Wednesday, December 22, 2010

PAPA GOMO si tukang fitnah tidak dimaafkan dari dunia sampai akhirat

'Dakwaan saya berzina fitnah besar, khianat'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2OPL-8GanFXYDqOZ6Kld6GW9cPAETGx_WnFnNBFWFFGWXk5XnZ9t82nimFHf2dYHqh7COBSCNSltyivMe0MINFU2pcvmqFJoEEz6FHPF9kRMhx6J2yAYLWN85rLsA8a3VYLFjjbu8R2I/s1600/YB+DRS+SAIPUL+N.29.jpg

PASIR PUTEH 22 Dis. : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.

"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.

Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.

Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.UM

Semua orang Islam tahu bahawa dosa membuat fitnah itu lebih besar daripada membunuh tetapi mengapakah masih ramai lagi manusia laknatullah yang berani melakukan perkara tersebut. Mungkinkah mereka seronok dapat melakukan fitnah? Semoga mereka juga "seronok" di akhirat nanti

Ketuanan Fitnah : Adun Selising cabar Umno dedah bukti ‘berzina’ di koc kereta api

KUALA LUMPUR, 23 Dis. : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti jika ada kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

“Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.


“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.

“Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.

“Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya kepada The Malaysian Insider.

Pada 8 Mac 2008, Saipul Bahrin menewaskan calon Umno-BN Hashim Ismail dengan kelebihan 783 undi.

Naib Yang Dipertua PAS kawasan Pasir Puteh itu berkata, iltizam politik Umno memfitnahnya mungkin disebabkan tapak sokongan parti teras Barisan Nasional itu sejak kebelakangan ini kian rapuh apabila ahli dan penyokong mereka menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat.

“Banyak sebab mungkin mendesak mereka mahu menjatuhkan saya, (antaranya) sebelum saya ke Mekah, dua tiga orang PPM (Penyelia Pembangunan Mukim) yang dilantik Umno terbuka hati untuk meninggalkan Umno dan menyokong PAS.

“Lebih 100 ahli Umno di Selising bersama bekas ketua pemuda Umno (Selising) menyertai PAS sebelum saya ke Mekah, dua tiga hari ini saya diberitahu (bahawa) beberapa PPM dan pemimpin Umno tempatan menyerahkan borang sertai PAS,” ujarnya lagi.

Bahkan katanya, fitnah yang dihadapinya itu mungkin disebabkan krisis dalaman dalam Umno Bahagian Pasir Puteh sendiri.

“Umno (cawangan) Selising sendiri mungkin resah dan melenting apabila pemimpin masyarakat tempatan menolak perjuangan Umno sehingga mereka terpaksa import pemimpin luar (bahagian Umno) Pasir Puteh untuk menjadi ketua bahagian dengan beberapa pindaan perlembagaan (Umno peringkat bahagian),” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan turut senada dengan Saipul Bahrin mencabar Umno negeri dan pusat supaya mengemukakan bukti tanpa menyebarkan fitnah.

“Umno tak habis-habis fitnah PAS, kemukanlah bukti jangan sekadar buat dakwaan ‘kosong’,” ujar Fadzli yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Kata Adun Temangan ini lagi, tindakan Umno itu adalah strategi mahu membunuh imej pemimpin-pemimpin PAS setelah mereka percaya bahawa ideologi perkauman parti mereka tidak mampu mengalahkan ideologi Islam yang dipopularkan PAS.

“Itulah strategi Umno, termasuk membunuh karakter individu dalam PAS kerana mereka tak boleh nak lawan ideologi kita, maka mereka pilih jalan fitnah untuk memburukkan wakil rakyat kita (PAS) dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sendiri,” katanya.

Melihat pada tindak tanduk tersebut, kata beliau, PAS negeri sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengendali Umno Online dan beberapa pihak yang akan dinamakan kemudian jika wajar.

