam sebaris dengan negara maju seperti New Zealand, Australia, Hong Kong, Singapura dan Jepun di kalangan negara Asia Pasifik.


"Selepas 16 tahun dan banyak kempen anti-rasuah dijalankan termasuk dua rang undang-undang anti-rasuah digubal dan mentransformasi Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang melibatkan dana awam yang besar, Malaysia terus dihantui dengan penarafan CPI pada tangga ke-56 sama seperti tahun lalu tetapi dengan mendapat mata yang lebih rendah iaitu 4.4 dan di tangga ke-11.


"Dalam tempoh 16 tahun Malaysia telah kalah kepada lima negara di Asia Pasifik iaitu Taiwan (tangga ke-33 mata 5.8), Bhutan (36/5.7), Brunei (38/5.5), Korea Selatan (39/5.4) dan Macau (46/5.0).


"Malah negara yang dahulu berada di kedudukan paling bawah kini telah berada di tahap yang lebih baik tetapi kedudukan Malaysia terus jatuh," tegas Kit Siang ketika membahaskan usul di Parlimen minggu lalu untuk memotong RM10 daripada gaji Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad kerana didakwa gagal dalam tugasnya membanteras rasuah.


Buktinya kata beliau, China berada pada tangga ke-40 dengan mata sebanyak 2.16 pada 1995 dan turun ke tangga 78 dengan mata 3.5 pada 2010.


Dengan mengambil kira peningkatan China dibandingkan dengan penurunan Malaysia, China dijangka melangkau Malaysia di segi kedudukan dalam CPI dan mata yang dicapai menjelang 2017.


Begitu juga Thailand yang ditaraf pada kedudukan 34 dengan skor 2.29 pada 1995 kini berada pada paras yang sama dengan China.


Malah India juga menunjukkan kesungguhan untuk menambahbaik dengan kedudukan 87 dengan skor 3.3 berbanding tangga ke-35 dengan mata sebanyak 2.78 pada 1995.


"Indonesia dilihat membuat kemajuan yang besar dalam usaha melawan gejala rasuah. Berada pada kedudukan paling rendah di paras 41 dengan skor 1.94 dalam CPI kini negara itu berada pada tangga ke-110 dengan skor 2.8 pada 2010.


"Malaysia juga kalah kepada negara lain seperti Turki dengan kedudukan ke-29 dan skor 4.4 pada 1995 tetapi sekarang bertambah baik di tangga ke-56 dengan skor 4.4.


"Keadaan begitu sedih sehingga Malaysia juga kalah kepada negara Timur Tengah umpamanya Jordan yang mencapai kedudukan ke-26 dengan skor 5.32 pada 1996 tetapi kali ini jauh meninggalkan kita dengan kedudukan ke-50 dan mata sebanyak 4.7.


"Saudi Arabia juga telah maju dengan kedudukan pada tangga ke-46 dengan skor 4.5 pada 2003 (ketika itu Malaysia di tangga 37 dengan skor 5.2) tetapi kini mencapai kedudukan ke-50 dengan skor 4.7.


"Nampaknya sejak tempoh 16 tahun Malayia dilihat oleh dunia menjadi semakin korup walhal negara lain semakin kurang gejala rasuahnya," jelas Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.


Kit Siang berkata walaupun dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang membabitkan usaha memerangi rasuah telah meletakkan sasaran skor CPI daripada 4.5 tahun 2009 kepada 4.9 namun ia gagal apabila skor negara jatuh kepada 4.4.


Paling menjengkelkan kata tokoh politik veteran itu apabila Menteri yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan Indeks Prestasi Utama (KPI) dan NKRA di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala cuba menyembunyikan kelemahan kerajaan dengan mengatakan penilaian TI tidak tepat.


"Pemandu mendakwa skor Malaysia dalam 'IMD World Competitiveness Yearbook' bertambah baik daripada skor 5.2 kepada 6.3 manakala markah dalam 'Political and Economic Risk Consultancy’s (PERC) Asian Intelligence Newsletter' negara menokok daripada 4.5 kepada 4.6 sementara dalam 'World Economic Forum’s (WEF) Global Competitiveness Report' Malaysia mencatat indeks daripada 4.45 pada 2009 kepada 4.975 tahun ini.


