Thursday, December 23, 2010

Brahim Ali bodek Umno lagi, harap dapat kerusi Tok Guru disuruh berhenti

Suara Katak - Nik Aziz digesa letak jawatan

PASIR MAS , 24 Dis. : Demi kepentingan rakyat, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan apabila keadaan kesihatannya yang sering terganggu di samping gagal membawa sebarang perubahan meskipun sudah mentadbir negeri ini selama 20 tahun.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Nik Aziz perlu berundur dan melepaskan jawatan agar rakyat tidak terus ditindas dengan kepincangan dalam pembangunan di negeri ini.

“Dia sudah mengaku tidak sihat dan hanya mentadbir melalui fikiran dengan memberikan arahan, justeru itu, bagi saya kalau sudah tidak upaya tidak perlulah mentadbir,” katanya kepada Sinar Harian, selepas menyampaikan sumbangan kepada 527 murid tahun enam yang cemerlang dalam UPSR, semalam.

Beliau berkata, Mursyidul Am PAS itu sehingga kini hanya menggunakan sentimen agama untuk meraih kepentingan politik dan pada masa yang sama telah mengkhianati orang Melayu dan Islam di negara ini.

Ibrahim berkata, Nik Aziz mencipta banyak alasan untuk kekal menjadi Menteri Besar kerana sudah merasa ‘seronok’ dengan kuasa di Kelantan.

“Kelantan ini sudah macam ‘Isketambola’atau negeri ‘go head go stand’ kerana sikap Nik Aziz yang gemar berubah-ubah.

“Saya ingat dahulu dia gesa Dr Mahathir berhenti dan menyatakan sedia mengikut jejak langkah jika Dr Mahathir berhenti, namun sudah hampir 10 tahun tiada sebarang tindakan diambil tetapi berkata beliau hanya akan berhenti jika pimpinan PAS yang mendesak,” katanya.

Beliau merasa amat kesal di atas tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak mengakui perjuangan Melayu biarpun ia untuk umat Islam dan tidak sekali-kali akan memohon maaf atas desakan tersebut.

Menurutnya, terlalu banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan PAS Kelantan tetapi mereka menggunakan Islam untuk menutup kegagalan itu.SH

Komen : Tak sedar dia baru ja keluar wad..ada hati nak bertanding Parlimen Pasir Mas atas ihsan Umno

SPR balaci Umno : kerusi PR hari mengundi hari biasa bila kerusi BN hari mengundi hari cuti

PAS: Kita sedia kenal siapa SPR

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi PRK Dun Tenang, jelas memperlihatkan sikap 'double standard' suruhanjaya itu.

Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, SPR dilihat tidak konsisten apabila pada PRK Galas 4 November lalu, pengundian dibuat pada hari bukan cuti umum sehingga memaksa kerajaan negeri Kelantan pada waktu itu mengumumkan tarikh itu sebagai cuti peristiwa.

Katanya, apabila berdepan PRK di kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja, sedangkan apabila di kerusi BN, tindakan sebaliknya dilakukan SPR.

"Kita dapat melihat dengan jelas perbezaan ini dan ini bukannya pelik dalam negara kita ini.

"Kita kenal siapa SPR ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

SPR hari ini mengumumkan tarikh PRK Dun Tenang, Johor pada 30 Januari tahun depan manakala penamaan calon pula pada 22 Januari.

Walaupun berdepan situasi itu, Nasharuddin mahu jentera PAS berkerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon PAS yang akan bertanding kelak.

Kepada jentera yang sudah mula menjalankan tugas, beliau mahu semua tenaga kerja yang ada dimobilisasi pada tahap terbaik berdepan Umno BN.

"Bagi kita cuti ke tak cuti ke, kita tetap masuk dengan niat untuk menang dengan memberi tentangan sehebat mungkin kepada lawan kita, BN," katanya lagi.

Beliau juga optimis PAS berpotensi menang apabila pada pilihan raya umum lalu mereka dapat mengurangkan majoriti kepada 2,492 undi berbanding sebelumnya.

"Kejayaan mengurangkan majoriti pada PRU lalu akan menjadi perangsang kepada PAS untuk menambah satu lagi kerusi di Johor nanti," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan PAS akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan isu PRK Tenang termasuk soal pemilihan calon.

PAPA GOMO si tukang fitnah bakal disaman

Zina: PAS Kelantan kaji tindakan undang-undang

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/22feb/dr_fadzli_hassan.jpgKOTA BHARU, 24 Dis: PAS Kelantan sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web, blog dan individu yang menyebar dan terlibat dalam penyebaran fitnah terhadap Adun Selising, demikian dijelaskan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Muhammad Fadzli Hassan.

Beliau berkata tindakan pihak yang menyebarkan fitnah tersebut merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan seharusnya diambil tindakan.

“Kita sedar, PRU sudah semakin hampir dan dengan kemudahan internet serta teknologi moden, pihak yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan bahan ini untuk membuat dan menyebarkan fitnah kepada kita dan ia akan dipantau”ujar beliau.

Dr.Muhammad Fadzli juga berkata umno-BN kini sudah tidak mampu untuk berlawan secara ideologi maka kaedah fitnah melalui “ Character assassination” digunakan.

Menurut beliau lagi pelbagai fitnah dilemparkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anuwar Ibrahim dan kini PAS juga telah dijadikan mangsa fitnah mereka.

“PAS ingin mengingatkan rakyat agar tidak mudah termakan fitnah yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab”Kata beliau lagi.

Semalam Harakahdaily melaporkan cabaran yang dibuat oleh Adun Selising Drs.Saipul Bahrin Mohamad terhadap mana-manap pihak yang menyebarkan fitnah membawa bukti dalam kes “berzina” tersebut

Forum Polemik Ketuanan Melayu

Forum 'ketuanan Melayu' tetap diteruskan

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Ketua Penerangan DPPP, Suhaizan Kaiat berkata, forum yang dijadual berlangsung jam 9 malam, 26 Disember ini tidak boleh dibatalkan memandangkan segala persiapan telah dibuat dan memasuki fasa terakhir.

Ianya termasuk tempahan tempat, peniaga gerai, tetamu undangan dan panel forum yang kesemuanya sudah mengesahkan kehadiran.

"Kita akui berdepan resiko jumlah kehadiran kerana bertembung dengan perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia.

"Tapi kita tetap kan teruskan kerana segala persiapan kita telah buat dan kita yakin ramai juga akan hadir untuk mendengar isu ini," katanya yang juga moderator forum berkenaan.

Forum yang akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang, Kajang, Selangor itu akan mebariskan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Naib Ketua DPPP Ahmad Sabky Yusof, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Bin Abdul Karim dan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu & Bumiputra (MPM), Dr Hasan Mad.

"Kita memang tidak boleh tangguh lagi kerana akan datang ni kita akan sibuk untuk persiapan Pilihan Raya Kecil Tenang pula," katanya lagi.