“Kita sedang meneliti beberapa pendedahan itu, kalau ada asas untuk dibuat pendakwaan kepada (pengendali) blog Umno itu, kita akan umumkan kemudian... nama-nama yang lain pun akan diumumkan kemudian selepas kita mengenal pasti mereka yang terlibat,” ujarnya.

Kelmarin, Umno Online turut melaporkan pengakuan saksi utama kes skandal tersebut iaitu Saidi Husin yang kini kononnya menjadi isu kontroversi dalam dunia blog, Youtube dan Facebook.

Saidi, lapor portal rasmi itu merupakan Ketua Keselamatan PAS Semarak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan sebelum meninggalkan PAS.

Blog itu turut mendesak Saipul Bahrin supaya tidak berdiam diri dan mengambil tanggungjawab menjelaskan isu skandal kontroversi tersebut.

Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut.The Malaysian Insider

Jauhi Umno pembawa kerosakan

'Hanya Umno BN boleh perintah' sudah berakhir

PENAGA, 23 Dis: Zaman yang mengatakan hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja mampu untuk memerintah negara sudah berakhir dan tidak sesuai lagi digunakan dalam waktu kebelakangan ini.

Umno BN bukan saja sebagai sebuah parti politik yang menyesatkan umat manusia, tetapi juga membawa banyak kerosakan dalam negara terutamanya dalam pembangunan masyarakat.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramah beliau dalam majlis ceramah isu semasa anjuran PAS kawasan Kepala Batas di Penaga.

Hadir bersama ialah Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Hussain dan Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Muhammad Idrus Ahmad.

Katanya lagi, kebanyakan kes yang melibatkan kerosakan seperti penglibatan rasuah oleh pemimpin komponen BN seperti Khir Toyo, Ling Liong Sik dan banyak lagi yang tidak dibawa ke muka pengadilan adalah antara contoh kerosakan yang dilahirkan.

Tambahnya, selain dari itu berlakunya penganiayaan terhadap rakyat apabila adanya bantahan dan protes bagi menegakkan keadilan.

"Apabila rakyat membuat bantahan kenaikan harga barang dan memprotes maka mereka akan ditembak dengan gas pemedih mata. Rakyat akan dihumban ke dalam sel penjara. Dipukul tanpa perikemanusiaan dan pelbagai lagi bentuk penganiayaan.

"Sekiranya ditimbulkan penglibatan mereka dengan agen Yahudi seperti Apco Worldwide, One Israel dan seumpamanya, maka mereka akan nyahkan dakwaan tersebut dengan menggantung wakil rakyat yang bersuara seperti apa yang berlaku kepada Anwar, Azmin, Karpal dan Sivarasa.

"Ini adalah antara contoh terkini yang amat ditakuti oleh Umno BN apabila banyak pendedahan dibuat. Jika boleh mereka mahu rakyat diam dan angguk saja dengan apa yang korup dan penyelewengan yang mereka lakukan selama ini," ujarnya lagi.

Menurut beliau lagi, apa yang lebih menggerunkan Umno BN apabila DAP baru-baru ini melalui pengerusinya, Karpal Singh telah memberi sokongan kepada PAS untuk membincangkan pembentukan negara Islam.

Karpal yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Ahad lalu berkata, beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

Terbongkarlah kerja tangan Umno

Khir akui BN jual tapak surau Al Hidayah

(Gambar: Demo ini sepatutnya diadakan di depan bangunan Umno atau MCA, kata Faekah)

SHAH ALAM, 23 Dis: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan tapak surau Al Hidayah, Rawang dijual semasa pentadbirannya iaitu pada 2003 tetapi telah dijual sebelum tahun 2000 lagi.

Menurut Khir dalam blognya, "Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang mana ini bermakna ia dibuat sebelum pentadbiran saya"


Ini bererti tapak surau itu dijual ketika kerajaan Selangor dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) dimana Umno menguasai sebahagian besar kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Khir membuat penjelasan itu ekoran kenyataan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin, berdasarkan rekod kerajaan negeri tanah itu dijual pada tahun 2003.


