Wednesday, December 8, 2010

Umno, Perkasa , Blogger Umno menyorok di bawah Songkok Tiga Jengkal Umno



Sah, Umno adalah barua dan boneka MCA!!!...mana penyokong fanataik ketuanan melayu Umno? mana PERKASAm??..mana blogger jumud Umno?..kenapa tidak mengungkit dan membantah kenyataan Najib?..dimana 'telur' kalian?

Kalaulah kenyataan ini dikeluarkan oleh DAP dan disetujui pula oleh Tok Guru Nik Aziz, sudah pasti isu ini dimainkan dimedia2 siang dan malam..diatur demontrasi, dimaki dan dicaci, dikarang artikel dan entry membenci dan sebagainya..kali ini??

Najib setuju Chua hina hukum Islam

Jika kalian ingat baru-baru ini, iaitu semasa Perhimpunan Agung MCA Oktober lalu, Najib telah menggadai maruah Islamnnya apabila bersetuju dengan kenyataan presiden MCA bahawa negara Islam yang dibawa PAS adalah autokratik dan terkebelakang..Najib telah menghina dan menghasut orang Cina supaya takutkan undang2 Islam yang dibawa PAS..

Kalian boleh rujuk kembali pada tajuk "BIADAP! Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam dan hina undang2 negara Islam!" atau pada tajuk "Video bukti Najib Razak sanggup berkompromi dgn CSL hina undang-udang negara Islam!"..(mesti baca dan sebarkan)

Istilah 'Ketuanan Melayu': Akhirnya Najib akur MCA..

Sungguh biadap lagi kurang ajar...kali ini, di dalam Konvensyen BN sekali lagi telah menjatuhkan maruah partinya apabila akur dan bersetuju dengan amaran MCA supaya tidak membuat keputusan dasar secara sendiri, malah melutut akur supaya tidak memperkatakan tentang 'ketuanan Melayu'!!!



(Penasihat Gerakan pernah mengecam sesiapa yang memperjuangkan 'ketuanan Melayu' adalah 'ekstrimis rasis'!..namun sehingga kini beliau tidak digelar pengkhianat jauh sekali dikenakan apa-apa tindakan..kalau DAP?..korang fikirlah sendiri....)

Najib pengkhianat Melayu Umno??

Persoalan kini, dimana bangsa dan penganut tegar Umno? kenapa tidak digembar-gemburkan isu ini? kenapa tidak dikecam dan dkritik Najib? kenapa tidak menganjurkan demo jalanan?..melainkan kalian adalah bangsa hipokrit dan bermuka2 dalam perjuangan..

Ternyata 'ketuanan melayu' dilacurkan oleh pemimpin Umno sendiri...jika blogger Umno boleh menuduh pembangkang 'pengkhianat' kerana menolak 'ketuanan melayu', maka Najib juga boleh dikategorikan sebagi pengkhianat Melayu di dalam Umno!

Sebarkan...

Penulis harap para penyokong dan pendokong PR menggunakan hujah ini ketika Umno membangkitkan isu 'ketuanan Melayu'..itu belum lagi dikira kenyataan Tun Dr Mahathir yg menggesa supaya orang Melayu meninggalkan asal usul dan sejarah Melayu untuk mencapai 1Malaysia Najib...

Akhir kalam..penulis tutup entry ini dengan kenyataan dari presiden PERKASAm, Ibarahim Ali pertengahan September yang lalu, iaitu "Umno kini dikuasai parti Cina, Umno diperbodoh MCA dan GERAKAN!"...fikir2kan..wallahua'lam...PRIA MALAYA


Najib setuju Umno tak putuskan dasar sendirian

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menyetujui saranan supaya Umno tidak lagi membuat keputusan dasar yang penting dalam melalui mesyuarat parti itu sendirian.


(Walaupun telah bekerjasama dengan MCA berpuluh tahun lamanya, namun ternyata Umno gagal membaiki imej Islam dikalangan pemimpin2 non Muslim di dalam BN, malah mereka semakin membenci dan menjauhi Islam...)

Beliau berkata demikian ketika ditanya dalam sidang akhbar hari ini berhubung saranan berkenaan yang disuarakan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Dr Chua membuat saranan berkenaan dalam ucapan penggulungannya dalam Konvensyen BN di Kuala Lumpur petang ini.

Dalam ucapannya itu, Dr Chua berkata sebarang keputusan penting perlu dibuat secara bersama bagi mengelakkan berlakunya hubungan seperti "abang sulung dan adik bongsu" dalam BN.

"Kita mesti bekerja sebagai rakan kongsi yang setaraf, jadi keputusan mengenai dasar tidak sepatutnya diumumkan dalam perhimpunan agung Umno ataupun dalam mesyuarat majlis tertinggi," kata Chua dalam ucapannya.

Chua menjelaskan, mesyuarat berkenaan tidak setaraf dengan Kabinet. Jaga perasaan komponen BN

Mengulas saranan itu, Najib berkata beliau memahami kehendak untuk menjaga perasaan anggota komponen parti BN.

Najib juga bersetuju dengan ulasan Chua bahawa pemimpim parti BN tidak patut menyebut perkataan dianggap sensitif seperti "ketuanan Melayu" demi menjaga perasaan anggota parti komponen BN.

Chua dalam perbahasan petang tadi turut meminta pemimpin tidak menyebut perkataan sensitif seperti "pendatang","penumpang" dan "tidak patriotik."

"Dalam lain perkataan, kita perlu sensitif mengenai semua parti komponen," kata Najib.

"Ini tidak bermakna Umno sahaja, tetapi MCA, MIC, dan semua pihak; ia terpakai kepada semua. Ini bukanlah ditujukan kepada Umno semata-mata," katanya lagi kepada pemberita petang ini.

Calon BN pilihan rakyat

Dalam pada itu, Najib turut memberi memberi jaminan bahawa calon Barisan Nasional (BN) yang bakal terpilih pada pilihan raya umum akan datang, adalah terdiri calon pilihan rakyat.

"Kita akan tekankan soal rakyat didahulukan," kata ketika ditanya mengenai kaedah pemilihan calon pilihan raya umum akan datang sama ada akan mendahulukan calon pilihan rakyat atau berdasarkan kehendak parti semata-mata.

Mengenai kuota pembahagian kerusi pula, Najib berkata perkara itu akan diputuskan atas semangat parti BN dengan mengadakan rundingan dengan semua 13 parti komponen.

Perdana Menteri menegaskan bahawa Konvensyen BN yang diadakan hari ini adalah sebagai satu proses untuk mengukuhkan dan menguatkan BN secara berterusan.

"Ia bukanlah menjelang pilihan raya umum ke-13, sebaliknya satu proses yang berterusan. Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.

"Terpulang kepada kami untuk menentukan bila masa yang paling baik," katanya, sambil menolak tanggapan bahawa konvensyen itu diadakan semata-mata untuk BN membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Menteri mengaku rakyat tak minat tengok RTM


















KUALA TERENGGANU, 9 Dis. : Warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu berani melakukan perubahan untuk memikat kembali minat rakyat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menurut beliau, intipati atau produk utama RTM iaitu berita, hal ehwal semasa dan hiburan yang dibekalkan sama ada menerusi saluran TV1 dan TV2 atau radio, juga perlu digarap supaya ia menarik selera golongan muda dan juga bukan Melayu.