Forum tersebut diadakan bertujuan untuk memberi ruang kepada NGO dan parti politik merungkai masalah yang berlaku sekaligus mencari formula bagaimana polemik ketuanan Melayu boleh diselesaikan.

Namun begitu, forum tersebut bertembung dengan perlawaan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dengan Indonesia yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dan akan disiarkan secara langsung melalui melalui televisyen.

Ianya sekaligus mengheret penganjur berdepan resiko kehadiran sekaligus mampu menjejaskan matlamat penganjuran.

Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 2-0.

Pertandingan akhir pusingan kedua akan berlangsung di Jakarta pada Rabu depan. Biarpun bertembung dengan perlawaan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dengan Indonesia, forum 'Polemik Ketuanan Melayu' anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) tetap akan diteruskan.

Rancangan Umno BN tak menjadi, makan diri

Isu APCO : BN Mahu 'Bunuh' Karekter Anwar


KUALA LUMPUR 24 Dis. : Tindakan pentadbiran Najib Razak mendedahkan dua dokumen semata-mata mahu memastikan bukti tersebut "membunuh" karakter Anwar Ibrahim sebagai tokoh politik negara.

Menurut Anwar, tindakan Umno-Barisan Nasional (BN), yang disifatkannya sebagai "hipokrasi" mereka, telah dirancang untuk mendedahkan dua dokumen itu supaya dapat dimainkan oleh media negara ini.

"Tindakan Umno-BN mendedahkan dua dokumen tidak lebih daripada usaha agar media memainkan isu itu bagi memastikan tiada penelitian 'bukti' itu yang ia dakwa milik.

"Sesiapa yang sudah biasa dengan Umno-BN dalam merancang kempen mencemarkan nama baik sering melibatkan pengeluaran 'bukti-bukti palsu', yang secara semula jadi akan jadi percubaan terakhir oleh media.

"Akhirnya, persoalan dasar kembali semula kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kenapa beliau mengelak?" kata beliau dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Laporan itu menyebut, APCO Worldwide mempunyai seorang pegawai dalam pejabat Najib sejak dari awal pentadbirannya dan pakar-pakar perhubungan awam dari Amerika Syarikat juga turut membantu Najib merancang strategi 100 hari - ia termasuk konsep 1 Malaysia dan juga platform utama dalam pentadbiran Najib selaku Perdana Menteri.

"Jika ini benar, Perdana Menteri kemudiannya perlu bersedia untuk menjelaskan isu utama yang lain - sikap tidak bertanggungjawab dalam menggunakan wang cukai rakyat untuk mengupah sebuah syarikat untuk partinya, terutama dengan seorang yang dipersoalkan 'track rekod' yang menggadai keselamatan negara," kata Anwar yang minggu lalu digantung selama enam bulan apabila mendakwa APCO Worldwide, yang berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia, turut dikaitkan dengan One Israel.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan dua dokumen bagi membuktikan Anwar berbohong apabila mendakwa APCO Worldwide berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia, yang turut dikaitkan dengan One Israel.

Dokumen pertama ialah surat daripada APCO yang membawa kepada penggantungan Anwar dari Parlimen selama enam bulan manakala dokumen kedua pula kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, konsultan politik, yang membantu menggubal konsep One Israel.

Kedua-dua dokumen itu menafikan APCO ada hubungan dengan kempen One Israel Tel Aviv yang diperkenalkan 11 tahun yang lalu.

Surat APCO menyebut bahawa firma konsultan perhubungan awam itu dilantik oleh pentadbiran Najib untuk menyediakan sokongan komunikasi sahaja dan tiada apa-apa kaitan dengan soal kempen.

Malah katanya, APCO hanya menyediakan khidmat kepada kerajaan Israel dua kali iaitu kali pertama untuk menguruskan persidangan perdagangan dua hari di Washington, DC pada 1987 dan sekali lagi pada 1992 apabila ia mengendalikan kerja-kerja perhubungan awam untuk memperkukuhkan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Israel.

Selain Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) turut digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan hari ini, Anwar juga berkata terdapat banyak aspek yang secara jelas mengesahkan penglibatan APCO Worldwide dalam pentadbiran negara termasuk dalam menyekat hak asasi manusia dan ruang demokrasi yang ada.

"YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) telah menulis dengan terperinci menerusi dua artikel iaitu 'APCO: Askar Upahan Yang Kami Percaya' dan 'APCO dan Najib: Di bawah Pengaruh PR'. Kedua-kedua artikel ini menunjukkan kerjasama APCO dan rejim-rejim yang dianggap boleh memberikan kesan terhadap demokrasi dan kepentingan awam.

"Maka, isu ini tidak timbul dengan persoalan yang mudah melalui gagasan 1 Malaysia. Ia disebabkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan dalam menguruskan perbelanjaan wang rakyat (bayar RM77 juta setahun untuk kos perkhidmatan) untuk mendapatkan khidmtan sebuah syarikat perunding imej.

"Lebih penting, sikap kurang tanggungjawab Perdana Menteri ini seolah-olah tidak mempedulikan risiko keselamatan yang bakal diterima kemudian," kata beliau yang juga Penasihat PKR.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu juga mendakwa Umno-BN sudah merancang sejak dari awal untuk menggantung Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

"Malangnya, Umno-BN tidak pernah bersedia untuk berhadapan dua isu kritikal ini. Ia dilihat bertindak untuk 'membunuh' sejak dari awal lagi yang mana kemuncaknya adalah penggantungan empat ahli Dewan Rakyat baru-baru ini. Ia bertindak di luar norma biasa dan etika termasuk proses biasa membenarkan mana-mana tertuduh membentangkan atau berhujah sebelum keputusan dibuat.

"Faktanya saya tidak dibenarkan untuk membentangkan bukti-bukti kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang menjelaskan Perdana Menteri akan mengelak daripada bercakap soal isu-isu dasar kebertanggungjawaban dan kecuaian dalam mendapatkan khidmat APCO.

"Akhirnya, Umno-BN buat kali pertama dalam sejarah Dewan Rakyat apabila merancang penggantungan kami tanpa membenarkan kami membuat penjelasan berhubung surat penafian daripad APCO," katanya.

Umno gelabah : PR tidak janji kosong

Royalti Minyak 20 Peratus, Janji PR Punyai Asas Kukuh


KUALA LUMPUR 24 Dis. : Janji Pakatan Rakyat untuk memberikan royalti petroleum 20 peratus kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak di tanah air bukanlah kosong, sebaliknya ia mempunyai asas-asas kukuh yang boleh dipegang teguh oleh segenap lapisan masyarakat.

Para pemimpin Pakatan Rakyat bukan sahaja terdiri daripada mereka yang amanah, tetapi juga cerdik, bertanggungjawab, sentiasa ingat kepada janji-janjinya kepada rakyat, sejajar dengan dasar parti yang sememangnya ingin melakukan kebajikan kepada orang ramai.