Baru-baru ini, sekumpulan penduduk tempatan termasuk para pemimpin Umno telah membuat demontrasi di perkarangan surau itu kerana membantah kerajaan negeri Selangor yang membenarkan surau itu dirobohkan untuk dibuat projek pembangunan.


Ini ekoran dari tindakan pemilik tanah itu memberikan notis sehingga 30 November lepas agar ia dikosongkan untuk membolehkan tanah itu dimajukan.


Antara yang membantah kerajaan negeri itu adalah pemimpin Umno yang juga Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom.

(Gambar: Surau Al Hidayah pekan Rawang yang kini menjadi pertikaian)

Tanah itu kini dimiliki oleh SAP Holding bekas anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang telah dijual oleh kerajaan negeri kepada pihak swasta.


Mengikut rekod kerajaan negeri, saham SAP Holdings Sdn Bhd dijual oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) kepada syarikat persendirian pada tahun 2003.


Namun kini, Khir Toyo berkata, ia telah diluluskan sebelum tahun 2000 lagi.


SAP Holdings Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dimana pemegang-pemegang sahamnya adalah: Chew Ting Teck, Hung Te Hsin @ Ang Teck Thieng, Siaw Kwee Mow @ Sia Hock Chai, Sip Kew Yin, Tan Kok Yee, Tan Pang Kuan, Chow Soon Tat @ Chew Soon Tat, Chew Teng Meng @ Francis Chew, Chew Siew Ying and Dhew Teng Fook @ Chow Teng Fook.


Lembaga Pengarah SAP Holdings Berhad sekarang ialah Datuk Abu Bakar Mohd Amin, Norihan Mohd Bakri, Tan Kok Yee, Chong Fook Sin, chew Siew Ying dan Chew Ting Teck.


“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang. Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau.


Faekah menjelaskan, tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama satu lagi syarikat swasta Mahumas Sdn Bhd.


“Zainal sepatutnya selidik dahulu sebelum membuat tuduhan liar. SAP Holdings bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.


“Pada 2002, Kerajaan Negeri Umno-Barisan Nasional (BN) telah membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melepaskan saham kepada pihak swasta," tegasnya.


Namun begitu, kata Faekah, kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.

Omar menang, Ahmad Shah tumbang

Pemilihan CUEPACS : Omar Osman Kekal Presiden

KUALA LUMPUR 23 Dis. : Omar Osman diumumkan Presiden CUEPACS bagi sesi 2010/2013 pada pemilihannya hari ini selepas menewaskan pencabarnya, Ramli Omar, Presiden Kesatuan Kakitangan Am MARDI.

Omar mempertahankan jawatan itu untuk penggal kedua selepas memenanginya tanpa bertanding pada 2007.

Tiga tahun lalu Omar menang jawatan presiden tanpa cabaran.

Setiausaha Agung Ahmad Shah Mohd Zin gagal mengejut dalam usahanya mempertahankan jawatan itu. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Lok Yim Peng memperoleh 468 undi untuk mengambil alih jawatan itu.

Seorang lagi pencabar, Ku Azmi Ku Ibrahim, yang kali pertama bertanding jawatan setiausaha agung, mendapat 278 undi manakala Ahmad Shah menerima 263 undi.

Ramli berganding dengan Ahmad Shah yang mempertahankan jawatan setiausaha agung buat penggal ketiga.

Lok, yang turut dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), yang pemilihannya akan diadakan minggu depan.

Ini kali kedua wanita dipilih sebagai setiausaha agung Cuepacs.

Jawatan timbalan presiden pula dimenangi oleh Azih Muda dan Zainal Ismail.

Azih yang juga timbalan presiden semasa memperoleh undi tertinggi dan dijangka akan menggantikan Omar apabila beliau bersara tahun depan.

Tiga kerusi jawatan timbalan setiausaha agung dimenangi oleh Adnan Mat, Abd Rahman Norrdin dan Mohamad Baharom.