"Zaman RTM memonopoli bidang penyiaran sudah berakhir, sekarang ini ada 32 stesen radio di bawah RTM dan ada 28 stesen radio swasta yang menandingi RTM setiap jam," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika melawat Stesen Penyiaran Kawasan Pantai Timur di Bukit Pak Apil, di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor.

Rais diiringi Pengarah Penyiaran Terengganu Dr Nawiyah Che Lah serta pengarah dan ketua-ketua jabatan agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Terengganu.

Beliau berkata perkembangan semasa menjadi cabaran kepada warga kerja RTM yang perlu bijak mencari formula untuk memberi khidmat terbaik dan dalam masa yang sama meningkatkan pencapaian.

Katanya di peringkat kementerian juga, pelan tindakan yang lebih agresif berhubung perkara itu telah dirancang untuk dilaksanakan bermula pada tahun depan.

"RTM kena ubah konsep untuk menawan kembali minat masyarakat seperti program Jelajah Kampus untuk tarik golongan muda dan memperkenalkan program bicara rakyat yang lebih menarik. Untuk itu, latihan-latihan juga akan diadakan untuk warga RTM," katanya.

Selain itu, sebagai cara memupuk semangat 1Malaysia di kalangan rakyat, beliau berkata slot dan program untuk bukan Melayu juga akan diperbanyakkan lagi mulai tahun depan.

"Sisipan untuk bukan Melayu seperti Cina dan India akan ditambah, selain itu kita juga akan paparkan corak hidup kaum minoriti dari Sabah dan Sarawak," tambahnya.

Bernama

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Iran ada 9 000 bot laju 'berani mati'

TEHERAN 9 DIS 10: Tentera Laut Iran membina lebih 9,000 buah bot laju 'berani mati' yang dilengkapi bahan letupan untuk tujuan merempuh kapal-kapal musuh, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah bot laju itu yang sepanjang enam meter, berupaya membuat lubang berdiameter lebih tujuh meter apabila ia melanggar kapal perang musuh sekali gus menenggelamkannya. Kira-kira 30,000 kapten 'kamikaze' telah dilatih untuk mengemudi bot-bot laju itu yang kini meronda perairan Teluk Parsi manakala pemerintah Iran merancang untuk membina sejumlah 15,000 bot tersebut.

Akhbar The Sun mendedahkan strategi perang kamikaze Iran itu didedahkan baru-baru ini oleh seorang bekas jurutera tentera Iran yang belot dan melarikan diri ke Britain.

"Mereka mahu saya membantu membina armada besar bot berani mati. Ia amat mengejutkan," katanya.

Iran mencetuskan kemarahan Barat kerana meneruskan program nuklearnya yang menurut pemerintah bertujuan untuk menjana kuasa elektrik negara. - Agensi

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Yusuf Islam di UIA


GOMBAK 9 DIS 10: Para pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, dekat sini dan orang ramai tetap tidak akan melupakan pesanan baik yang diberikan oleh Cat Steven atau kini lebih dikenali dengan nama Yusof Islam, sempena kunjungan penyanyi itu ke masjid pusat pengajian itu untuk menyampaikan tazkirah ringkasnya, Jumaat, 26 November lalu.

Seorang pelajar pusat pengajian itu, Mohd Shamsul Shamsuddin ketika ditemui hari ini berkata, beliau dan rakan-rakannya berasa amat bertuah kerana penyanyi dan pendakwah terkenal itu sudi hadir ke UIA untuk menyampaikan tazkirahnya yang walaupun ringkas, tetapi penuh dengan mesej-mesej yang berguna.

Ketika menyampaikan tazkirahnya, Cat Steven antara lain mengingatkan setiap umat Islam agar faham dengan perjalanan hidup kita yang berbeza sama sekali dengan kehidupan orang bukan Islam, dengan selalu bermuhasabah bagi membolehkan kita menjadi semakin baik dari sehari ke sehari.

Oleh itu, setiap umat Islam perlu memperlengkapkan dirinya dengan ilmu bagi membolehkan kehidupan yang dilalui bukan sahaja sempurna pada pandangan manusia, tetapi lebih penting lagi menepati kehendak Islam, bagi mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Tazkirah ringkas sekitar setengah jam itu disampaikan oleh Cat Steven selepas solat Jumaat. Kehadiran beliau menjadikan Masjid UIA pada hari itu diwarnai suasana yang amat berbeza berbanding hari-hari sebelumnya, apabila bukan sahaja dipenuhi para pelajar sedia ada di pusat pengajian itu, tetapi juga orang ramai yang turut mengambil kesempatan untuk melihat wajah beliau secara dekat dan mendirikan solat Jumaat bersama-sama dengannya.

Perubahan Cat Steven daripada bukan Islam kepada Islam, lebih-lebih lagi kini turut menjadi pendakwah terkenal, sememangnya membanggakan setiap umat Islam.

Dengan perubahan itu, tidak hairanlah jika khatib yang bertugas pada hari itu turut memuji perubahan baik yang berlaku dalam kehidupan beliau ketika membacakan khutbah Jumaat sebelum itu, bagi dijadikan titik renungan oleh setiap umat Islam, terutama golongan remaja agar menjalani kehidupan yang lebih baik menepati tuntutan Islam dari semasa ke semasa.

Sebelum takzirah ringkasnya itu pula, pengerusi majlis ketika mengalu-alukan kedatangan beliau ke masjid itu turut menjelaskan, kesudian Cat Steven datang ke Malaysia hari itu merupakan satu anugerah yang amat berharga dari Allah kepada seluruh umat Islam di tanah air. Manakala kesudiannya datang ke masjid itu pula merupakan tuah yang tersendiri kepada seluruh warga pusat pengajian itu.

Dengan itu, tidak hairanlah jika sebelum itu, beliau turut diberikan sambutan negara dengan diraikan dan diterima mengadap oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Dalam pertemuan yang berlangsung sekitar sejam dan menggembirakan kedua-dua pihak itu, Yusof tidak ketinggalan menceritakan sebahagian kisah hidupnya kepada Tuanku Mizan yang penuh liku termasuk melibatkan aspek pendidikan dan muzik.

Ketika menyampaikan tazkirahnya, beliau turut menyuarakan rasa terharu dan menyanjung tinggi penghormatan yang diberikan kepadanya itu. Beliau turut menyuarakan kesyukurannya kepada Allah kerana mengurniakan hidayah kepadanya sehingga beliau memeluk Islam, di samping mengajak orang ramai agak bersama-sama menjaga keimanan dengan sebaik mungkin bagi kepentingan hidup di dunia dan akhirat.

Seorang lagi pelajar pusat pengajian itu yang ditemui, Rohana Abdul Kadir berkata, di dalam tazkirahnya itu, Cat Steven turut mengingatkan orang ramai, terutama golongan muda dan para pelajar agar sentiasa menitikberatkan soal akhlak Islam dalam hidup, di samping mendidik nafsu dengan baik agar tidak terjerumus ke lembah maksiat.