Lapor portal Harakah Daily Online , Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, lebih jauh dari itu, di dalam Pakatan juga sudah terdapat seorang pemimpin yang sudah berpengalaman sebagai bekas Menteri Kewangan, iaitu Ketua Umum PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sememangnya boleh dijadikan rujukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat lain dalam pelbagai aspek, termasuk perkara-perkara berkaitan kewangan atau ekonomi.

Menurut beliau, oleh itu, sekiranya janji itu keluar dari mulut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, ia tentunya boleh dipegang kerana ia dibuat setelah diadakan perbincangan mendalam dan persetujuan daripada kesemua kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Dr Seri Anwar sendiri.

"Tambahan pula, Ustaz Nasharudin sendiri bukanlah sembarangan orang. Beliau seorang peguam, terpelajar, amanah dan bertanggungjawab. Sebelum mengeluarkan janji seperti itu, beliau sendiri sudah tahu kesannya termasuk dari segi undang-undang. Jadi, janjinya tentulah berasas.

"Selain itu, rakyat sendiri boleh menilainya dengan lebih jauh. Ia dibuat setelah dipertimbangkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dari segenap segi, termasuk dari segi kemampuan kewangan negara dan potensi hasil petroleum itu sendiri," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas janji yang dibuat oleh Ustaz Nasharudin ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, 19 Disember lalu.

Di dalam ucapannya itu, Ustaz Nasharudin menyebut, sekiranya berjaya memerintah negara nanti, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memberikan royalti petroleum sebanyak 20 peratus kepada kerajaan negeri terbabit bagi membasmi kemiskinan.

"Perjuangan kita bukan untuk negeri Kelantan sahaja yang sedang kita perintah, perjuangan kita bukan untuk negeri Terengganu sahaja yang kita perintah, tetapi perjuangan kita untuk menjamin royalti 20 peratus petroleum kepada kerajaan negeri ini termasuk Sabah dan Sarawak yang bakal kita perintah," katanya.

Sebelum itu, beliau turut menyentuh mengenai isu percukaian dengan menegaskan Kerajaan Pakatan Rakyat turut berjanji akan memulangkan semula sebahagian kutipan cukai daripada setiap negeri kepada negeri-negeri terbabit berdasarkan pengagihan yang adil.

Bajet-bajet negeri, katanya, hanya pada kadar 10 peratus daripada Kerajaan Persekutuan, tetapi hasilan daripada pendapatan cukai negeri-negeri yang diberikan semula kepada negeri-negeri dalam bentuk geran Persekutuan tidak lebih 5 peratus.

Menurut beliau, sekiranya diberikan mandat memerintah, Pakatan Rakyat turut bercadang untuk mengubah status Dewan Negara yang kini hanya disifatkan sebagai dewan 'rubber stamp' sahaja kepada Dewan Rakyat kepada dewan yang turut berfungsi sebagai dewan yang turut mendengar suara rakyat seperti juga Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, peruntukan bagi jumlah senator akan turut ditambah kepada jumlah yang munasabah dengan perlantikan senator daripada kerajaan negeri melebihi lantikan Kerajaan Pusat, berbanding kini sebanyak 26 orang daripada kerajaan negeri dan 44 orang daripada Kerajaan Pusat.

Beliau turut menyebut program setelah 100 hari pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan dapat dilihat hasilnya oleh seluruh rakyat negara ini iaitu:

Mewujudkan persefahaman dari segi gerak kerja politik antara negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, melaksanakan kerjasama ekonomi antara negeri-negeri Pakatan Rakyat, mengubah fungsi perlembagaan yang melibatkan wilayah-wilayah (negeri-negeri) dengan setiap wilayah akan mempunyai kuasa autonominya yang tersendiri yang tidak akan diceroboh oleh Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan turut melaksanakan formula geran pembangunan dan bersamaan berasaskan jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kos pelajaran, kos pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar perkapita bagi memastikan negeri-negeri miskin tidak ketinggalan.

Kerajaan Pakatan Rakyat juga akan turut mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri. Contohnya, hak rundingan saksama dalam menentukan rangka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.

Terdahulu dari itu, beliau turut menyuarakan kekesalannya berhubung tindakan-tindakan Barisan Nasional yang jelas melanggar sistem federalisme dengan melakukan pelbagai penyelewengan termasuk di Parlimen, pengagihan peruntukan ekonomi kepada rakyat dan penafian hak rakyat terutama kepada para pemimpin dan penyokong PAS, PKR dan DAP.

Beliau memberikan jaminan sekiranya Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, semua itu tidak akan berlaku, malah akan terus diperbaiki bagi membolehkan semua rakyat menerima hak masing-masing seperti yang telah diperuntukkan menerusi peruntukan undang-undang.

Mengulas perkara itu dengan lebih jauh, Ustaz Abdul Ghani berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah kerajaan yang boros seperti BN. Semua itu boleh dilihat oleh orang ramai menerusi sikap para pemimpin kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat sekarang termasuk Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang begitu bijak menguruskan wang rakyat.

"Sekiranya para pemimpin Umno atau BN mengatakan kita hanya sekadar membuat janji kosong, mereka sendiri perlulah sedar perkara itu. Yang membuat janji kosong bukannya para pemimpin Pakatan Rakyat, tetapi para pemimpin Umno atau BN sendiri.

"Pembohongan para pemimpin Umno atau BN antara lain boleh dirujuk kepada slogan 1Malaysia yang diperkatakan oleh mereka dengan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', tetapi yang didahulukan dan diutamakan oleh mereka bukannya rakyat, sebaliknya mereka sendiri," katanya.

Perkara itu antara lain boleh dirujuk kepada sikap para pemimpin Umno atau BN dalam isu air di Selangor. Ketika Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sedang berusaha untuk terus memberikan air percuma kepada rakyat, mereka pula yang mengganggunya sehingga memaksa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri turut berdemo bersama rakyat bagi membela dan menjaga kepentingan rakyat.

"Jadi, rakyat jangan sekali-kali terpengaruh dengan permainan politik kotor para pemimpin Umno BN itu. Kalau nak tahu kami boleh tunaikan janji atau tidak, berilah peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara ini dalam PRU Ke-13 nanti. Insya Allah semua janji pasti akan ditunaikan oleh kami," tegasnya.

Umno makin meroyan tengok berita ini

Merdeka Center: Pakatan Rakyat Berjaya Pertahan Selangor Dalam PRU-13


SHAH ALAM 23 Dis. : Selepas lebih dua tahun mentadbir Selangor, Pakatan Rakyat dijangka berjaya mempertahankan Selangor jika Pilihanraya Umum diadakan sekarang, menurut tinjauan terbaru Merdeka Center.

Kira-kira 57 peratus dari 1,214 responden percaya hala tuju pentadbiran Selangor oleh Pakatan Rakyat adalah tepat, manakala hanya 28 peratus berpendapat sebaliknya.

Sokongan dari masyarakat Cina kekal 53 peratus, manakala sokongan darimasyarakat India meningkat dari 63 peratus kepada 72 peratus.