Jawatan setiausaha kewangan yang menyaksikan persaingan satu lawan satu dimenangi Ja'apar Mansor, yang menewaskan Samuel Devadasan.

Azhar Abdul Shukri menewaskan Hamzah Masri untuk menerajui jawatan timbalan setiausaha kewangan.

Tolak BN tertolaklah saman ekor

KASE Hantar Memo Kepada Agong Mohon Teliti Pindaan Akta Pengangkutan Jalan


KUALA LUMPUR 23 Dis.: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang dipimpin Pakatan Rakyat menganggap pindaaan Akta Pengangkutan Jalan 2010 sebagai percubaan kerajaan untuk menswastakan saman ekor.

Pengerusinya Datuk Mahfuz Omar mendedahkan bahawa Sistem Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang mengeluarkan saman menerusi kamera berkomputer bukanlah dikawal oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mahupun Polis tetapi pihak ketiga.

Mahfuz kemudiannya memberitahu kedua syarikat berkenaan ialah Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle Sdn Bhd.

Malah syarikat tersebut bakal menerima 'komisyen' dengan saman yang dikeluarkan mengikut modul simulasi kewangan yang dinyatakan Timbalan Menteri Pengangkutan.

Mahfuz bersama Wakil Rakyat Pakatan Rakyat dan KASE hari ini menghantar memorandum kepada Agong meminta Baginda meneliti dan tidak mempersetujui Pindaan Akta Pengangkutan Jalan ini.

Turut bersama beliau ialah Timbalan Pengerusi KASE dan Adun Paroi Taufek Ghani, Ahli Parlimen Kubang Kerian Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Baling Taib Azamudeen, Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin, Peguam KASE Zulhazmi Syarif dan Hairul Alias serta Pegawai Khas Parlimen PAS Wan Johari Wan Jaafar.

Menteri mana rogol amah Indonesia?

WikiLeaks Dedah Menteri M'sia Rogol Amah Indo


KL, 23 Dis 10: Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan. Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat. Kini, bekas menteri itu kembali aktif apabila dilantik sebagai seorang pengerusi kepada sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini. Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya. Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya. (AK)

PR fikir masa depan anak cucu. BN tak kira masa depan ,yang penting kroni untung

Kerajaan Pakatan Rakyat Prihatin Perubahan Iklim Global

SHAH ALAM 23 Dis. : Kerajaan Selangor bersama-sama kerajaan negeri dan daerah dari serata dunia menandatangani persetujuan mempertingkatkan usaha bersama menangani pengeluaran gas rumah hijau, menggalakkan penggunaan tenaga dengan lebih cekap sambil menjana tenaga dari sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Melalui perjumpaan di Cancun Mexico untuk 'Climate Leaders Summit' sempena perbincangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang telah menandatangani perjanjian tersebut.

Ketika kerajaan-kerajaan peringkat negara gagal mencari persetujuan dalam usaha menangani perubahan iklim, kerajaan-kerajaan negeri dan daerah telah mengambil inisiatif melawani krisis ini.

Malah kedua-dua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) ini merupakan kerajaan pertama di Asia yang menyertainya.

"Perubahan iklim akan membawa kesan terhadap pertanian, sumber air, kestabilan cuaca, keselamatan persisiran pantai dan kualiti hidup kita semua," jelas Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.

Walaupun pada tahun lalu di persidangan iklim Compenhagen, Perdana Menteri menyuarakan janji-janji bagi mengurangkan gas rumah hijau sebanyak 40 peratus pada tahun 2020, tetapi di Malaysia belum dilihat sebarang tindakan diambil.

"Malah kekeliruan Perdana Menteri adalah rancangan untuk memaksa penggunaan nuklear walaupun dibantah oleh rakyat Malaysia kerana ini akan mengakibatkan bencana ekonomi dan alam sekitar," kata Adun Bukit Lanjan itu.