"Walaupun pesanan seperti itu sudah sering kali didengar oleh saya sama ada daripada ibu bapa saya sendiri dan pendakwah-pendakwah lain sebelum itu, tetapi pesanan dari Cat Steven memberikan kesan yang tersendiri kepada saya," katanya.

Manakala seorang penduduk di kawasan itu yang turut mendirikan solat Jumaat bersama Cat Steven pada hari itu, Junaidi Abdul Rahim, 48, berkata, tazkirah ringkas pendakwah itu walaupun lebih banyak memperkatakan tentang perjalanan hidupnya dan nasihat kepada golongan remaja, tetapi turut meninggalkan kesan baik kepada golongan dewasa sepertinya.

"Malah, perubahan penyanyi Cat Steven itu sendiri daripada bukan Islam kepada Islam dan kini menjadi pendakwah yang disegani ramai itu pun dah boleh menjadi titik renungan penting kepada orang yang berakal.

"Kenapa beliau memeluk Islam dan kini sanggup menjadi pendakwah dengan meninggalkan sepenuhnya imejnya yang lalu, sedangkan beliau sudah berada di mercu kejayaan dalam bidangnya dan mempunyai jutaan peminat? Itu pun sudah cukup untuk menjawab bahawa jika menolak Islam, tanpa keimanan dan ketakwaan, seseorang itu tidak akan ke mana, tidak sempurna dan tidak akan bahagia dalam erti kata yang sebenarnya dalam kehidupan di dunia ini, apatah lagi di akhirat.

"Jadi untuk hidup sempurna, tenteram, bahagia dalam erti kata yang sebenarnya di dunia dan akhirat, manusia perlu berubah daripada kafir kepada Islam, daripada kufur dan fasik kepada ahli ibadat. Dengan itu, barulah kelihatan hasilnya seperti yang berlaku dalam kehidupan Cat Steven itu sendiri sehingga menjadi manusia yang dihormati orang ramai, ekoran kehidupannya yang diberkati Allah," tegasnya.

Sebaik selesai menyampaikan tazkirahnya, Cat Steven terus dikerumuni orang ramai terutama para pelajar di pusat pengajian itu yang melibatkan semua bangsa untuk bersalaman dengannya.

Namun, atas faktor keselamatan dan jadual lain yang perlu dipenuhinya, orang ramai hanya berpeluang bersamanya sekitar 15 minit sahaja kerana beliau tidak dibiarkan berada lebih lama bersama orang ramai di masjid itu oleh pihak pentadbiran UIA yang terus membawanya keluar menuju ke destinasi yang telah dikhaskan, termasuk menjamu selera bersama kepimpinan pusat pengajian itu. (Harakahdaily)




MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Najib tiru cara Anwar berucap




















KUALA TERENGGANU, 9 Dis. : Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah meniru kerjasama yang diamalkan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sebaliknya ucapan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak itu didakwa banyak meniru cara ucapan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.


Setiausaha Politik Ketua Umum PKR, Abdul Rahman Yusof berkata, hal itu dapat dikesan jika meneliti keseluruhan ucapan yang disampaikannya.

“Jika kita teliti, ucapan beliau dalam Kongres BN kelmarin banyak meniru cara ucapan disampaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini terutama dari segi kupasan isu berbangkit, madah dan sebagainya.


“Manakala, dakwaan BN mengatakan PR meniru kerjasama terjalin dalam parti komponen mereka disebabkan kebimbangan mereka terhadap kekuatan PR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu berkata, kesemua dakwaan itu tidak benar dan ia membuktikan BN semakin ketandusan idea.


“Tidak benar! Kita tidak pernah meniru BN atau UMNO. Kesemua ideologi dalaman PR adalah lahir daripada idea Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Mungkin mereka kini telah ketandusan idea untuk menyerang pihak lawan.


Beliau berkata, tindakan UMNO menangguh pemilihan kepada 18 bulan akan datang menjadi alasan kukuh bahawa parti itu penakut dan tidak layak mempersoalkan mengenai cara pemilihan dan pentadbiran dalaman Pakatan Rakyat (PR).


“Dalam BN, percakaran antara parti komponen mereka lebih teruk berbanding apa yang berlaku dalam PR khususnya PKR. Cuba lihat, kalau dulu kita tiada Kerajaan Negeri, sekarang kita telah memiliki empat Kerajaan Negeri yang bertanding,” katanya.


Ditanya mengenai tumpuan dalam ucapan Pengerusi BN yang lebih memberi penekanan kepada PKR, Abdul Rahman memberitahu ia disebabkan PKR mempunyai kekuatan tersendiri terutama dari segi keanggotaan parti yang berbilang bangsa.


“Mereka bimbang untuk berhadapan dengan ketiga-tiga parti komponen PR sebab itulah mereka juga tidak berani berhadapan dengan kawasan campuran yang mengandungi 60 hingga 70 peratus sahaja penduduk Melayu.
Sinar

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Nak naik tarif elektrik pula

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTzVwLKBRpwTN9d6U0HO78ybPJ278cGpoiF9kHTxuEIgR_pSnQjtmNgeFiyJiNJmYjg8MLNaWci9MdIXdHC2kv4KptGeGCCyrheWqUqVMk_Dhv3kqS-g4UpxtfxBe-2USTIrBUX8tJXkl-/s250/tnbpolice_155s.png

KUALA LUMPUR 9 Dis. : Kenaikan tarif mungkin tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada Tenaga Nasional Bhd memandangkan kemungkinan peningkatan harga gas asli, yang kini ditetapkan pada RM10.70/mmbtu atau hargaarang batu, yang akan mengimbanginya.

"Kami menganggarkan bahawa kenaikan satu peratus mata dalam tarif, akan menaikkan pendapatan 2012 Tenaga sebanyak lapan peratus. Namun ia boleh diimbangi sepenuhnya oleh peningkatan enam peratus harga gas asli tetap," kata firma penyelidikan itu.

Ia berkata satu lagi faktor ialah kemungkinan peningkatan kos arang batu,yang menyumbang 48 peratus daripada perbelanjaan bahan api dalam tahun kewangan2010.

Ia berkata demikian dalam laporan syarikat sebagai respons kepada berita bahawa Kabinet sudah bersrtuju secara dasarnya untuk menyemak semula tarif elektrik.

Harga arang batu Newcastle meningkat kepada US$109 satu tan pada masa ini daripada US$85 tan (US$=RM3.61) yang digabungkan dalam struktur tarif Tenaga yang sedia ada.

"Kami menganggarkan bahawa peningkatan lima peratus harga arang batu melepasi andaian unjuran tahun kewangan 2012 sebanyak US$100 satu tan, akan mengimbangi peningkatan satu mata peratus dalam tarif elektrik," katanya.

Firma penyelidikan itu berkata menerusi loji regasifikasi gas asli cecair Melaka dibangunkan pada kadar segera menjelang pertengahan 2012, rejim baharu tarif gas elektrik diperlukan.

"Pada pandangan kami, halangan utama terhadap pelaksanaan semakan tarif itukini mendapat perhatian politik memandangkan kerajaan dilihat sedang menyiapkan diri untuk pilihan raya tahun depan," katanya.

Mengenai surat persefahaman antara Tenaga dan National Trading Company(NATCO) untuk bekerjasama dalam aktiviti khusus dalam industri tenaga di Yemen,firma penyelidikan itu berkata: "Jika perkara itu menjadi kenyataan, Tenaga dijangka memulakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan di Yemen.