Menurut Merdeka Center, sokongan kaum Melayu adalah pada tahap 55 peratus.

Sementara itu, 67 peratus responden berpuas hati dengan prestasikerajaan negeri Selangor, manakala 55 peratus yakin atau sangat yakindengan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Angka ini jauh mengatasi 22 peratus responden yang berpendapat sebaliknya.

Tinjauan ini dijalankan atas permintaan Kerajaan Negeri Selangor,melibatkan pengundi berumur 21 ke atas melalui temubual telefon dari 27Julai hingga 23 Ogos.

Tinjauan yang sama juga mendapati Perdana Menteri Najib Abdul Razakterus menghampakan pengundi-pengundi Selangor.

Kira-kira 49 peratus percaya rasuah di peringkat kerajaan persekutuanterus meningkat manakala 15 peratus percaya tidak ada perubahan sejak Najib mengambil-alih kuasa.

Harga susu naik, harga minuman pasti naik

Kesal kerajaan lepas tangan

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/IMG_1467-1.jpg?t=1290752572PARIT BUNTAR, 24 Dis. : PAS Parit Buntar kesal dengan sikap kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan [ KPDNKK ] yang berlepas tangan dengan menyatakan kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga susu di negara ini rentetan harganya meningkat di pasaran dunia.

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, kenaikan harga susu ini akan menambah derita rakyat dan memberi tekanan berterusan dengan kenaikan harga barang lain sebelum ini.

“ PAS Parit Buntar membantah kenaikan harga untuk susu tin 400 gm dan 500 gm ini kerana kesannya diterima oleh rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah.

“ Pada bulan April lalu harga susu telah naik 5 sen, kemudian susu dinaikkan lagi 10 sen pada Oktober lepas. Mulai 1 Januari depan harga tersebut meningkat sebanyak 30 sen lagi”katanya

Fakhrurrazi berkata, sebelum ini rakyat dibebankan dengan harga minyak yang menerima kenaikan sebanyak 4 kali dalam tahun 2010.

“ Itu sahaja sudah cukup membebankan rakyat, dan kini asakan tersebut sekali lagi diteruskan dengan peningkatan harga susu pula.

“ Percayalah harga minuman juga akan naik awal tahun depan ekoran kenaikan harga susu. Ia adalah reaksi berantai berikutan kenaikan harga bagi lain-lain barangan” katanya

Menurutnya, helah kerajaan terhadap rakyat berikutan kenaikan harga susu dengan menyatakan bahawa mereka tiada kuasa untuk menghalang kenaikan harga bahan mentah tersebut merupakan alasan untuk menutup isu sebenar iaitu BN hilang kredibiliti memerintah negara.

“ Susu mentah keluaran tempatan tidak diurus dan dikendali dengan baik oleh kerajaan, Kerajaan terlalu bergantung kepada susu mentah yang diimport menyebabkan produk tenusu tempatan tidak mampu menampung keperluan rakyat.

“ Sekarang terbukti BN memang sudah hilang upaya memerintah negara. Rakyat sepatutnya melihat isu ini dari perspektif kemampuan jangka masa pendek dan jangka masa panjang BN yang sudah tidak kemampuan mentadbir “katanya

Indeks Demokrasi: Malaysia tercorot di belakang Namibia, Timor Leste

Sistem Demokrasi Malaysia Pincang- Wan Saiful

SHAH ALAM 23 Dis.: Laporan Economist Intelligence Unit meletakkan status Malaysia susut tangga ke 71 daripada 167 buah negara dalam indeks demokrasi 2010 berbanding tangga ke 68 pada 2008 memberi gambaran terdapat banyak ruang kepincangan dalam sistem demokrasi di Malaysia, ujar Wan Saiful Wan Jan.

Beliau yang juga Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) ini menunding kepada kelemahan kerajaan dalam melaksanakan demokrasi tulen terhadap institusi penting negera termasuk media.

Antara faktor yang dinyatakan dalam laporan tersebut termasuk penurunan peratusan dalam budaya politik dan kebebasan sivil.

"Walaupun kita mengatakan kita mengamalkan demokrasi tapi apa yang ditunjukkan dalam indeks ada lebih banyak kepincangan yang perlu diperbaiki. Seperti yang saya sebut tadi dari segi kebebasan media, dari segi fungsi institusi-institusi penting dalam negara. Seperti parlimen, kehakiman dan media yang tidak dikawal oleh eksekutif. Benda-benda ini kita lihat masih banyak berlaku di Malaysia.

"Ekonomi sepatutnya tidak dikawal oleh kerajaan. Perkara ini masih berlaku di Malaysia. Saya tidak terkejut sekiranya Malaysia mengaku sebuah negara demokrasi tetapi dari segi pengamalan itu banyak ketempangan," jelas beliau kepada Tv Selangor.

Menurutnya lagi, indeks yang disiarkan tidak mengambil kira kekecohan yang berlaku di parlimen baru-baru ini melibatkan pengantungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga Ahli Parlimen yang lain.

"Jadi saya rasa perkembangan terbaru Malaysia mungkin mereka tidak mengambil kira dalam indeks 2010. Tapi saya yakin indeks 2011 akan masuk semua perkara ini dan saya tidak terkejut tahun 2011 nanti akan turun lagi kita punya prestasi," tambahnya.

Berdasarkan laporan EIU itu lagi, Wan Saiful tidak menyangkal dua komen yang berkait langsung dengan faktor nilai psikologi masyarakat Malaysia yang terlalu tunduk kepada pemimpin terdahulu.

Tambahnya lagi, masyarakat harus mempunyai persepsi pandang ke hadapan bagi mengecapi nilai demokrasi tulen selain meninggalkan pengagungan nilai-nilai Asia sedangkan demokrasi adalah bersifat universal.

"Perkataan yang digunakan adalah nostalgia pemimpin lama dan ini bagi saya satu benda tidak sihat dan kita perlu lihat semula sekiranya kita mahu kedepan untuk jadi perkara yang betul-betul berteraskan demokrasi kita kena lihat kepimpinan yang melambangkan semangat sekarang dan bukan yang dulu," katanya lagi.

Akhirnya Wan Saiful menyimpulkan bahawa ada unsur hubungan terus kebebasan ekonomi dan kebebasan umum yang akan memberi kesan baik kepada kualiti demokrasi.

"Saya rasa kalau kita lihat dalam konteks itu, maka usaha untuk meliberasisikan ekonomi sebenarnya adalah jalan kedepan yang baik dan akhirnya akan memberi kesan semula kepada kualiti demokrasi," katanya.

Umno sangat terdesak selepas gantung Anwar

Surat Apco Gagal Yakinkan Rakyat



SHAH ALAM 23 Dis.: Pendedahan dua pucuk surat Apco oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz semalam tidak dapat menyakinkan masyarakat.

Malahan tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk menutup mulutnya daripada membuat pendedahan hubungan rapat syarikat perundingan dengan agensi perisikan dan keselamatan Israel.