Pada 2011 kerajaan Selangor merancang menambah usaha untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai perubahan iklim serta menggalakkan rakyat dan pihak bisnes untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

Satu kepala mana nak mengaku

APCO Mungkin Ditekan Nafi Terlibat Kempen 1Isreael,Dakwa PKR


KUALA LUMPUR 23 Dis. : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa pentadbiran Najib telah mengenakan tekanan ke atas firma perhubungan awam APCO Worldwide agar menafikan pembabitannya dalam kempen One Israel bekas perdana menteri Ehud Barak.

Lapor portal The Malaysian Insider ,malah komponen Pakatan Rakyat itu juga mempersoalkan kesahihan "bukti" yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Nazri Aziz semalam - dua dokumen penafian daripada APCO dan konsultan politik Amerika berhubung dakwaan pembabitan mereka dalam kempen One Israel.

Kedua-dua dokumen itu menafikan dakwaan bahawa APCO ada hubungan dengan One Israel, yang didakwa mirip gagasan 1 Malaysia, yang dibawa Datuk Seri Najib Razak. Barak memperkenalkan kempen One Israel 11 tahun lalu.

"Bukankah tidak mustahil bagi kerajaan (Malaysia) untuk mendapatkan APCO, yang dibayar (fi) RM77 juta, datang dengan penafian yang ia terlibat dalam kempen One Israel. Dan, mengapa lambat (keluarkan) respons?

"Anwar telah membawa isu APCO-One Israel sejak bulan Mac (lalu). Sudah lapan bulan. (Tempoh) lapan bulan masa yang terlalu lama, digunakan untuk menjawab dakwaan dibawa Anwar.

"Jika soal menyangkal dakwaan kaitan pentadbiran Najib dengan One Israel sesuatu yang perlu disegerakan, mengapa tunggu sehingga Disember untuk mendapatkan surat Robert Shrum?" kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam responsnya, Saifuddin berkata, Nazri sewajarnya telah membentangkan bukti baru itu ketika sesi Parlimen yang berakhir minggu lalu, bukannya diedarkan menerusi media semalam.

Sesi Dewan Rakyat berakhir Khamis lalu, pada hari Anwar dan tiga ahli Parlimen Pakatan yang lain turut dikenakan hukuman penggantungan enam bulan.

"Cabaran Nazri kepada Anwar kini sudah jadi akademik. Saya tidak melihat apa-apa poin. Anwar sudah pun digantung daripada Parlimen," katanya lagi.

"Saya cabar Nazri, daripada mencabar Anwar, tunjukkan dokumen-dokumen itu di Parlimen," kata beliau lagi.

Malah Ahli Parlimen Machang ini juga menafikan dakwaan Nazri bahawa Anwar telah diberi peluang untuk mempertahankan dirinya. Sebaliknya menurut beliau, Anwar telah dinafikan hak untuk berbuat demikian.

"Benar, Anwar telah dibenar untuk membela diri, tetapi itu hanya di peringkat awal sebelum Nazri membawa usul untuk menggantung Anwar.

"Apa yang perlu ditekankan ialah beliau tidak pernah diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," katanya lagi.

"Jika Nazri serius mengenai soal ini, beliau seharusnya telah membentangkan bukti ini kepada jawatankuasa dan biarkan Anwar juga membuktikannya.

"Tetapi perkara ini tidak berlaku, adakah ia berlaku? Anwar ada bukti, percaya saya. Beliau menunggu sejak hari pertama untuk menunjukkan bukti itu," kata Saifuddin.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau.

Semalam Nazri dipetik sebagai berkata, kandungan surat yang dihantar oleh firma APCO Wolrdwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijadikan asas untuk menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.

Katanya, dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1 Malaysia, sekali gus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan.

"Jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam Dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu," katanya.

Beliau mengulas mengenai penggantungan Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1 Malaysia dengan "One Israel".

Nazri berkata beliau menerima akuan bersumpah daripada Shrum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Barak.

Nazri berkata, dalam akuan bersumpah itu, Shrum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan penglibatan APCO sekali gus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen "One Israel".