"Kami neutral dalam projek ini, yang tidak mungkin menjana sumbangan ketaraterhadap kumpulan dalam tempoh sederhana."

Firma penyelidikan itu mengulangi saranan "simpan" ke atas saham Tenagadengan nilai adil RM9.00.

-BERNAMA-

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Najib bawa Malaysia ke zaman gelap

azlan


















KUALA LUMPUR, 9 Dis. :
Senarai kesilapan dan salah-laku ke atas parti-parti politik dan pencabulan hak asasi oleh kerajaaan sepanjang 2010 menunjukkan negara kini kembali ke era zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kata pertubuhan hak asasi manusia, Suaram.


Ketika mendedahkan laporannya - Civil and Political Rights Report 2010 hari ini, ahli jawatankuasa sekretariat, Hasbeemaputra Abu Bakar berkata pencabulan itu termasuk jumlah tangkapan yang tinggi ketika perhimpunan oleh rakyat dan kawalan ketat ke atas media yang menunjukkan 'tanda-tanda dasar masyarakat tertutup'.

“Terdapat ruang yang sebegitu kecil bagi golongan yang menentang ataupun pandangan alternatif yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Ini adalah masa yang getir; ia boleh bergerak kepada kedua-dua arah, tetapi Suaram berpandangan ia petanda bahawa era Mahathir ketika mengawal masyarakat kini kembali,” katanya.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT



Peguam Hindraf tuntut RM100 juta

KUALA LUMPUR, 9 Dis. : Peguam dan pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf), P Uthayakumar and M Manoharan hari ini mengemukakan saman ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana tahanan yang tidak sah dan dikurung selama 514 hari mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2007.

manoharan and uthayakumar sue government 091210Uthayakumar yang juga adalah ketua Parti Hak Asasi Manusia dan Manoharan, yang merupakan ADUN Kota Alam Shah menuntut pampasan RM100 juta daripada enam defendan.

Mereka termasuk Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan, komanden kem tahanan di Taiping, tempat mereka ditahan dan pihak kerajaan.

Kedua-dua peguam itu memfailkan saman berkenaan sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang berlangsung esok.

Mereka ditahan pada 13 Disember 2007 selepas menganjurkan perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur bagi mengketengah masalah masyarkat India yang didakwa dipinggirkan oleh kerajaan.Kedua-dua plaintif mendakwa ditahan tanpa perbicaraan selama dua tahun mulai 13 Disember 2007 di tempat tahanan perlindungan di Taiping di bawah ISA 1960.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Speaker gantung lagi

























KUALA LUMPUR, 9 Dis. : Dua Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi Chuan Aun dan Fong Po Kuan, digantung daripada menyertai persidangan Dewan Rakyat sehingga 2.30 petang kerana gagal mengawal emosi masing-masing semasa sesi soal-jawab.

jeff ooiYang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, membuat keputusan itu selepas kedua-dua Ahli Parlimen terbabit mempersoalkan tindakannya yang tidak membenarkan Ooi (DAP-Jelutong) (kiri) meneruskan soalan tambahan berhubung kontrak yang diberikan kepada Bumiputera dalam projek menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang.

pandikar aminPandikar Amin yang sejak awal pagi menegur ahli Dewan agar mengemukakan soalan tambahan yang jelas dan padat berkata, soalan Ooi tidak mempunyai kaitan dengan soalan asal mengenai projek tersebut.

"Duduk. Yang Berhormat tak dengar apa saya kata. (Tindakan) salah. (Soalan tambahan) tak kena mengena dengan soalan asal. Duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menggunakan kuasa saya untuk merehatkan (wakil) Jelutong. Balik semula pada 2.30 petang," katanya.

Ooi sebelum itu meminta Timbalan Menteri Pengangkutan menjelaskan mengapa projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tergendala sehingga ke tahun 2011.

fong po kuanFong (DAP-Batu Gajah) kemudiannya bangun mempertikaikan keputusan Pandikar Amin itu malah meminta Speaker juga keluar berehat seketika menyebabkan turut mengarahkan beliau keluar Dewan sehingga 2.30 petang.

"Tingkah laku speaker mengsia-siakan demokrasi berparlimen di Malaysia. Beliau tidak dapat mengawal emosi. Ini lebih teruk daripada 'Kangaroo court'," kata Ooi pada sidang media di lobi parlimen, kemudian.

Semalam, Pandikar turut menggantung enam ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mempersoalkan tindakan beliau menghalang Anwar daripada membela diri di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung hubungan Umno dan firma perunding berkaitan Israel, Apco Worldwide.Malaysiakini

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Tok sah dok percaya kat BN dah la





































KUALA LUMPUR, 8 Dis:
Janji-janji pemimpin BN ternyata tidak boleh dipegang kerana mereka ternyata hanya sekadar tahu berjanji tetapi tidak pula jujur dan tahu menunaikan segala janji kepada rakyat.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri juga, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" tidak boleh dipegang oleh rakyat kerana slogan tersebut hanya sekadar slogan, tetapi ia tidak pula dilaksanakan seperti yang digembar-gemburkan itu

Lebih jauh dari itu, slogan yang diwar-warkan oleh

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh berkata, realiti itu terserlah apabila kerajaan BN sejak 3 Disember lalu telah mengambil keputusan menaikkan harga barangan keperluan utama rakyat, petrol, diesel, gas dan gula, sehingga menyebabkan rakyat semakin terhimpit walaupun ia telah dijanjikan tidak akan dinaikkan.

"Pada hal, 2 November 2010 yang lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka,” katanya.

"Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat. Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat," kata Ismail Sobri seperti yang dilaporkan media tempatan.

Malangnya pada 3 Disember lalu, berkuatkuasa pada jam 12.01 minit pagi, harga petrol RON95 telah dinaikkan 5 sen menjadikannya berharga RM1.90 seliter. Dua hari setelah itu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu dikatakan kerana harga minyak dunia yang diapungkan sejak Julai lalu.

Selain itu, harga diesel pula dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter, manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula dinaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Pada hari yang sama, Bernama melaporkan Menteri yang sama juga telah berkata sekali lagi bahawa harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini. Kononnya kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.

"Percayakah anda akan kata-kata beliau itu? Ternyata segala janji pemimpin BN tidak boleh dipegang. Itu semua samalah dengan slogan yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Najib itu sendiri yang juga tidak boleh dipegang. Sebaliknya, tindak-tanduk para pemimpin BN ternyata tidak pernah mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian, tetapi hanya menekan dan menzalimi rakyat dalam segala aspek.

"Mereka ternyata hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja, bukannya mementingkan rakyat. Jadi, rakyat mesti sedar perkara ini. Jika rakyat tidak sedar dan terus tertipu dengan janji-janji pemimpin BN, para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyatlah yang mesti menyedarkan rakyat agar tidak terus tertipu dengan permainan politik kotor mereka itu," tegas Nuridah ketika dihubungi hari ini.