"Penilaian TI dalam merangka CPI tidak berubah daripada tahun-tahun sebelumnya. CPI Malaysia dikira menggunakan 9 sumber bebas seerti sebelumnya. Kecuali jika Pemandu juga mencabar kesahihan CPI terdahulu, ia tidak boleh mempertikaikan CPI bagi 2010," ujar Kit Siang lagi.


Beliau kesal dengan sikap dua Menteri kerajaan Umno-BN, Datuk Seri Nazri Aziz dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang sepatutnya merasa bimbang mengenai kedudukan CPI terbaru Malaysia tetapi sebaliknya mereka tidak mengendahkannya langsung.


Kit Siang menambah belanjawan untuk SPRM juga telah meningkat daripada RM76.4 juta pada tahun 2005 kepada RM202 juta dalam Bajet 2011 namun rekod membanteras rasuah terus merosot.

Program Tranformasi Ekonomi (ETP) pinggir rakyat miskin

AI45

















KUALA LUMPUR 17 Nov : Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Perdana Menteri hanya menumpukan perhatian kepada projek mega yang mengenyangkan kelompok kroni Umno-Barisan Nasional tanpa perincian kepada program untuk membasmi kemiskinan tegar dan projek berteraskan kebajikan rakyat.

Ketika menyampaikan syarahan di Universiti Nasional Australia (ANU) Isnin lalu, Anwar mengkritik ETP dengan mengatakan proram bernilai lebih RM1 trilion itu yang bermatlamat merubah ekonomi Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 cuba mengkhayalkan rakyat dengan angka yang mengasyikkan tetapi pada hakikatnya tidak membawa apa-apa erti.


"Jika dikaji ETP secara dekat kita gagal melihat bagaimana program raksasa ini mampu menangani isu kemiskinan tegar untuk mengurangkan jurang golongan miskin dan kaya. Unjuran untuk mencapai ekonomi pendapatan tinggi sahaja tidak mencukupi.

"Kita tidak lihat apakah rancangan konkrit kerajaan untuk mengatasi masalah perumahan rakyat miskin, di manakah pelan induk untuk memberi pendidikan percuma. Kita juga tidak nampak dalam ETP satu pelan komprehensif bagi golongan yang tidak mampu menanggung kos perubatan swasta dan juga hospital.


"Apa yang dipaparkan hanyalah usaha bersungguh untuk melaksanakan projek mega seperti mana yang berlaku pada era Mahathir. Kita lihat perancangan besar-besaran untuk membina struktur mega, bangunan yang lebih tinggi daripada Menara Berkembar KLCC dan projek mega lain yang akan mengayakan syarikat-syarikat kroni yang akan menjadi semakin kaya dan berkuasa.

" Kita melihat ETP menjadikan anak-anak kita dan generasi akan datang sebagai korban kerakusan dan ketamakan golongan yang mahu mengumpul harta secara haram," tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.


Kerajaan Umno-BN kata beliau meneruskan budaya kronisme meskipun indeks urus tadbir, ketelusan dan akauntabiliti negara terus merudum dan menyebabkan golongan pelabur meminggirkan Malaysia.


Malah kata Anwar lagi mentransformasi sebuah ekonomi bukan hanya sekadar dengan teori semata-mata tetapi memastikan budaya dan amalan rasuah, kronisme dan salah guna kuasa dihapuskan.


Perubahan ini kata Amwar berkait rapat dengan persoalan keadilan sosial tetapi sebelum keadaan ini dapat diwujudkan dalam sesebuah masyarakat transformasi politik mesti dilakukan terlebih dahulu.


"Mestikan dilakukan perubahan politik sebelum sebarang perubahan dibuat terhadap dasar sosio-ekonomi. Oleh kerana itu adalah penting bagi mana-mana kerajaan memberi komitmen kepada prinsip pengagihan kekayaan yang lebih saksama sebagai tunggak kepada keadilan sosial.

"Saya menyeru kerajaan Malaysia supaya melaksanakan pelan bersepadu untuk membasmi kemiskinan dan dalam jangka masa panjang merencanakan satu sistem sokongan bagi golongan miskin dan yang dipinggirkan di segi ekonomi.


"Kekuasaan eonomi perlu diimbangi dengan prinsip urus tadbir yang baik dan akauntabiliti. Adakah harus kita tidak berbuat apa-apa sambil melihat ahli politik yang menjadi penjawat awam terus menerus mungkir janji terhadap menegakkan keadilan sosial dan pada masa yang sama merosakkan institusi negara dengan salah guna kuasa dan korupsi?" soal Anwar lagi.


Kata Anwar perbincangan mengnai isu keadilan sosial dan perubahan landskap politik di Malaysia mesti juga mengambil kira konteks masyarakat majmuk di mana kemungkinan berlakunya ketegangan kaum apabila dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Justeru itu beliau menggesa supaya rakyat menolak sebarang kejumudan ideologi serta politik kebencian dan eksklusiviti dalam semua bentuk.


Ini kerana politik sedemikian akan memecahbelahkan masyarakat samada ia terbentuk atas landasan etnik, bahasa ataupun agama.


"Apabila berlaku ketegangan kaum, nyawa yang tidak berdosa akan hilang, negara pula akan ingatkan bahawa keamanan dan harmoni hanyalah satu keadaan yang boleh berubah. Satu hari ia akan wujud dan keesokan harinya akan runtuh disebabkan pertelingkahan fahaman, agama atau perbezaan kelas masyarakat akibat ketidakadilan sosial dan ekonomi


"Hanya selepas kerosakkan besar berlaku baru pengubal dasar menerima hakikat bahawa kebebasan tidak bermakna jika tidak mampu memberi kebajikan kepada rakyat ataupun negara hukum yang masih meneruskan amalan diskriminasi atas alasan kasta, kekayaaan dan status.


"Dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting pemimpin sentiasa mengingati hakikat ini dan melindungi keadaan yang rapuh ini," ujar Anwar.


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu membidas penggunaan apparatus kerajaan oleh Umno-BN untuk menyebarkan propaganda ketuanan bangsa yang bukan sahaja tidak bermoral malah tidak bertanggungjawab dan bersifat jenayah.

Najib dakwa negara Islam contoh walaupun sistem kehakiman dipertikai, rakyat ditindas
























SHAH ALAM, 17 Nov : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno tidak berpaut kepada realiti apabila mendakwa masyarakat antarabangsa menerima Malaysia sebagai negara Islam contoh.


Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat atau PKR,Dr Muhammad Nur Manuty, berkata dakwaan itu rapuh kerana banyak negara mempertikaikan sistem kehakiman di Malaysia. selain penindasan terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah dan layanan terhadap kaum bukan Islam.

Manuty menolak tanggapan Najib bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tidak mempunyai sokongan antarabangsa apabila menegaskan Malaysia masih jauh daripada mencapai status negara Islam contoh.

"Tetapi bercakap secara 'private' , banyak pemimpin dunia termasuk beberapa negara dunia tidak suka dengan perjalanan pentadbiran malaysia dalam konteks tidak adil dengan orang yang tidak diberikan pembelaan oleh mahkamah yang adil, tekanan kepada orang-orang yang tidak sehaluan dgn dasar pemerintah, layanan kpd org bukan islam yang ditahan dan kematian didalam penjara itu tidak islamik serta bercanggah dengan nilai-nilai kemanusian," katanya kepada TV Selangor petang tadi.

Dr Manuty berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan beliau bahawa pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Malaysia tidak mencerminkan pendapat pemimpin-pemimpin dunia.

Anwar, dalam satu wawancara dengan wartawan Australia, menyifatkan Malaysia tidak wajar di terima sebagai sebuah negara Islam Moden kerana pelbagai bentuk kezaliman dilakukan secara terang-terangan oleh pemerintah.

Justeru Dr Manuty,menjelaskan bahawa konsep Islam Moden ini harus difahami dengan jelas kerana tidak semua perkara yang termaktub didalamnya dipersetujui oleh pemimpin Islam seluruh dunia.