Nazri juga menafikan dakwaan kononnya Anwar tidak diberi hak untuk membela diri dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1 Malaysia dengan One Israel.

Katanya Anwar telah beberapa kali diberi peluang itu sejak beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan pada persidangan Dewan

Rakyat pada Mac lepas, namun tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya terus mengaitkan konsep 1 Malaysia dengan One Israel.

"Dia diberi hak untuk membela diri pada 22 April lalu iaitu hari yang saya bentang usul untuk merujuk dia ke jawatankuasa, sebelum kita mahu luluskan usul itu dia telah diberi hak untuk bela diri.

"Sebelum itu pun pada 17 Mac selepas dia buat kenyataan itu kita bagi dia seminggu untuk membela diri dan menarik balik kenyataan dia tapi dia pilih untuk serang kita lagi tanpa beri bukti-bukti," katanya.

Takut hilang kuasa : Pemimpin Umno gelabah tak boleh bertenang

Beri PR Perintah, Baru Buat Tuduhan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimLB7JTm_IAc_UtW3fMPnVLunY92gs7X6p_jVpWQj3jNUfiiSEATFOknR3dj7fu3tTA9qMErIEHSCmgPf8VVQuG1X9jij962OwGqYMH9sv7uHlYaat742HwSWfkKrunRwub7zautdNdsIi/s400/ust+Idris+Ahmad.jpg
PAS menasihatkan pemimpin umno Bn supaya bertenang dan rasional sebelum membuat tuduhan mengatakan janji 100 hari adalah pembohong besar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.

Pakatan Rakyat belum lagi memerintah negara ini, sedangkan BN sudah 53 tahun memerintah Malaysia. Beri kami perintah dulu, kemudian baru nilai prestasi dan banding dengan pemerintahan BN.

Macam mana seorang Timbalan Perdana Menteri bercakap dengan penuh emosi seolah-olah takut dengan bayang-bayang kekalahan yang akan dihakim oleh rakyat dalam PRU akan datang.

Sebenarnya yang banyak berbohong ialah pemimpin umno yang memberi rakyat dengan berbagai slogan pelali, berbagai-bagai jenama untuk melekakan rakyat.

Antaranya rakyat didahulukan apa yang berlaku ialah rakyat yang kena dulu, tradisi membela rakyat apa yang berlaku ialah tradisi menindas rakyat, pencapaian yang diutamakan apa yang berlaku ialah pemimpin diutamakan.

Bergegar dengan slogan transformasi apa yang berlaku ialah negara dilanda inflasi sehingga rendahnya kuasa membeli.

Tan Sri Muhyidin juga mengatakan janji 100 hari menyebabkan negara akan bankrap. PAS hendak mengigatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin anak Pak Kiai Muar jangan membayangkan cara pemerintahan PR sama seperti cara BN menguruskan negara ini.

Telahan bankrap datang daripada Datuk Seri Idris Jala Menteri Jabatan Perdana Menteri, yang mengatakan negara akan bankrap pada 2019, yakni bankrap dulu, baru negara maju pada tahun 2020.

UST. IDRIS AHMAD

Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS Johor sudah bersedia

http://buletinonline.net/images/stories/berita36/maazlanaliman.jpgPengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman memberitahu seluruh jentera di peringkat negeri Johor akan bermula berkampung secara rasmi di Tenang pada 25 Disember ini.

Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor berkata, jentera pembantu dari luar dijangka tiba bermula 31 Disember ini bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) itu juga berkata, beliau telah mengerahkan jentera NGO itu membantu PAS dan memainkan peranan penting dalam pilihanraya kecil tersebut.

Menurut rekod, kempen kesedaran dari ANAK dan Pakatan Rakyat telah menyaksikan 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Felda Raja Alias memfailkan saman RM200 juta terhadap Felda, selepas mendapati badan itu telah menipu hasil perahan minyak.