Kenaikan harga petrol, disel, gas dan gula, katanya, sememangnya amat menyusahkan rakyat di semua peringkat, termasuk para penganut Kristian yang akan merayakan sambutan perayaan mereka tidak lama lagi, tetapi para pemimpin BN tidak pernah memikirkan masalah rakyat.

Selain itu, beliau juga kesal kerana kerajaan BN turut menzalimi rakyat dalam aspek air, apabila sanggup bertindak untuk menaikkan harga air di Selangor, sehingga memaksa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil tindakan tegas untuk membantu rakyat yang sedang dizalimi oleh kerajaan BN.

Sehubungan itu, katanya, Wanita Pakatan Rakyat dalam mesyuaratnya di bangunan Parlimen hari ini antara lain telah memutuskan untuk mengambil tindakan aktif berhubung perkara itu.

Antara lain, mereka akan berjumpa dengan orang ramai untuk mengedarkan risalah untuk menyedarkan orang ramai agar tidak lagi terus tertipu dengan para pemimpin BN dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Selain berjumpa orang ramai di kampung-kampung, mereka juga akan mengedarkan risalah itu kepada orang ramai yang akan pulang berhari raya di kampung di plaza-plaza tol, bagi membolehkan rakyat faham tentang realiti sebenar para pemimpin BN yang tidak pernah mementingkan rakyat, tetapi hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja.

"Jadi rakyat mesti disedarkan agar tidak lagi memberi undi kepada BN, tetapi kepada Pakatan Rakyat kerana hanya dengan cara itu barulah kehidupan rakyat akan terbela," ujar beliau.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

80 bermalam pertahan surau, Umno dan Perkasa tak nampak muka

surau madrasah al falah kg kerinchiKUALA LUMPUR, 9 Dis. : Bimbang surau Madrasah Al Falah Kg Kerinchi di Kuala Lumpur yang berusia lebih 14 tahun akan dirobohkan, kira-kira 80 ahli kariah bermalam di sini sehingga pagi ini dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.

Semuanya, gara-gara pihak pengurusan surau berkenaan dikeluarkan notis perobohan bertarikh 10 November lalu, yang berakhir hari ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tujuan pembangunan.

"Dua tiga hari sebelum ini, saya menghubungi bahagian penguatkuasaan DBKL memberikan jaminan mulut, bahawa mereka tidak akan merobohkan surau ini," kata pengerusi surau Jasni Abdullah.

"Mereka tidak memberi tempoh masa (penangguhan) dan tidak memberi (sebarang) alasan," katanya sambil menambah ia mula beroperasi sejak 1998.

jasni abdullah, surau madrasah al falah kg kerinchiMenurut Jasni berkata walaupun hanya jaminan mulut yang diberikan, 80 ahli kariah bermalam di surau itu, malam semalam.

Ini kerana, kata Jasni, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka turut menunai solat hajat supaya surau berkenaan tidak dirobohkan.

Menurutnya, pada mulanya, berasa terkejut setelah mendapat notis sebulan yang lalu daripada DBKL untuk merobohkan surau tersebut.

Tambahan pula, surau tersebut mendapat bantuan pembinaan daripada DBKL termasuk perbelanjaan mengecat pada dua bulan lalu.

Berikutan penerimaan notis berkenaan, pihaknya menulis surat pada 16 dan 24 November lalu kepada DBKL memohon agar pihak berkuasa menarik balik notis itu.

jasni abdullah, surau madrasah al falah kg kerinchiNamun pihaknya tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada pihak berkenaan.

Penduduk juga kata Jasni, menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 3 Disember lalu.

Bagaimanapun, setakat hari ini, masih belum menerima sebarang maklum balas.

"Saya masih lagi dalam proses perundingan dengan DBKL," katanya.

Ditanya sama ada surau ini dicadangkan dirobohkan kerana dilabel sebagai kubu penyokong PAS, Jasni berkata beliau ada mendengar mengenai perkara tersebut.

Namun, beliau menafikan perkara itu dan berkata surau berkenaan bebas daripada dipengaruhi parti politik.

nurul izzah surau madrasah al falah kg kerinchiSebelum itu, ahli parlimen LembahPantai Nurul IzzahAnwar berkata beliau berharap pihak DBKL dan menteri menjawab persoalan aduan pihak penduduk mengapa surau ini mahu dirobohkan.

"Pihak surau menggunakan saluran diplomasi, tetapi tidak surat (mereka) dijawab," katanya dalam sidang media di surau berkenaan.

Menurutnya, pihak surau ada mengadu berhubung perkara ini kepadanya, tetapi Nurul Izzah meminta mereka berhubung terus dengan pihak berkuasa supaya "tidak ada elemen politik".

"Tapi surat mereka tidak diendahkan," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan menghantar surat kepada Raja Nong Chik memohon penjelasan berhubung perkara tersebut.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR meluangkan masa kira-kira sejam sejak 8 pagi, di surau berkenaan - yang terletak dalam parlimennya.

Kira-kira 70 orang termasuk mahasiswa dan wartawan berada di surau berkenaan.

Setakat jam 10.30 pagi, tiada pegawai penguatkuasa DBKL hadir ke surau berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat dua pegawai polis di surau ini. Malaysiakini

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Dakwa Khir Toyo, helah Umno nak tunjuk bersih














SHAH ALAM, 9 Dis. : Pendakwaan rasuah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo merupakan sandiwara politik bagi pimpinan Umno melantik pengerusi negeri yang baru.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata ianya merupakanu helah untuk Umno Selangor menonjolkan imej bersih dengan mengganti pemimpinnya yang sudah hilang kredibiliti.

Ujarnya, dakwaan rasuah yang melibatkan pembelian tanah lot banglo dikenakan terhadap khir juga tidak a memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam menangani penyakit utama negara yakni rasuah. Jauh sekali membersihkan kekotoran yang terpalit dan sebati pada UMNO.

"Ingin ditegaskan, rakyat sebenarnya tidak peduli dengan sandiwara politik ini.

"Bagi rakyat, apa yang lebih penting ialah tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan rasuah dan sejauh mana kesungguhan UMNO menangani masalah rasuah

Kata Faekah, kesalahan Dr Khir bukan semudah seperti yang digambarkan kerana selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kes ini juga melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN).

Menurutnya lagi, siasatan terperinci perlu dilakukan sama ada cukai hartanah yang dikenakan mengikut nilai sebenar lot tanah tersebut memandangkan Dr Khir dengan sengaja memberikan taksiran palsu bagi mengelak dari membayar cukai.

"Begitu juga dengan bayaran duti setem. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana perbuatan mengelak dari membayar cukai dengan melakukan 'under declare' adalah satu kesalahan yang serius.

"Rakyat merasakan pendakwaan terhadap Dr Khir ke mahkamah semata-mata sandiwara politik yang sering dimainkan Umno dan Barisan Nasional bagi menutup salahguna kuasa yang lain.

"Rakyat tetap akan menghukum mereka kerana selama 50 tahun, pemimpin-pemimpin Umno bukan saja mengamalkan rasuah malah gagal mentadbir Negeri Selangor secara bijak, cuai dan tidak telus," ujarnya lagi.

Tambah beliau, dengan puluhan projek pembangunan yang diluluskan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan yang hanya hanya menguntungkan syarikat kroni sementara projek yang dijalankan terbengkalai begitu sahaja yang mengakibatkan ribuan pembeli rumah di projek Bukit Botak tertipu dan ramai di antaranya diisytiharkan bankrap.