"Kita kena faham konsep Islam dan modenity ini ada perkara yang islam tidak sejajar dengannya seperti faham modenisma, jadi maknanya ruang untuk seorang pemimpin macam Anwar bercakap, saya fikir Anwar yang sudah banyak latar belakang kefaham tentang islam...lebih banyak daripada islam dia ada hak hendak cakap sedemikian kerana dia juga mempunyai hubungan yang erat dengan pemimpin dunia apa lagi pemimpin dunia yg faham kedudukan malaysia," tambah beliau lagi

Kerajaan PR telus berbanding kerajaan BN






































SHAH ALAM, 17 Nov. :
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor bersedia untuk menghukum individu-individu yang terlibat dalam penyelewengan sekiranya terbukti bersalah.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kerajaan negeri Pakatan Rakyat memegang prinsip ketelusan dari awal pemerintahan termasuk tiada usaha melindungi kelemahan mana-mana pihak yang berlaku salah dalam pengurusan harta negeri.

Justeru tambahnya, sikap profesional kerajaan Selangor melantik wakil-wakil pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor melalui sistem temuduga mampu menangkis kelibat kroni seperti yang berlaku ketika pemerintahan Umno-Barisan Nasional terdahulu.

"Jadi di sini kita dapat membezakan antara pemerintahan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat apabila sudah dilantik tiada kepentingan, bila berlaku apa-apa penyelewengan maka orang ini akan dikenakan tindakan. Kita tidak ada menutup, sembunyikan maklumat, tidak cuba membela dengan alasan-alasan remeh dan sebagainnya," jelas beliau yang ditemui TV Selangor di perkarangan Masjid Al-Ehsan, Shah Alam pagi tadi.

"Bagi kita dalam Pakatan Rakyat, kita tidak ada kepentingan. Kita minta rakyat yang ada dalam PKNS, Yayasan Selangor sekiranya ada maklumat, dedahkan. Orang yang bersalah akan dikenakan tindakan. Tidak ada apa yang kita sorok, berpura-pura."

Khalid yang hadir ke majlis Korban di Seksyen 24, Shah Alam pagi tadi turut tidak menafikan kelemahan dalam pengurusan yang baru diambil alih justeru kerajaan Pakatan Rakyat berusaha untuk menurunkan kadar ketirisan ketahap minimal.

Tambah beliau lagi, sekiranya terdapat sebarang masalah dan kelemahan dalam pengurusan Yayasan Selangor seperti yang didakwa maka ianya tidak lagi melibatkan campur tangan pemimpin politik.

"Kalau macam dulu kalau ada penyelewengan ianya atas arahan pemimpin Barisan Nasional kerana mereka mahukan kekayaan dan sebagainya.

"Tapi sekarang ini oleh kerana ianya diserahkan kepada pihak profesional dan mereka sepatutnya menguruskannya dengan cara baik. Jadi sekiranya ada penyelewengan maka pengurusan yang dilantik akan dikenakan tindakan," kata beliau.

Semalam, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa kerajaan Selangor membelanjakan sejumlah RM800 ribu untuk kos penganjuran majlis sambutan ulang tahun Yayasan Selangor Jumaat lalu.

Noh juga mendakwa sebahagian daripada jumlah itu sudah dibayar kepada syarikat yang diberikan kontrak untuk menganjurkannya.

Isu tersebut mula mendapat perhatian apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan membatalkan hasrat untuk berangkat ke majlis itu apabila dikatakan dukacita kerana kos mengadakannya amat tinggi.

Khalid yang juga Lajnah Politik PAS percaya kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan ketelusan sepanjang pemerintahan parti itu kerana sering melindungi kepentingan individu-individu tertentu melalui kuasa politik.

Beliau yang menyifatkan Noh Omar sebagai kurang akal, turut mengecam tindakan menteri itu membela sekumpulan samseng yang memukul ADUN Tanjung Karang, Ng Suee Lim ketika membuat lawatan bertemu petani di daerah itu minggu lalu.

"Kita zahirkan perbezaan pasal itu, kita mengalu-alukan. Kita tidak ada usaha sorokkan. Bukan macam Noh Omar, bila YB Ng Suee Lim pergi ke Tanjung Karang nak dengar petani punya aduan, kena pukul. Lepas itu Nor Omar membela pula mengatakan munasabah kena pukul. Ini menteri yang sewel sikit," tegas beliau.

Kira-kira 200 orang hadir ke perkarangan Masjid Al-Ehsan Seksyen 24, Shah Alam pagi tadi menyaksikan 13 ekor lembu dikorbankan pada sambutan Hari Raya Aidil Adha kali ini.

Khalid Samad turut membantu ahli jawatankuasa masjid melapah daging lembu.

Sediakan laporan audit forensik Sime Darby rugi RM 2.1 billion




























SHAH ALAM, 17 Nov. : Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyifatkan laporan audit forensik untuk menyiasat kerugian konglomerat Sime Darby hanyalah laporan audit biasa bertujuan mengaburi mata rakyat.

Laporan tersebut yang merumuskan Sime Darby mengalami kerugian RM2.1 bilion dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC Berhad) untuk menjalankan siasatan kemungkinan wujudnya amalan penyelewengan.

"Saya bertegas bahawa laporan audit forensik yang disebut tentang kerugian Sime Darby RM2.1 billion bukan laporan forensik yang sepatutnya atau yang sepatutnya dikehendaki untuk melihat kerugian ini. Itu adalah laporan audit biasa.

Menurut beliau, tajuk laporan tersebut semata-mata bertujuan mengaburi mata rakyat namun dijangkakan tiada penyenaraian terperinci berhubung kaedah penentuan penyiasatan audit yang mengakibatkan kerugian lebih dari RM2 billion.

Azan yang ditemubual TV Selangor berkata, laporan audit forensik sebenar dikeluarkan dalam bentuk berskala justeru mengambil masa lama untuk menyediakan laporan lengkap.

Beliau percaya, kerajaan persekutuan menyedari akan prosedur tersebut apabila arahan membuka kertas siasatan audit dikeluarkan namun seolah-olah mengenepikan kebijaksanaan rakyat menuntut penjelasan.

"Kalau dia umum terus laporan itu sekaligus, bukan laporan forensik namanya sebab disifatkan sebagai laporan forensik ini mesti ada pengumuman setiap tiga bulan atau frasa-frasa supaya hasil kemudian tidak boleh diseleweng," jelas beliau kepada TV Selangor.

Azan juga percaya ada unsur penyelewengan yang cuba disembunyikan berdasarkan laporan audit forensik yang tidak mengikut prosedur.

Beliau mengambil contoh laporan audit Kementerian Kerja Raya yang menfokuskan 30 peratus kes diklasifikasikan sebagai 'kes rujukan utama' daripada jumlah keseluruhan setelah menapis laporan yang diperoleh secara berperingkat.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menuntut Sime Darby mengemukakan laporan audit forensik berhubung kerugian RM2.1 billion konglomerat itu selain menyatakan tindakan undang-undang sivil sahaja tidak cukup kukuh menjelaskan kepada umum.

Kertas laporan audit forensik tersebut telah diserahkan kepada SPRM dan SC semalam untuk diteliti.
"Kalau betul kita mahu desak supaya dikemukakan kepada awam, maknanya ada pengumuman hasil penemuan oleh Ketua Audit Negera. Mesti ada penemuan. Dia tidak boleh setakat mengumumkan kepada umum," jelas Azan lagi.

Ditanya sekiranya terdapat usaha melindungi maklumat penuh laporan audit kerugian Sime Darby, Azan berkata kenyataan tersebut tidak dapat disangkal.

"Memang sudah tentu. Laporan audit forensik yang kita jangka dilaporkan ini, dipinjam nama sahaja. Tapi hasil laporan itu bukan hasil laporan audit forensik. Laporan biasa."

Azan percaya Sime Darby akan terus mempertahankan alasan salahurus pelaburan luar negara menjadi faktor kerugian selain pihak yang dilantik Sime Darby menguruskan projek luar negara.

Justeru kenaikan harga bahan mentah dan tenaga kerja akan terus dijadikan alasan munasabah diharapkan dapat diterima umum.

"Apa yang kita desak sekarang, sesiapa yang menyebabkan kerugian ini perlu dihukum. Itu yang kita tekankan bukan sebab musabab menjadi kerugian itu.

"Kalau betul dia mahu buktikan, kita sanggup berdepan jawatankuasa yang menyiasat ini dan kita mahu tengok apa kaedah yang digunapakai," tegas Azan.

Azan yang menjelaskan kepada TV Selangor begitu optimis menyatakan kerugian yang dialami Sime Darby merupakan unsur penyalahgunaan kuasa dan kelemahan dalam pengurusan dana syarikat itu ketika mengendalikan rundingan sebut harga projek mega di negara Timur Tengah termasuk empangan Bakun di Sarawak.

PR Perak bersedia jika pilihanraya umum tergempar























AYER TAWAR, 17 Nov : Empat hari ini selepas pemilihan sengit, DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat Perak sudah bersedia untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) jika pilihan raya umum tergempar diadakan dalam waktu terdekat.

Berbanding negeri-negeri lain, Pakatan Rakyat Perak dikatakan lebih padu di sebalik krisis politik yang menimpa negeri itu awal tahun lalu, menyebabkan kerajaan negeri jatuh ke tangan BN.

Pakatan Rakyat masih melihat perubahan awal 2009 sebagai satu bentuk ‘rampasan kuasa’ oleh BN, yang turut membawa kepada krisis perlembagaan negeri.

Dalam temu bual eksklusif, Pengerusi DAP Perak yang baru Datuk Ngeh Koo Ham berkata, sejak ‘rampasan’ kuasa lebih setahun lalu, kesemua pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat di negeri terus-menerus bekerja keras untuk memastikan satu lagi “kemenangan”, yang lebih besar berbanding 2008, dalam pilihan raya umum ke-13.

“Saudara-saudara kami dalam Pakatan Rakyat, kami sangat rapat di Perak, bukan hanya disebabkan krisis tetapi disebabkan kami mempunyai pemimpin-pemimpin yang baik, disegani, matang dan berupaya.

“Dan, ya, kami sudah bersedia (untuk menghadapi pilihan raya umum). Sebenarnya kami berada dalam persekitaran pilihan raya sejak (kuasa) kerajaan negeri disambar. Dan, sekarang pilihan raya akan dipanggil pada bila-bila masa, kami sudah bersedia.

“Saya percaya jentera pilihan raya kami berada dalam kedudukan mantap,” kata beliau kepada The Malaysian Insider di sini.

Bagaimanapun Ngeh mengakui, ekoran siri peristiwa ketika krisis perlembagaan selepas kuasa kerajaan negeri disambar, jentera Pakatan Rakyat kini amat terdesak untuk mendapatkan lebih banyak dana dan dalam kadar secepat yang mungkin.

“Apabila jentera kami diperkaya, maka kami boleh bergerak dengan lancar. Kami telah membelanjakan jumlah yang banyak bagi membiayai perbelanjaan khususnya untuk membayar kos kepada BN ketika kes mahkamah,” kata beliau.

Pakatan Rakyat Perak terlibat dalam siri kes mahkamah ke atas BN sejak Februari 2009, dalam usaha mengisytiharkan kerajaan negeri sebagai tidak sah.

Pun begitu, bekas exco kerajaan negeri kanan Perak ini berkata, pihaknya sudah berjaya menyaksikan kemajuan dalam menerokai sokongan di kalangan pengundi kawasan luar bandar di mana ia kalah besar di tangan BN pada 8 Mac 2008.

Pada 2008, Perak yang secara tradisi dikuasai, BN jatuh ke tangan pembangkang dengan perbezaan hanya tiga kerusi.

DAP menyapu bersih di kesemua 18 kerusi yang ditandingi khususnya di kawasan Lembah Kinta manakala PKR menang di tujuh kerusi manakala PAS pula enam.

BN pula terus bertapak di 28 kerusi, kebanyakannya di kawasan luar bandar yang majoriti adalah pengundi Melayu. MCA menang satu kerusi manakala MIC kalah teruk.

PKR, DAP dan PAS membentuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat pada awal pagi 9 Mac 2008 - sehari selepas pengundian.

Bagaimanapun kerajaan negeri Pakatan Rakyat tumbang ekoran tindakan tiga wakil rakyatnya - dua dari PKR dan seorang pemimpin DAP keluar dan mereka bertindak sebagai anggota mesra BN.

Selepas siri usaha perundangan untuk memperoleh kembali kuasa kerajaan negeri, Pakatan Rakyat Perak kini memberi tumpuan untuk mendapatkan semula kemenangan dalam pilihan raya umum tergempar yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat Sabtu ini, dijangka memberi tumpuan ke atas persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan konvensyen mereka.

Di Perak, halangan besar Pakatan Rakyat ialah mendapatkan undi orang Melayu khususnya di kawasan-kawasan separa bandar dan luar bandar yang ditandingi Umno pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun Ngeh kekal yakin bahawa disebabkan gabungan ketidakadilan yang disebabkan oleh BN dan prestasi kerajaan negeri Pakatan Rakyat selama 10 bulan, pengaruh mereka di kalangan pengundi terus mengalami peningkatan.

“Kami percaya dan berharap bahawa kini kami memiliki sekurang-kurangnya 40 peratus sokongan pengundi Melayu dari kawasan luar bandar,” katanya.

“Secara ideal, sasaran kami bukan untuk menang dengan majoriti tiga kerusi. Kali ini, kami meletakkan sasaran untuk menang dua pertiga daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak,” kata Ngeh.

Ngeh juga mendakwa berdasarkan pada sentimen umum pengundi di kawasan-kawasan kuat Umno, pengundi-pengundi Melayu kini lebih terbuka ke arah Pakatan Rakyat.

“Ia satu perubahan besar. Sebelum Mac 2008, DAP tidak boleh menaikkan bendera di kawasan-kawasan itu. Kami tidak boleh masuk langsung wilayah mereka.

“Tetapi sekarang, mereka mengalu-alukan saya dan apabila saya datang, saya bercakap kepada kehadiran sekitar 2,000 orang, saya merasakan diri saya dialu-alukan,” kata beliau.

DAP, kata beliau, sudah tidak lagi dianggap sebagai parti “cauvinis Cina atau parti komunis.”

Begitu juga sebaliknya kata Ngeh sambil menambah, pengundi komuniti Cina juga sudah tidak bimbang dengan parti-parti berorientasikan bukan Cina.

Kata beliau, mereka sudah mula menerima parti-parti pelbagai kaum seperti PKR dan PAS yang berlatarbelakangkan dasar Islam.

“Ini yang kami lakukan sekarang bagi memastikan ada sokongan bukan Melayu bagi PKR dan PAS di kawasan yang DAP tidak bertanding,” katanya.

Kata beliau, pihaknya kini dalam proses memujuk masyarakat Cina agar tidak bimbang dengan kedua-dua parti itu dan sedang bergerak untuk melepasi halangan-halangan sedemikian di Perak.

Bercakap mengenai strategi, kata Ngeh, gandingan Pakatan Rakyat sudah ada perwakilan di kesemua 24 bahagian Parlimen di negeri itu.

“Kami sudah membentuk jawatankuasa perhubungan Pakatan Rakyat di setiap kawasan Parlimen, diwakili oleh sembilan orang, dengan tiga wakil daripada setiap parti,” kata beliau.

Tambah beliau, setiap parti komponen Pakatan Rakyat juga dijangka menyediakan perkhidmatan di kawasan yang kemungkinan mereka akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Ngeh juga berkata, peruntukan kerusi membabitkan ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat dijangka sama seperti dua tahun lalu.

“Ia bukan satu masalah bagi kami. Benar, DAP menyerahkan dua kerusi kepada PKR, tetapi kami tidak bergaduh sesama kami untuk kerusi.

“Apa yang penting ialah hubungan kami kukuh. Itu sebabnya, Pakatan Rakyat Perak sangat rapat... kawasan anda dianggap sebagai kawasan kami dan kami melihat kami sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, bukan hanya pemimpin parti sendiri,” kata beliau lagi.

Pada 8 Mac 2008, DAP bertanding di 18 kerusi, PKR di 20 kawasan manakala PAS pula 21.