Mengenai persiapan menghadapi PRK Tenang, beliau memaklumkan, jawatankuasa operasi pilihanraya kecil peringkat negeri telah ditubuhkan bagi merangkapersiapan dari segi logistik, penginapan dan kempen.

"Mula berkampung secara rasmi dipilihan raya kecil tenang ini bermula daripada 25hb ini, seluruh jentera kita di peringkat negeri johor,kawasan-kawasan telah mula berkampung," kata Mazlan.

Ketika ditanya mengenai tumpuan kempen pula, undi dari pemuda-pemuda felda dijangka menjadi fokus Barisan Nasional kerana jumlah yang lebihbesar berbanding peneroka-peneroka yang sedia ada.

"kita menjangkakan kali ini persaingan sengit untuk mendapatkan pengundi di kalangan orang muda, generasi muda kedua atau ketiga,mereka ini jumlahnya lebih besar daripada pengundi peneroka yang ada," ujarnya.

Kerusi Dun Tenang kosong setelah penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah danpenyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Bekas Ketua Umno Bahagian Labis sejak 2001 itu mula dipilih Adun Tenang pada pilihan raya ke-11 tahun 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008, menewaskan calon PAS Md Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata gerak-kerja PAS telah dikerah dan sedang aktif bergerak di kawasan-kawasan sasaran. Calon yang dipilih bagaimanapun tidak akan diumumkan sehingga tarikh pilihanraya diumum pihak Suruhanjaya Pilihanraya.

"PAS akan tunggu pengumuman sebelum mengumumkan nama calon, dan bila jentera akan digemblengkan sepenuhnya," katanya.

Umno gelabah : Semakin ramai peneroka sokong ANAK

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Kira-kira 1,000 peneroka menghadiri taklimat saman Felda yang dikendalikan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) 17 Disember lalu di Darul Ikhwan, Mengkarak dalam daerah Bera.

Taklimat itu dibuat dalam tempoh kurang tiga minggu sebelum saman dimulakan secara besar-besaran sekiranya permasalahan peneroka yang dibangkitkan tidak diselesaikan.

Dalam taklimat tersebut para peneroka yang datang daripada Felda dalam negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Johor itu diberi pendedahan pelbagai aspek berhubung tindakan untuk menyaman Felda oleh peguam khas yang disediakan oleh Anak sebelum tindakan itu diambil kelak.

Antaranya peneroka dimaklumkan mengenai kejayaan dua kes mahkamah yang dibawa oleh peneroka ke atas Felda melibatkan peneroka Felda Sungai Koyan, Pahang dan peneroka Felda Kemahang, Kelantan.

Taklimat kepada peneroka di Bera itu merupakan siri pertama kempen Anak supaya para peneroka bangun menyaman Felda sekiranya beberapa tuntutan dari peneroka tidak dipenuhi oleh agensi itu iaitu berkaitan ketidakadilan agensi tersebut memulangkan wang tabung tanam semula (TTS) dan penipuan kadar perahan gred (KPG) sawit.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, saman tersebut akan dimulakan Januari ini jika isu-isu yang melibatkan kepentingan peneroka itu tidak diselesaikan segera.


Mazlan menjelaskan saman tersebut terpaksa diambil demi maruah peneroka sebagai tuan tanah di Felda.


“Peneroka dilayan dengan buruk seperti hamba di tanah rancangan. Pentadbiran Felda dengan mudah menghamburkan kata-kata kesat, mengherdik seolah-olah peneroka ini tidak ada nilai sedangkan mereka bekerja di tanah sendiri.


“Saya bagi contoh bagaimana Felda mempermainkan peneroka di mana mereka pertahankan pokok kelapa sawit tua untuk sumber pendapatan. Apabila Felda kata tebang pokok tua baru dibayar balik wang TTS, walaupun tak setuju tapi sebab nak dapatkan balik duit mereka RM17,000 mereka tebang. Tapi dah 8 tahun, Felda tak bayar juga.


“Lebih buruk lagi baru-baru ini diedarkan borang untuk ditandatangani peneroka minta peneroka terima RM12,000 sahaja. Habis mana RM5,000 lagi? Ada pegawai Felda kata, awak (peneroka) dapat RM12,000 pun dah bagus. Inilah hinanya nilai peneroka sehingga dipermainkan. Sedangkan wang itu dipotong daripada hasil titik peluh peneroka,” jelasnya.


Tambah Mazlan, permasalahan wang TTS ini sangat bertentangan dengan pengakuan Datuk Ahmad Maslan selepas 10 peneroka Felda Sungai Koyan menang saman Felda dulu.


Ahmad Maslan pernah berkata tidak ada gunanya peneroka bertindak menyaman kerana Felda memang mahu membayar wang TTS.

Tetapi kata Mazlan, sesudah Anak membuat bancian, masih terdapat tidak kurang 8,000 peneroka tanam sendiri yang belum dibayar wang TTS. Sedangkan mereka sudah 20 tahun mencarum dan ada yang sudah 35 tahun menunggu masih belum dapat juga.

Sementara itu, mengenai KPG pula Mazlan berkata Felda ternyata menipu jutaan ringgit wang peneroka melalui pembayaran kadar perahan sawit yang tidak tepat.

“Saya telah melihat kepada sampel 766 peneroka dari Felda Raja Alias dan Felda Sering dalam satu tahun saja mereka rugi hampir RM20,000 seorang. Contohnya buah yang masak apabila dihantar ke sebuah makmal menunjukkan KPG 25.7%, sedangkan kilang Felda hanya membayar hanya 18%. Bayangkan dengan harga menjangkau RM800 setan sekarang.


“Di seluruh negara ada 80,000 peneroka sawit. Jadi satu bulan saja peneroka sudah rugi berjuta ditipu Felda. Itulah sebabnya peneroka bergabung untuk saman Felda. Tapi kita cuba untuk berunding tapi Felda terlalu angkuh tak mahu berunding.


“Bulan ini jika tiada perkembangan daripada Felda, kita akan teruskan saman ini untuk menuntut hak kita dan inilah peluang yang dijamin dalam perlembagaan,” katanya.

Umno bergantung harap kepada Apco

Umno-BN Hanya Berselindung Surat Penafian APCO



SHAH ALAM 22 Dis. : Dokumen yang dijadikan perisai oleh Kerajaan Umno-BN mempertahankan hubungannya dengan Apco Worldwide hari ini hanyalah surat-surat penafian menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata dokumen yang ditunjukkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz tidak menafikan kesahihan kontrak antara Apco dan rejim Tel Aviv, mahupun Apco dan Kerajaan Malaysia.

Tian Chua berkata dokumen yang dihalang dari dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menampulkan butiran projek dan perkhidmatanyang Apco tawarkan kepada rejim Zionis Israel.

Mengapa Umno mengajak firma perunding berkaitan Zionis untuk menasihati kerajaan Malaysia mengundang seribu persoalan.

"Kita tunjuk dokumen yang mengandungi kontrak diantara Israel dengan Apco, kita juga tunjukkan dokumen ada pelbagai projek yang telah, di mana Apco memberi perkhidmatan kepada Israel dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan," katanya.

Nazri hari ini mengemukakan dua dokumen yang menurutnya menyanggah dakwaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bahawa Apco terbabit dalam konsep 1 Israel.

Kerajaan Malaysia juga berjaya mendapatkan bantuan penggubal konsep 1 Israel, Robert Shrum, untuk mengeluarkan kenyataan notari berkanun menafikan dakwaan Anwar itu.

"So inilah bukti yang kita tunjuk tapi APCO hanya tulis satu surat penafian, apa gunanya penafian, kita dah tunjuk ada perjanjian so kalau perjanjian itu palsu, dedahkanlah kata perjanjian itu palsu tapi sehingga sekarang Apco gagal menunjukkan bahawa apa yang kita kemukakan adalah kontrak yang palsu," katanya lagi.