"Projek Alam Perdana yang melibatkan hartanah seluas lebih 7,000 ekar juga terbengkalai; puluhan ribu pembeli rumah menggigit jari sehingga ke hari ini.

"Hutang Talam sebanyak RM391 juta adalah satu lagi contoh nyata kegagalan pentadbiran UMNO-BN.

"Ribuan ekar tanah telah diagih-agih sesama mereka, baik dalam bentuk pembangunan mahupun sebagai peneroka felda hatta Projek Revolusi Hijau,"

Tindakan mendakwa Dr Khir di saat-saat menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 ujarnya juga tidak bermakna mereka harus diberi peluang pemutihan pemimpin yang bakal dipilih menerajui UMNO Selangor.

"Pilihlah sesiapapun, rakyat Selangor telah membuat keputusan.

"Dosa dan perbuatan rasuah mereka terbongkar selepas Selangor diambil alih Kerajaan Pakatan Rakyat yang kini berhempas pulas membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan," tegas Faekah.

Memang sukar namun hampir separuh masalah tersebut telah berjaya diselesaikan walaupun baru bertapak di Selangor kurang dari 3 tahun. Kesilapan yang dilakukan oleh Umno dan BN tidak akan diulangi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat kerana kami tidak akan sesekali memandang rendah kebijaksanaan rakyat membuat penilaian dan pilihan.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Raja Petra dedah dokumen pembabitan Apco Worldwide



















SHAH ALAM, 9 Dis. :
Blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin aka RPK melalui laman portalnya
malaysia-today.net mendedahkan beberapa dokumen penting pembabitan Apco Worldwide dengan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak setelah hak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membela diri dinafikan Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Dokumen yang diperolehi hasil daripada carian di Unit Pendaftaran, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat bertarikh 29 Oktober lalu memberikan bukti jelas aktiviti melobi kerajaan Umno-Barisan Nasional dengan beberapa siri mengatur temu janji, sesi bergambar beberapa orang pemimpin tertinggi negara termasuklah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Laporan tersebut menjelaskan peranan Apco telah mengaturkan sesi bergambar dan video wanita pertama Malaysia ke Amerika Syarikat pada 10 hingga 15 April 2010, dan dalam penghasilan video lawatan untuk kegunaan kerajaan Malaysia di Malaysia.

Syarikat perunding itu juga telah mengaturkan pertemuan dengan konglomerat besar AS dengan bertujuan mempromosikan hubungan positif antara kerajaan Malaysia dan AS.

Apco katanya turut membantu mengkoordinasi dan menghantar jemputan mesyuarat meja bulat dan makan malam Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamid pada 20 Mei 2010.

Berhubung lawatan Najib ke AS pada hujung September 2010, syarikat perunding yang mempunyai hubungkait dengan rejim zionis Israel itu turut mengaturkan perjumpaan Perdana Menteri dengan pelbagai wakil media, institusi akademi, kerajaan AS dan organisasi pengubal polisi.

Dalam sesi lawatan itu, Apco turut menyediakan kemudahan logistik bagi mengadakan perjumpaan dan sesi temuramah di antara Najib dan lembaga editorial akhbar New York Times, wakil stesen televisyen Cable News Network (CNN), majalah ekonomi Wall Street Journal dan ahli majlis hubungan luar negara.

Apco juga hadir ketika Najib menyampaikan ucapannya kepada ahli majlis hubungan luar negara pada 28 September 2010.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata jawatankuasa tersebut enggan memanggil Anwar untuk membela diri, memanggil saksi atau pun mengemukakan apa-apa dokumen penting yang berkaitan.

Pada sesi sidang dewan semalam, beliau turut menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang meminta supaya perkara itu dibahaskan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) yang menurutnya telah menafikan hak Ahli Permatang Pauh itu untuk membela diri.

Pandikar dalam pada itu turut menghalau beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas mereka tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Pandikar Amin tak hayati perlembagaan
















SHAH ALAM, 9 Dis.: Profesor Dr Abdul Aziz Bari sedih dengan tindakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak menghayati semangat perlembagaan negara dalam menjalankan tugasnya yang dilihat berat sebelah khususnya dalam mengendalikan kes penggantungan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Dr Aziz Bari yang juga pakar Undang-Undang Perlembagaan mempertikaikan keputusan Pandikar Amin Mulia semalam yang menolak usul berhubung keputusan Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen terhadap Anwar dalam isu APCO yang di bawa oleh Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali.

Minggu lalu media melaporkan jawatankuasa terbabit tidak mahu mendengar sebarang keterangan dari Anwar, dan mana-mana saksi yang jelas menafikan hak Anwar untuk membela diri.

Jawatankuasa itu dilaporkan akan mengadili dan menghukum nasib pemimpin reformasi ini berdasarkan kepada surat penjelasan bertarikh 19 Ogos dari firma perunding, Apco Worldwide, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan elemen Israel-Zionis.

"Jadi nampak sangat semacam keinginan untuk mengeluarkan dia dari Parlimen,jadi seolah-olah lengkap lah apa yang berlaku di Parlimen dan di mahkamah , jadi ini sesuatu perkara yang menyedihkanlah,kalau ditempat lain kita tengok ketua pembangkang diberikan kedudukan yang sama dengan ketua kerajaan walau tidak pun tidak disusahkan semacam ini, " jelas Dr Aziz ketika dihubungi oleh TV Selangor.

"Walaupun kita perkatakan bertentangan dengan semangat perlembagaan pun boleh walaupun tidak disebut jadi jika dalam negara yang faham perlembagaan tidak begitu," katanya.

Menurut Dr Aziz Bari tugas Speaker perlu kembali kepada peranan sebenarnya dan bukan hanya menjadi agen kepada parti pemerintah.

" Speaker sepatutnya tidak boleh seolah-olah menjadi seperti agen ataupun orang suruhan parti pemerintah,speaker sepatutnya menjadi orang tengah dan dihormati dan bukan berat sebelah seperti itu," katanya.

Dr Aziz menambah keadaan itu berbeza amalan di Amerika Syarikat dan United Kingdom kerana fungsi speaker tidak hanya memihak kepada parti pemerintah sahaja.

" Di US dan UK , Speaker tidak sebegitu walaupun speaker mewakili parti pemerintah dia tidak sepatutnya berfungsi seperti ahli parlimen berkenaan, " ujar Aziz lagi.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Walau diserang bertubi kali, Anwar masih banyak sokongan









KUALA LUMPUR 9 Dis. : Orang ramai khususnya penyokong Pakatan Rakyat dilihat masih meletakkan harapan ke atas kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau dan partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus berhadapan dengan serangan bertubi-tubi Umno-BN menjelang pilihan raya umum ke-13.

Lapor portal The Malaysian Insider hari ini pun begitu krisis dalaman yang melanda PKR ─ yang dikaitkan dengan pemilihan secara langsung - ternyata memberikan impak negatif kepada PKR dan kepimpinan Anwar dan keyakinan terhadap parti pimpinannya.

Kajian kendalian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya menunjukkan 43 peratus responden yang ditemui masih menaruh keyakinan terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berbanding 41 peratus responden berpendapat sebaliknya.