Ahli Parlimen Subang R Sivarasa yang turut digantung berhubung dakwaan mendedahkan isi kandungan surat Apco berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil risiko dengan mengkompromikan keselamatan negara.

"Surat akuan ini konon dibuat oleh seseorang yang kita tidak tahu latarbelakangnya tapi ada beberapa kenyataan yang dibuat tetapi tidak kemukakan lebih awal.

"Apa yang lebih penting, kenapa mereka ini tidak dikemukakan sebagai saksi dan itu saya persoalkan dalam prosiding jawatankuasa apabila kami ditunjukkan surat bertarikh 19 Ogos daripada Apco.

"Saya kata ini surat, apa-apa pun boleh ditulis dan isu sama ia benar dan dipercayai atau tidak? ia merupakan isu lain dan keputusan itu boleh dibuat hanya selepas mendengar terus kenyataan daripada saksi itu," katanya.

Ujarnya, Umno-Barisan Nasional takut pendedahan yang akan dibuat oleh Anwar lalu mereka mahu memilih untuk menutup pendengaran tanpa mendengar saksi atau pun Ketua Pembangkang membela diri dan sekarang cuba keluarkan surat kononnya ia merupakan bukti.

"Pada saya ianya tidak menyakinkan sebab mana-mana pihak boleh tulis mana-mana surat dan ianya bukan susah.

"Ini kenyataan orang yang mempunyai kepentingan dan terlibat dengan Apco. Sebab itu, saya lihat apa yang Nazri ini seolah-olah Umno-BN dalam keadaan yang cukup terdesak selepas penggantungan Anwar dan kita semua untuk mempertahankan pendirian mereka," jelasnya.

Sivarasa berkata isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempunyai asas dengan merujuk kepada rencana yang bertarikh 8 Julai 2009 oleh portal berita themalaysianinsider di mana mereka menulis bahawa staf Apco diletakkan di dalam pejabat Najib dari awal pentadbirannya bermula 3 April 2009.

"Mereka sebut, Apco terlibat dalam pembuatan program 100 hari yang pertama termasuk mesej 1Malaysia. Lepas itu dia sebut juga, Apco akan dihadiahkan dengan kontrak lumayan yang akan diberikan tidak lama lagi. Kebetulan pada bulan Ogos, mereka diberikan kontrak besar iaitu sebanyak RM76 juta.

"Bila rencana ini dibuat pada 28 Julai 2009 yang mengkaitkan Apco-1Malaysia dan Najib pada awal dia jadi Perdana Menteri, tidak ada penafian langsung.

"Tidak ada juga penafian langsung dari Apco, bermaksud bagi saya ini benar tapi lepas Anwar bangkitkan perkara ini dalam Parlimen, Mac lalu dan mengaitkan perkara tersebut.

"Isu yang mereka takut sentuh hubungan rapat Apco dengan Israel berhubung isu risikan dan keselamatan Israel...itu yang dibangkitkan oleh Anwar," tegas Sivarasa yang turut digantung selepas dinafikan membela diri dalam sidang Parlimen, minggu lalu.

Beliau dalam pada itu turut mempersoalkan tindakan kerajaan Umno-BN melantik syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi perisikan dan keselamatan Israel dalam pentadbirannya dalam kerja 'public relation' di Malaysia yang mana ujarnya Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara rejim zionis itu.

Menteri putar belit

Dr Aziz Bari : Nazri Selindung Kebenaran


SHAH ALAM 23 Dis. : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz cuba lari dari menjawab persoalan asas kenapa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa memberikan beliau peluang untuk membela diri bersabit isu Apco.

Pensyarah Undang-Undang Professor Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Nazri tiba-tiba muncul dengan dua surat penjelasan daripada Apco bersabit isu itu tidak boleh dijadikan alasan menafikan Ketua Pembangkang itu hak membela diri.

Aziz berkata maklumat daripada syarkat pro-Zionis itu menafikan ia terbabit dalam slogan One Israel bukan benda baru.

"Surat yang dihantar oleh Apco dan didedahkan oleh Nazri sama sahaja, (kerana) sebelum ini kita diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Apco dan 1Malaysia merupakan idea beliau dan bukannya daripada luar.

"Yang kita hendak dengar sekarang ialah bukti secara terbuka dan telus dari Ketua Pembangkang bahawa dia ada bukti Apco ada hubungan dengan rejim Yahudi, dan ini yang (beliau) tidak diberikan kesempatan dan peluang... dan terus digantung (enam bulan).

"Perkara ini yang perlu diberi perhatian oleh pihak BN dan bukan soal surat Apco, atau soal itu dan ini. Pada saya, ini tidak sedikit menjejaskan atau menjawab soal Ketua Pembangkang di Parlimen," kata Aziz Bari.

Aziz berkata Nazri dan Ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim yang menganggotai jawatankuasa itu memberikan pelbagai alasan menghalalkan tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar selama enam bulan tanpa dipanggil untuk membela diri.

Namun akibat dicemuh oleh rakyat, Nazri kini tampil secara tiba-tiba mengumumkan bahawa Apco telah memberikan surat yang kononnya membuktikan Anwar berbohong kepada Parlimen.

"Surat itu tidak berguna kerana ianya datang daripada pihak yang dituduh , jadi kerajaan boleh kata apa sahaja untuk melepas diri dan menunjukkan mereka betul," kata Aziz.

Nazri semalam mengemukakan dua bukti dokumen, iaitu surat daripada Apco dan kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, perunding politik yang menggubal konsep One Israel.

Kedua-dua dokumen itu hanya dikemukakan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar selama enam bulan, Tiga ahli parlimen lain iaitu Karpal Singh, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali turut digantung enam bulan bersabit isu sama.

Anwar sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengemukkan dokumen dan keterangan bersabit hubung kait Apco dan slogan IMalaysia.

Beliau turut mengaitkan syarikat pro Zionis itu kepada rejim Tel Aviv yang menggubal slogan One Israel dalam tahun 90an.

Bagaimanapun Jawatankuasa Hak dan Parlimen terus menghukum Anwar tanpa memanggilnya untuk member keterangan. Barisan Nasional kemudian menggunakan kelebihan majoriti di Parlimen untuk memperakukan hukuman itu.

Saman RM 177 juta, rugi RM 2.1 bilion

Sime Darby Saman RM 177 Juta Kepada Bekas CEO Dan Empat Yang Lain

KUALA LUMPUR, 23 Dis. : Sime Darby Bhd yang merekodkan kerugian RM2.1 bilion baru-baru ini memfailkan saman terhadap bekas ketua pegawai eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan empat pegawai utamanya.

Konglomerat kerajaan itu juga menyaman Datuk Mohamad Shukri Baharom iaitu bekas naib presiden eksekutif Bahagian Tenaga dan Utiliti; ketua pegawai kewangan bahagian itu Abdul Rahim Ismail dan ketua unit minyak dan gasnya Abdul Kadir Alias serta Mohd Zaki Othman dari Sime Engineering.

Sime Darby menuntut RM177 juta kepada pihak defendan.

Sime Darby akan diwakili oleh Tetuan Zaid & Co.

Konglomerat kerajaan itu juga menyaman Datuk Mohamad Shukri Baharom iaitu bekas naib presiden ekskutif Bahagian Tenaga dan Utiliti; ketua pegawai kewangan bahagian itu Abdul Rahim Ismail dan ketua unit minyak dan gasnya Abdul Kadir Alias serta Mohd Zaki Othman dari Sime Engineering.

"Kesemua mereka disaman kerana melanggar tanggungjawab mereka kepada Kumpulan Sime Darby," kata syarikat itu dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Katanya, tindakan perundangan itu bertujuan mendapatkan balik kerugian dialami Kumpulan Sime Darby menerusi projek petroleum di Qatar, projek Maersk Oil Qatar (MOQ) dan projek pembinaan kapal bagi kegunaan MOQ, yang dikenali sebagai "Marine Project".

Kumpulan Sime Darby menuntut daripada defendan-defendan wang yang dibayar dengan cara yang tidak betul, ganti rugi bagi kerugian dialami, kehilangan keuntungan, kerugian dan kos yang meningkat.

Kenyataan itu menjelaskan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini.

Setiap defendan dituntut membayar balik RM80.51 juta, yang dibayar dengan cara yang tidak betul bagi projek petroleum Qatar.

Sime Darby juga menuntut AS$48 juta daripada Zubir dan Shukri, ekoran kerugian daripada kegagalan membekalkan kapal.

Minggu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan ada ia menemui beberapa elemen pelanggaran peraturan yang membawa kepada masalah dialami Sime Darby itu.

Wang rakyat akan menjadi mangsa projek untuk kroni

Dana Awam Bina MRT?


SHAH ALAM 23 Dis.: Tabung dana awam berjumlah lebih RM36 bilion akan diguna untuk membiayai pembinaan projek prasarana Transit Aliran Massa atau MRT Kuala Lumpur Raya.

Ini dikhuatiri akan menyebabkan aliran keluar wang dan caruman hasil titik peluh rakyat secara besar-besaran.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mengesyaki Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) atau agensi seperti Felda akan diarah untuk membeli bon-bon khas yang dikeluarkan Kerajaan Pusat untuk membiaya projek MRT.

Wang rakyat yang tersimpan di tabung dana awam seperti KWSP mungkin menjadi sasaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ekoran ketidakyakinan pelabur asing dan domestik melabur dalam projek itu.

"Dia mengharapkan pelaburan langsung tempatan, tetapi itu tidak berlaku. Kalau pelabur asing juga tidak menyakini kerajaan Malaysia, apakan lagi domestik, jadi kerajaan menjadi terdesak.

'Akhirnya bila bon-bon ini dikeluarkan, kerajaan akan memaksa KWSP, Socso, atau barangkali Tabung Haji dan mungkin juga Felda dan
agensi-agensi kerajaan untuk membeli bon seolah-olah macam kerajaan meminjam duit dari agensi-agensi ini," katanya kepada Tv Selangor.

Suruhanjaya Pengangkutan Darat atau SPAD hari ini mengumumkan pembiayaan untuk projek ini akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas yang ditubuhkan oleh Pemerbadanan Kementerian Kewangan, berkemungkinan melalui pengeluaran bon-bon khas.

SPAD juga mengumumkan kos pembinaan projek ini adalah RM36 bilion, tidak termasuk kos-kos berkaitan dan perolehan tanah.

Azan Ismail percaya kos keseluruhan projek ini bakal mencecah RM50 bilion - berita buruk untuk rakyat Malaysia sekiranya wang simpanan dan caruman mereka disalurkan ke syarikat MCC-Gamuda JV Sdn Bhd yang dilantik sebagai rakan penyampaian projek SPAD.

"Kalau harga projek itu RM36.6 bilion, apa pulangannya dalam masa 5 atau 10 tahun pertama?

"Saya bimbang rakyat mengalami projek dua kali lebih besar," katanya.

Mengulas lebih lanjut, Azan berkata Perdana Menteri Najib telah melanggar ketetapan dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 dan Model Baru Ekonomi bahawa penyertaan kerajaan terhad kepada 10 peratus sahaja.

"Keseluruhan pembiayaan Kuala Lumpur Raya, kerajaan hanya menanggung 10 peratus sahaja, 90 peratus mengharapkan pelaburan swasta. Perubahan polisi berlaku dalam masa tidak sampai tiga bulan," katanya.

Kerajaan gagal, mahasiswa tolak

Pemimpin Mahasiswa Tolak Saranan Mukriz


SHAH ALAM 23 Dis.: Gerakan Mahasiswa Islam Se-Malaysia atau Gamis menolak rayuan Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir meminta pimpinan mahasiswa membantu mengembalikan sokongan penuntut universiti kepada kerajaan.

Presidennya Ahmad Syazwan berkata kerajaan telah gagal menggarap kehendak mahasiswa.

Ketika dihubungi TV Selangor, Syazwan berpendapat rayuan menteri itu menguatkan persepsi umum bahawa pemerintah semakin terdesak.

"Kerajaan sudah semakin terdesak sehingga merayu keprihatinan pelajar untuk menyokong kerajaan. suasana mendesak itu disebabkan tindakan kerajaan itu sendiri yang tidak terbuka melayan mahasiswa," ujar Syazwan sambil menafikan mahasiswa Malaysia tidak neutral dan pro-pembangkang.

Mahasiwa memilih untuk bergerak seiring dengan pakatan pembangkang kerana wujudnya keselarian idea antara kedua-dua pihak dalam isu-isu khusus seperti skim hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Akta Universiti dan Kolej Universiti(Auku).

"Kebanyakan idea yang dibawa oleh mahasiswa seperti PTPTN dan Auku disambut oleh pembangkang, nampaknya ada keselarian idea antara kita dan agenda yang pembangkang cuba bawa.

Namun untuk katakan kita pro-pembangkang, itu perlu melihat kepada realiti dan isu-isu yang berlaku," jelasnya.

Syazwan berkata demikian mengulas rayuan Datuk Mukhriz yang mengakui sokongan penuntut mahasiswa kepada kerajaan semakin terhakis.

Mukhriz berkata demikian ketika berucap pada sesi Bicara Orang Muda anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) di Kuala Lumpur, malam tadi.

Syazwan berkata kenyataan Mukhriz itu secara tidak langsung mengesahkan gerakan pro-establishment di universiti-universiti tempatan tidak berpengaruh, dan tidak mewakili majoriti mahasiswa.

"Kerajaan gagal untuk menggarap interest mahasiswa. sudah lama kita suarakan kita tidak mahu Auku. Sehingga ke hari ini Auku dijadikan bahan lakonan oleh Ketua Pemuda Umno dan Ketua Puteri Umno, ini semua lakonan yang kerajaan sendiri tidak mampu buat secara berani," katanya.

Yaakob Sapari sahut cabaran Noh Omar

Exco sedia dialog isu padi
http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2010/12/yaakob-sapari-22.bmp
SHAH ALAM, 23 Dis. : Dr Yaakob Sapari bersedia untuk mengadakan mesyuarat bersama Datuk Seri Noh Omar dan serta pegawai- pegawai berkaitan untuk menyelesaikan isu benih dan baja padi.

Exco Selangor itu berkata, beliau akan menyemak semula surat yang dihantar oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan isu itu.

Menurutnya, pengetahuan yang kurang berkaitan pertanian menyebabkan petani kerugian hampir separuh daripada pendapatannya sekarang.

“Datuk Seri Noh tiada pengetahuan berkaitan pertanian. Kesannya tender benih diberikan kepada syarikat yang tiada pengalaman mengendalikan benih padi.

“Beliau juga tidak tahu cara dan teknik terbaik untuk meningkatkan hasil petani seperti mempercepatkan pengeluaran padi,” katanya.

Katanya, tindakan menswastakan benih padi dan baja juga merupakan salah satu faktor menyumbang kepada kerugian petani.

“Sebelum proses penswastaan, sistem pengurusan benih padi adalah terkawal dan teratur dan baja serta benih padi yang diterima adalah berkualiti.

“Selepas penswastaan diperkenalkan, baja dan benih padi yang diberikan kurang berkualiti hingga menyebabkan banyak berlaku padi angin,” katanya.

Katanya, untuk mengelakkan kerugian berterusan, petani mengambil inisiatif sendiri dengan mendapatkan bekalan daripada Perak.

“Petani terpaksa menggunakan kos yang lebih tinggi untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik.

“Penswastaan juga menyebabkan petani perlu berbayar lebih tapi kualiti yang diterima mengecewakan,” katanya.

Noh kelmarin bersedia untuk berdialog secara terbuka dengan Yaakob bagi membincangkan isu padi. SH

Dakwa Menteri rogol amah

WikiLeaks: Abdullah gagal bertindak kejadian rogol melibatkan menterinya?

IMG_5761PETALING JAYA, 23 Dis. : Pendedahan WikiLeaks berhubung kejadian rogol terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang Menteri Kabinet era mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat mampu menggugat hubungan Malaysia-Indonesia dan menjejaskan imej negara.

"Walaupun laporan WikiLeaks ini boleh diragui kesahihannya, namun sekiranya kejadian rogol ini benar-benar berlaku, ia akan memberi imej buruk kepada negara sekaligus mengugat hubungan Malaysia-Indonesia.

"Tambahan pula semenjak kebelakangan ini, begitu banyak kejadian-kejadian yang menyebabkan perselisihan faham rakyat antara kedua-dua negara berjiran ini," demikian menurut Naib Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya tokoh wanita negara ini yang menduduki kerusi Timbalan Speaker turut memberitahu FMT, kejadian seperti ini haruslah ditangani dengan telus.

"Saya bukan mengulas tentang laporan ini tetapi secara umumnya, kita tidak boleh mengamalkan budaya yang membezakan layanan undang-undang terhadap orang kenamaan dan rakyat biasa.

"Walau siapa pun yang dituduh, ia perlu menjalani proses perundangan yang sama seperti orang lain dengan telus. Apatah lagi jika membabitkan seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin dan merupakan pemimpin di peringkat pembuat dasar," katanya lagi.

"Undang-undang sama untuk semua. Kalau tidak bagaimana kita hendak memastikan orang yang berpengaruh dan ada kedudukan ini lebih bertanggungjawab sekiranya mereka mendapat layanan yang istimewa apabila mereka melanggar undang-undang," katanya lagi.

Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian seumpama ini dan tindakan undang-undang haruslah diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan dan pihak yang melindungi perbuatan seperti ini.

Penganiayaan terhadap wanita


"Kalaulah laporan WikiLeaks ini sahih, saya mengutuk sekeras-kerasnya dan tindakan undang-undang harus diambil terhadap sebarang kejadian penganiayaan terhadap wanita lebih-lebih lagi jenayah rogol dan termasuklah yang melindunginya," ujar beliau.

Sebelum ini dalam satu laporan blog Rocky Bru yang nama sebenarnya Ahirudin Atan hari ini menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri ketika era Abdullah menerajui pentadbiran kerajaan telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.

Menurutnya, kejadian tersebut turut diketahui oleh Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.

Bagaimanapun menurut blog itu lagi, menteri terbabit hanya digugurkan sebagai menteri dalam satu rombakan kabinet yang dibuat oleh Abdullah tidak berapa lama selepas beliau mengetahui berita itu.

Beliau turut mencatatkan, pada masa ini menteri tersebut kembali aktif dari persaraannya apabila dilantik semula sebagai pengerusi sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk pula.

Rocky Bru yang juga terkenal sebagai blogger proUmno juga menjelaskan, cerita tersebut telah sampai ke pengetahuannya semenjak tiga tahun lalu namun hanya dapat disahkan apabila pendedahan dibuat oleh WikiLeaks baru-baru ini.

Susulan peristiwa yang berlaku pada tahun 2007 ini, ketika mangsa ditemuramah di kampungnya di Jawa Tengah pada Julai tahun yang sama, mangsa telah membuat pengakuan terhadap kejadian itu.

Akhirnya laporan kejadian yang berlaku ketika tempoh perkhidmatan mangsa tersebut bersama bekas menteri terbabit menjangkau lapan tahun telah dibuat dan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Indonesia dan juga Pejabat PM sendiri.

Menurut sebuah badan NGO pula, kejadian yang menimpa amah yang mempunyai dua orang anak itu turut diketahui oleh suaminya tetapi disebabkan perasaan takut dan malu, tiada usaha yang serius dijalankan untuk mendakwa menteri terbabit.

Muhyiddin jangan memperlekeh guru

Negara tak akan muflis kerana imbuhan khas pendidik PR, jamin Anwar

http://zamzura.files.wordpress.com/2007/01/cempaka.jpg

KUALA LUMPUR, 23 Dis. :
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan inisiatif imbuhan khas pendidik bulanan RM500, dijanjikan Pakatan Rakyat, tidak akan menyebabkan negara muflis sebagaimana didakwa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.


“Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pelajaran (Tan Sri Muhyiddin Yassin) baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara.

“Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat (gambar) ini dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan akibat pelaksanaan imbuhan khas pendidik bulanan itu.

Inisiatif menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan merupakan salah satu daripada 10 perkara yang terkandung dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang diumumkan menerusi Buku Jingga pada konvensyen mereka di Pulau Pinang, Ahad lalu.

Pakatan Rakyat berjanji akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersamanya.

Tegas beliau, Pakatan Rakyat percaya bahawa tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab.

“Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia,” katanya.

Pakatan Rakyat menganggarkan kos itu dengan mengambil kira kewujudan 537,221 jawatan dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

“Usaha menaik taraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran).

“Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita,” kata beliau.

Menurut Anwar, inisiatif itu akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun dan jumlah itu adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah Umno-Barisan Nasional (BN).

Dalam ulasan yang dilihat sindiran, kata Anwar, kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru.

Malah, katanya, bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan.

“Pembaziran Umno-BN sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi Pemandu bagi 2010 boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi orang guru iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

“Ini belum lagi pembaziran-pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun,” kata Anwar, bekas menteri kewangan.

Justeru, Anwar berpendapat bahawa persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul.

“Perkara yang sebenar adalah keikhlasan Umno-BN untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini,” katanya lagi.

Menurut Anwar lagi, hakikatnya bidang pendidikan tidaklah berada dalam senarai kepentingan Umno-BN.

Ketika berada dalam kerajaan Anwar juga pernah menjadi menteri pelajaran.

“Isu kualiti pendidikan telah ditimbulkan sejak sedekad yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon-calon yang berkualiti tinggi,” katanya.

Justeru kata beliau, langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan persetujuan Perdana Menteri untuk menubuhkan satu badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan.

Najib memaklumkan perkara itu selepas merasmikan persidangan tritahunan Cuepacs kelmarin.

Perkara ini telah disyorkan Cuepacs sejak 2002 tetapi menurut Anwar, hanya selepas Pakatan Rakyat membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, Umno-BN memberikan reaksi cemas.

“Baru sekarang, Perdana Menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari,” katanya lagi.

Anwar juga menegaskan, ia bukanlah caranya kerajaan merancang kebajikan pendidikan negara.

“Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan Rakyat bersuara,” katanya.

PAS Johor yakin boleh tawan DUN Tenang

JOHOR BAHARU, 23 Dis. : PAS Johor yakin dapat menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil (PRK) nanti, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata keyakinan ini berdasarkan trend semakin ramai pengundi memilih parti itu sejak pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Jumlah undi yang diperoleh calon PAS Mohd Saim Siran meningkat dari 2,138 undi pada PRU-11 kepada 3,875 undi pada PRU-12 yang lalu, jadi kita yakin mampu menawan Tenang pada PRK kali ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Komposisi pengundi di N.05 Tenang ialah 50 peratus Melayu, 38 peratus Cina dan 12 peratus India.

Keadaan itu hampir serupa dengan komposisi pengundi di dua kerusi yang dimenangi PAS pada PRU-12 yang lalu iaitu DUN Maharani dan DUN Sungai Abong, tambah beliau.

"Mengambil senario pengundi Cina masih bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat, maka fokus gerak kerja PAS adalah untuk meningkatkan undi daripada pengundi Melayu dan India," kata Dzulkefly.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha, 59 akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur Jumaat lepas.

Esok, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian untuk PRK DUN Tenang.

Dzulkefly berkata bagaimanapun kemenangan PAS nanti tidak akan menjejaskan kekuasaan BN di Johor, namun ia akan menambah suara pembangkang di DUN kepada tujuh yang ada, dua PAS dan empat DAP.

Ini katanya akan mewujudkan konsep keseimbangan yang berkesan agar setiap keputusan yang dibuat kerajaan negeri, akan sentiasa memberikan kesan yang baik dan menguntungkan rakyat.

Beliau berkata isu yang akan dibangkitkan PAS pada PRK itu antaranya rasuah, kelemahan urus tadbir negeri dan peningkatan jumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajan pusat.

Mengenai calon, Dzulkefly berkata lima individu telah disenarai pendek untuk kelulusan PAS Pusat.

Calon itu mestilah mempunyai faktor-faktor boleh menang seperti diterima penduduk dan pengundi, memahami suasana dan masalah rakyat dan berpendidikan di samping komited untuk berkhidmat kepada penduduk tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
- Bernama

Ada juga Menteri macam ni

Mengapa Nazri Dedah Surat Apco Selepas Anwar Digantung

SHAH ALAM 23 Dis. : Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan surat syarikat perunding Israel, Apco Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, semalam.

Badrul dalam twitternya menulis kerajaan Barisan Nasional menafikan hak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan hanya merujuk suraf nafi dari Apco tetapi Azmin dan lain-lain digantung kerana dedah surat Apco.

Tetapi yang menjadi persoalan Badrul ialah Nazri tunjuk surat berkenaan dalam sidang akhbarnya semalam.

Nazri mengakui pembabitan Apco dalam memberikan khidmat rundingan komunikasi terhadap kerajaan Malaysia, yang sekaligus mengesahkan pembabitan Apco dalam kempen 1Malaysia.

Dalam laporan yang di siar sebuah portal berita, Nazri menunjukkan dua surat yang mengesahkan pembabitan Apco dengan pentadbiran Najib iaitu dalam bukti dua dokumen.

Salah satunya surat daripada Apco yang menyebut, firma perhubungan awam itu dilantik oleh pentadbiran Najib untuk menyediakan sokongan komunikasi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dan dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain dalam sidang Parlimen minggu lalu turut digantung selepas didakwa mendedahkan surat yang didakwa melanggari hak keistimewaan ahli Parlimen oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam reaksinya berkata pendedahan Nazri itu sebenarnya mengesahkan bahawa Apco memainkan peranan sebagai penasihat dalam kempen 1Malaysia melalui sokongan komunikasi yang ditawarkan.

“1Malaysia adalah slogan yang dibawa Najib, dan tagline ini perlu dikomunikasikan kepada rakyat, jadi salah satu peranan Apco adalah menasihati kerajaan melalui perkhidmatan komunikasi ini supaya slogan ini sampai kepada rakyat. Ini lah yang kita katakan pembabitan Apco dalam kempen 1Malaysia,”jelasnya.

Beliau juga mempersoalkan kenapa baru kini Nazri mahu membalas pendedahan Anwar, selepas Ketua Pembangkang itu digantung dari sesi parlimen selama 6 bulan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

“Walaupun selama ini Anwar ada bukti penglibatan Apco dan mahu membentangkannya di Parlimen, Nazri dan Najib hanya berdiam diri dan kenapa terus menggantung Anwar selama enam bulan? Kenapa selepas Anwar digantung, barulah Nazri bercakap kepada media menunjukkan surat yang dihantar Apco kepada kerajaan BN?

“Anwar sudah pun mencabar Najib untuk menafikan pembabitan Apco sejak dari bulan April lagi. Dan mereka ambil masa 8 bulan untuk menjawab perkara ini sekarang,” kata Saifuddin lagi.

Nazri Aziz mengemukakan dua bukti dokumen, iaitu surat daripada Apco dan kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, perunding politik yang menggubal konsep One Israel.

Kedua-dua dokumen itu hanya dikemukakan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar bersama tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain selama enam bulan pada 16 Disember lalu.

Anwar digantung dari Parlimen tanpa dipanggil membela diri berhubung pendedahan beliau tentang pembabitan APCO Worldwide, firma Yahudi yang terlibat dalam kempen 1 Malaysia yang dicanangkan Najib, yang menyamai kempen One Israel.