Peratusan kadar persetujuan berhubung soalan itu tidak jauh berbeza. Sebanyak 16 peratus responden pula menyatakan tidak pasti terhadap soalan yang dikemukakan iaitu kerelevenan Anwar dalam politik negara berikutan krisis dalaman yang melanda PKR dan serangan peribadi terhadap beliau yang hebat oleh pelbagai pihak dengan menggunakan media arus perdana dan televisyen.

Persoalan itu menurut pusat tersebut dikemukakan bagi menguji tahap keyakinan masyarakat terhadap beliau dan PKR ketika ia baru selesai mengadakan pemilihan langsung julung kali, yang turut tercalar dengan dakwaan kecacatan dan kepincangan proses pengundian.

"Respons yang ditunjukkan ini memperlihatkan bahawa walaupun dengan kempen dan usaha dilakukan bagi menghakis pengaruh beliau, namun peratus anggota masyarakat yang masih menaruh keyakinan kepada Datuk Seri Anwar masih tinggi.

"Apabila ditunjukkan hasil kajian yang memperlihatkan 41 peratus responden berpendapat bahawa beliau sudah tidak releven dengan politik negara, Datuk Seri Anwar menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah diduga, dan malahan berpendapat bahawa usaha memburukkan beliau dan PKR masih tidak begitu berjaya kerana masih terdapat peratus yang tinggi yang menaruh keyakinan kepada kepimpinan beliau," kata Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Profesor Dr. Mohammad Redzuan Othman dalam kenyataan yang merumuskan hasil kajian itu.

Sebaliknya menurut beliau, kempen oleh media arus perdana terhadap PKR dan beliau telah memberikan publisiti kepada parti tersebut yang selama itu sukar medapat liputan.

"Beliau juga menaruh keyakinan bahawa dengan masalah rumah tangga PKR yang akan secara proaktif akan diselesaikan setelah berakhirnya pemilihan parti dan gerak kerja seluruh negara yang akan dipergiatkan, beliau yakin prestasi parti akan dapat diperbaiki," katanya.

Kajian persepsi masyarakat terhadap parti dan kepimpinan PKR dijalankan bulan lalu ketika ia masih mengadakan pemilihan pusat.

Kata pusat itu, kemelut dalaman yang melanda PKR membabitkan beberapa orang Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang bertanding atas tiket parti tersebut dalam pilihan raya umum ke-12 meninggalkan parti dan kecelaruan yang berlaku dalam pemilihan pimpinan parti baru-baru ini telah menarik perhatian rakyat secara umumnya.

Gambaran terhadap krisis dalaman yang dihadapi oleh PKR ini diperburukkan dengan gembar-gembur dan serangan secara besar-besaran oleh media arus perdana yang turut menjadikan Anwar, yang juga penasihat PKR, sebagai sasaran.

Kajian lapangan membabitkan 1,124 responden telah dijalankan antara 19 hingga 21 dan 27 hingga 28 November lalu ketika isu ini hebat dipaparkan oleh media arus perdana dan televisyen.

Kawasan yang menjadi tumpuan kajian ialah di sekitar Lembah Klang dan Selangor yang melibatkan kawasan Parlimen seperti Cheras, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Ampang, Bukit Bintang, Subang Jaya, Wangsa Maju dan Lembah Pantai.

Kawasan ini dipilih memandangkan penduduknya secara relatif agak terdedah kepada perkembangan politik yang lebih dinamik dan menunjukkan sikap menyokong politik pembangkang.

Selain itu, kawasan yang dipilih terletak di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan kawasan yang merekodkan paling ramai ahli PKR yang terlibat dalam proses pengundian dan pemilihan pimpinan parti.

Di samping itu, Selangor merupakan negeri yang ditadbir kepimpinan PKR dan perkembangan semasa yang berlaku secara langsung atau tidak mempunyai kaitan dengan masa depan parti tersebut, khususnya di negeri tersebut.

Anwar juga merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen dan penasihat ekonomi bagi kerajaan negeri Selangor.

Dalam pada itu berhubung soalan sama ada kemelut dalaman PKR menghakis keyakinan terhadap parti dan kepimpinan Anwar, seramai 52 peratus responden bersetuju manakala 29 peratus berpandangan sebaliknya.

Seramai 19 peratus mengatakan tidak pasti.

"Krisis dalaman yang melanda PKR ternyata memberikan impak negatif kepada PKR dan kepimpinan Datuk Seri Anwar.

"Namun, jumlah 29 peratus yang berdiri teguh di belakang PKR dan kepimpinan Datuk Seri Anwar menunjukkan bahawa terdapat peratus yang tinggi yang masih merupakan penyokong tegar parti dan kepimpinannya," kata beliau.

Redzuan juga berkata kajian pihaknya juga jelas menunjukkan bahawa keyakinan masyarakat mengalami penghakisan dengan kemelut dalaman yang melanda PKR dan sekali gus turut menghakis keyakinan terhadap Anwar.

"Respons yang diberikan oleh responden juga menunjukkan bahawa mereka mengambil perhatian terhadap perkembangan dalaman PKR dan mempengaruhi keyakinan mereka terhadap parti tersebut dan kepimpianannya," katanya.

Bagi persoalan sejauh mana krisis dalaman yang berlaku dalam PKR menghilangkan keyakinan terhadap parti tersebut, Redzuan berkata, 49 peratus responden menyatakan kehilangan keyakinan pada parti tersebut berikutan kemelut yang berlaku.

"Walau bagaimanapun, 30 peratus responden masih menaruh kepercayaan kepada parti tersebut, meskipun dengan pelbagai kemelut yang melanda.

"Walaupun tahap ketidakyakinan terhadap PKR secara relatifnya tinggi, tetapi peratus tidak pasti juga agak tinggi iaitu sebanyak 21 peratus," katanya lagi.

Kata beliau, peratus yang ditunjukkan ini memperlihatkan bahawa saingan kepada PKR masih belum mampu meraih sokongan yang meyakinkan berikutan pendirian masyarakat yang prihatin terhadap kemelut yang melanda PKR.

Jelas beliau, peratus yang ditunjukkan oleh responden juga memperlihatkan bahawa kempen anti-PKR yang dilakukan oleh saingan PKR dalam politik negara masih belum menunjukkan hasil yang meyakinkan.

"Di pihak PKR pula peratus ini jelas memperlihatkan bahawa krisis dalaman yang berpanjangan yang melanda parti tersebut menyebabkan masyarakat terhakis keyakinannya terhadap parti tersebut," katanya lagi.

Redzuan juga berkata, kajian ini menunjukkan ekoran krisis dalaman parti semasa 43 peratus responden hilang keyakinan kepada PKR dan ini akan mempengaruhi pendirian mereka apabila mengundi kelak.

"Walau bagaimapun, sebanyak 35 peratus responden masih menaruh kepercayaan kepada PKR dan akan terus menyokong parti tersebut manakala 22 peratus berpendirian tidak pasti," katanya.

Kata beliau, walaupun dari segi peratus sokongan mengikut angka memperlihatkan PKR jauh tercicir, namun medan masih terbuka luas kerana peratus yang menolak PKR masih belum mencapai jumlah yang meyakinkan iaitu lebih 50 peratus dan jumlah mereka yang dikategorikan sebagai "atas pagar" agak tinggi.

"Prestasi yang ditunjukkan oleh parti-parti yang bersaing menjelang pilihan raya umum ke-13 masih merupakan faktor penentu sebelum pengundi membuat keputusan muktamad apabila berada di peti undi menjelang hari membuang undi tiba," katanya.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Utusan fitnah lagi


















SHAH ALAM, 8 Dis. : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyifatkan akhbar utusan daif pengetahuan ekoran satu kenyataan akhbar tersebut yang berbunyi 'Menteri Besar Khalid Takut dengan Sultankah?'

Bercakap di sidang media selepas mensyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini, Khalid memberitahu kenyataan itu satu tohmahan yang berbau fitnah.

"Untuk maklumat rakyat setiap hari Rabu sebelum mesyuarat Exco, saya akan berjumpa mengadap Sultan Selangor dan tohmahan seumpama itu boleh dikatakan sebagai satu fitnah," katanya.

Menyedari kenyataan seperti demikian di dada akhbar mampu merosakkan kefahaman rakyat tentang tujuan sebenar usaha sebenarnya, Khalid menjelaskan tindakkan Kerajaan Negeri mengadap Yang Di-pertuan Agong untuk menyerahkan memorandum kembalikan Hak Air kepada Rakyat Selangor adalah kerana Yang Di-pertuan Agong adalah Ketua negara yang menjadi payung kepada Pelembagaan dan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen ialah Yang Di-Pertuan Agong.

"Tuanku Sultan Selangor telah pun bersetuju tentang usaha mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor. Oleh sebab itulah saya berjumpa dengan Yang Di-pertuan Agong," kata Khalid.

Ahad lalu Khalid bersama kira-kira 15 ribu warga Selangor dan Kuala Lumpur berarak ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Bantuan kewangan RM500 untuk kakitangan, Elaun RM800 Untuk Ketua Kampung


















SHAH ALAM, 8 Dis. : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan Selangor akan memberikan bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada semua pegawai perkhidmatan awam dari Gred 1 hinga 54.

Beliau yang berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan, Shah Alam selepas mesyuarat Exco negeri petang tadi menambah bantuan tersebut akan dibayar dalam bulan ini juga.

"Bantuan khas kewangan sejumlah RM500 akan diberi pada bulan ini kepada pegawai perkhidmatan awam Gred 1 hingga 54 yang masih berkhidmat pada 15 Oktober, 2010," jelas beliau.

Tambah beliau, bantuan kewangan ini akan diberikan bukan sahaja kepada pegawai tetap, tetapi juga untuk pegawai sementara, pegawai sambilan, guru sandaran, pegawai yang bercuti separuh gaji, para pemandu, pegawai kontrak yang putus kontrak sehari sebelum disambung, dan pegawai perkhidmatan awam yang mengambil cuti tanpa gaji.

Dalam pada itu, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakop Sapari mengumumkan elaun Ketua Kampung juga akan dinaikkan mulai tahun hadapan'

"Saya ingin umumkan berita baik kepada semua Ketua Kampung di negeri Selangor seramai 368 orang di mana mulai tahun hadapan bermula Januari 2011, elaun Ketua Mampung dinaikkan ke RM800," jelas beliau.

Katanya lagi, langkah ini selaras dengan dasar kerajaan negeri untuk menaikkan taraf Ketua Kampung atas kesungguhan mereka selama ini dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

Yaakop seterusnya berkata beliau berharap dengan pertambahan elaun ini dapat menambahkan lagi komitmen para Ketua Kampung dalam memastikan dasar kerajaan disampaikan kepada rakyat serta mengukuhkan lagi kedudukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

61 Senator Australia bimbang prosedur kes Anwar














KUALA LUMPUR, 8 Dis. : Perbicaraan fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perhatian luas di Australia kerana pencabulan prinsip-prinsip asas keadilan yang berlaku.

Ahli Parlimen bebas Selatan Australia, Nick Xenophon berkata kerajaan Malaysia seharusnya memberikan maklumat tepat mengenai perbicaraan Ketua Pembangkang itu dan tidak cuba menyembunyikan pencabulan yang berlaku.

Xenophon berada di Malaysia untuk mengikuti perbicaraan Anwar sebelum kembali ke Canbera untuk memberi taklimat kepada rakan sejawatanya.

"Isu perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim menjadi perhatian rakyat Australia dan seperti mana yang anda tahu, 61 ahli parlimen Australia telah menandatangani notis kebimbangan mengenai perbicaraan beliau.

" Saya rasa isu yang harus difokuskan adalah keadilan dalam perbicaraan. Saya juga adalah peguam dan saya terkejut dengan kekurangan prosedur keadilan dalam perbicaraan Anwar Ibrahim," jelas Xeonophon.

Perbicaraan Anwar setakat ini dicemari dengan pelbagai kemelut termasuk, pendakwaraya enggan memberikan dokumen relevan kepada peguambela, hubungan sulit antara pengadu dan ahli pasukan pendakwaraya dan kenyataan bercanggah pakar perubatan.

Xenophon menegaskan bahawa kerajaan Australia amat mengharapkan Putrajaya bersikap telus dan ikhlas apabila membicaraan kes Anwar.

" Kita (Malaysia dan Australia) adalah kawan dan mesej saya apabila anda adalah kawan, kita perlu memberitahu tentang kebenaran dan perbicaraan Anwar Ibrahim menjadi kebimbangan di Australia berhubung kurangnya keadilan dalam perbicaraan.

" Kami jangkakan Malaysia memberitahu sekiranya kami membuat perkara yang salah. Itu sebabnya saya berada di sini tentunya untuk memantau perbicaraan dan juga mengemukakan sokongan dan pandangan saya sebagai ahli parlimen bebas kerana Anwar Ibrahim sangat dihormati di Parlimen Australia,"tambahnya lagi.

Xenophone yakin isu Anwar akan terus didokong oleh ahli parlimen Australia apabila mereka bersidang pada Februari ini kerana Ketua Pembangkang itu amat dihormati oleh rakyat Australia.

" Saya yakin isu perbicaraan Anwar Ibrahim akan dibawa ke Parlimen Australia yang akan disambung pada Februari dan ini adalah luar biasa kerana sokongan terhadap Anwar di parlimen Australia sangat memberansangkan dalam kehormatan yang diberikan oleh komuniti Australia. Ahli dari kerajaan dan termasuk pembangkang telah menandatangani surat sokongan dan itu adalah sangat luar biasa," tambah beliau lagi.

Beliau menegaskan bahawa isu Anwar adalah berpaksi kepada hak asasi dan prinsip keadilan yang menjadi kebimbangan ahli parlimen Australia.

" Ia amat luar biasa dalam konteks hak asasi manusia untuk mendapatkan perbicaraan adil dan juga isu hubungan rapat dua negara. Seperti yang saya kata kawan baik perlu memberitahu perkara yang betul dan kita jangkakan perkara yang sama dari Malaysia. Itu yang kita buat sekarang memandangkan ramai ahli parlimen terlibat dan bimbang tentang perbicaraan ini," katanya lagi.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT