Saturday, December 25, 2010

Kantoi lagi, lepas ni apa pula PAPA GOMO nak fitnah

SANDIWARA PUAK FITNAH : SAKSI KES ZINA ADUN SELISING DILANGGAR DAN DITETAK

Isu dakwaan zina ke atas Adun Selising,Pasir Puteh Drs.Saipul Bahrin Mohamad nampaknya semakin panas.

Selepas isu ini berlegar-legar dalam cakap-cakap di internet selama hampir lebih kurang sebulan, tuan empunya badan yang baru kembali daripada menunaikan haji di Makkah telah menafikan dakwaan dan seterusnya mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti untuk mendedahkannya.

Apapun,kurang 24 jam selepas penafian Adun terbabit,pihak yang selama ini galak menabur peluru kosong telah mula bersandiwara bagi menguatkan hujah mereka,malah bagi mereka Adun Pas itu telah dianggap bersalah,tanpa ada mana-mana mahkamah menjatuhkan hukum.

Begitulah seronoknya mereka membuat tuduhan demi tuduhan,kononnya mempunyai bukti-bukti yang kukuh,namun sehingga kini langsung tiada bukti yang jelas dan kukuh mampu diterima oleh akal yang waras mengenai dakwaan mereka. Pertamanya,dakwaan tersebut cuma berlegar di dalam ruang Facebook dan jalur-jalur blog pro-Umno, langsung tiada laporan rasmi daripada akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Mereka seolah-olah tidak ghairah untuk mendedahkan isu ekslusif ini,berkemungkinan mereka sedar bahawa isu ini fitnah kosong semata-mata,dan mereka bimbang jika mereka melaporkannya,mereka bakal menghadapi satu lagi saman yang tidak mampu lagi mereka tanggung setelah mereka sendiri rugi besar tahun lalu.

Untuk rekod,Utusan Malaysia cuma menyiarkan berita ini setelah berlakunya penafian terbuka Adun Selising terhadap fitnah tersebut.Boleh baca laporan Utusan Malaysia "Dakwaan Saya Berzina Fitnah Besar, Khianat" .

Apapun,laporan itu dianggap terkebelakang dalam isu ini yang telah mula disiasat oleh akhbar harian Sinar Harian yang menemuramah sendiri Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan,Nik Amar Nik Abdullah yang menafikan tuduhan Adun Pas berzina di bawah tajuk "Tiada Adun Khalwat".

Menurut Nik Amar,secara peribadinya beliau tidak begitu mempercayai laporan blog yang dilihat banyak menyebarkan fitnah.Di sini penulis merasakan kenyataan Nik Amar itu tepat dan bijak serta tidak melatah.

Hal ini kerana beliau sendiri tidak mengetahui pokok pangkal dakwaan tersebut,selain memberi peluang kepada tuan empunya diri yang masih berada di Tanah Suci ketika itu menjawab sendiri fitnah yang dilemparkan ke atas beliau.

Apapun,bukan itu yang menarik perhatian kita semua.Tetapi mengenai seorang yang bernama Saidi Hussin,yang kononnya "saksi utama" dalam kes zina Adun Selising tersebut.


SANDIWARA NADI RAKYAT DAN SAIDI HUSSIN


Kurang 24 jam selepas penafian Adun Selising tersebut,satu sandiwara yang maha hebat telah berlaku. Kononnya,terdapat sebuah kereta telah bertindak merempuh kereta saksi utama,Saidi Hussin yang menyebabkan dia pengsan dan tidak sedarkan diri.

Saidi Hussin dengan machonya
menunjukkan keretanya yang remuk

Sebelum kita memberi komen mengenai gambar di atas,di bawah penulis lampirkan status si pemfitnah Papa Gomo di facebooknya:

Gomo,Azmy dan Pas Beruk sampai di Pasir Putih malam ini bertujuan untuk menyampaikan berita PANAS kepada semua isu Adun Selising yang ZINA!

Nampak?Pada hari kejadian,si pemfitnah itu memang ada di Pasir Puteh bersama rakan-rakannya.

Okay,berbalik kepada gambar di atas,penulis ingin membawa kita semua kepada gambar kereta di atas.

Sila lihat tahap kerosakannya yang remuk teruk di bahagian pintu pemandu dan pintu belakang sebelah kanan.

cermin bahagian pemandu
pecah kesemuanya


Ini mangsa kemalangan
yang terkena sepihan cermin
Gambar di sebelah adalah gambar satu mangsa kemalangan yang terkena sepihan kaca di muka dan menusuk ke dalam mata.

Inilah logiknya seseorang yang benar-benar dilanggar dan terlibat dalam kemalangan.

Persoalannya sekarang,apakah kecedaraan yang berlaku pada si Saidi ini?Lihat,langsung TIADA kecederaan di mukanya akibat serpihan cermin keretanya yang pecah walhal keretanya remuk teruk.

Atau,adakah si Saidi ini memakai helmet di dalam kereta sehingga tiada langsung kecedaraan di mukanya seperti orang-orang yang benar-benar terlibat dalam kemalangan.

Seterusnya,lihat pula kadar keremukan kereta tersebut.Dianggarkan bahawa kereta tersebut dihentam kuat di bahagian pemandu yang mana,jika tidak kena pada tempatnya pemandu kereta tersebut mungkin akan cedera parah dan kalau nasib tidak baik,ajal boleh menjemput.Tapi Saidi?

Dia cuma pengsan tanpa apa-apa kecederaan.Wah,memang kebal juga si Saidi ini.Satu lagi,jika kita perasan mengenai peribadi Saidi ini,dia bersikap kekampungan.Perhatikan pula pada kereta Viva tersebut.

Sebiji gaya sebuah kereta yang dipakai oleh orang yang berumur 20-an di mana kereta tersebut dimake-up dengan cantik sekali.Persoalannya,adakah benar Saidi ini benar-benar dilanggar?

Seterusnya,kalau benar kereta ini dilanggar,mengapa kereta tersebut boleh dibawa pulang ke rumahnya? Mengapa tidak dibawa ke bahagian forensik IPD Pasir Puteh kerana ini kes langgar lari?Ataupun sekurang-kurangnya ditunda terus ke bengkel berdekatan.Adakah anda tidak berasa pelik?


SANDIWARA KEDUA DI TENGAH MALAM


Perlu diingatkan,ketika sandiwara ini berlaku,para bloggers Umno tersebut berada di Pasir Puteh.


Selang beberapa jam selepas itu,ketika jam lebih kurang jam 11 malam,Saidi didakwa telah ditetak oleh tiga lelaki yang tidak dikenali dengan parang dan dia telah membuat laporan di balai polis.Ini adalah berdasarkan status Papa Gomo yang mengatakan dia bergegas ke balai polis untuk melawat Saidi yang telah ditetak.


Menurut Saidi,ketika itu dia baru pulang ke rumah menaiki motorsikal sebelum diserang oleh tiga orang lelaki yang tidak dikenali.(Wah,petang tadi pengsan dilanggar,malam boleh keluar berjalan-jalan seperti tiada apa yang berlaku).Persolannya,adakah benar Saidi benar-benar ditetak?


ADAKAH BENAR SAIDI HUSSIN BENAR-BENAR DITETAK?



SESIAPA NAK TAHU CITA BETUL ATAU FITNAH CALL BALAI2 NI TANYA ADA TAK KES TETAK KONONNYA 09-7867355. Balai Polis Pasir Puteh, 09-7867222. Balai Polis Semerak, 09-6910322. Balai Polis Selising, 09-7891222 ...
AKU CALL OCPD JALIL BIN TALIB DIA GELAK BESAR DAN MARAH SIKIT CITA BOODH NI hahahaahahahahahah


Umno Makin Tenat
MAKLUMAT TERBARU KERETA DLM GAMBAR TU MEREKA SEWA KAT BENGKEL BAIK PULIH KERETA2 KEMALANGAN UTK BERGAMBAR SAHAJA hahahaahahahahahahahah KANTOI MAKLUMAT PDRM


ANDA MAHU KEPASTIAN?ADAKAH BENAR ADA KES LANGGAR LARI DAN SAIDI HUSSIN YANG DITETAK?HUBUNGI SEGERA BALAI POLIS PASIR PUTEH UNTUK KEPASTIAN.kamisokongpas

‘Mood’ rakyat Terengganu mahu PAS memerintah

PAS yakin tawan Terengganu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglIoDlF3J1HzbilACqldJI5FnOmrdrVhVMfdTk8IAq1RzuJdf_aBaSyAkSI4stImSv7rhj8VzoYdzsLuERGF_O2pOR3i8gysBIk62Idm2tr1fBAZQzkYMoC046KoTE-hVeNNSjn5H0YvM/s220/n31.jpg
KEMAMAN, 26 Dis. : PAS yakin mampu merampas kembali tampuk pemerinta-han negeri ini pada pilihan raya umum akan datang seterusnya bersedia mewujudkan kerajaan yang adil dan melaksanakan syariat Islam sepenuhnya berdasarkan komitmen padu jentera pilihan raya parti berkenaan pada peringkat akar umbi ketika ini.

Pengarah Majlis Tinda-kan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai, Hanafiah Mat berkata, rakyat pada masa kini sudah muak dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) memberi kelebihan kepada PAS untuk menang.

“Di mana sahaja termasuk kedai kopi, ramai yang bercakap dan meluahkan rasa kesal dengan UMNO dan BN yang gagal mentadbir dengan baik sehingga menyebabkan pelbagai gejala sosial seperti merempit, seks bebas, buang bayi dan sebagainya tidak dapat dibendung.

“Malah, kita akan sentiasa mendengar luahan rasa kesal penduduk kampung, golongan profesional dan pelajar mengenai perkara sama,” katanya pada program memasak bubur asyura yang diadakan di Surau Haji Muda.

Sehubungan itu, Hanafiah berkata, berdasarkan ‘mood’ rakyat ketika ini PAS yakin mampu menawan kembali hati rakyat.

“Malah, saya juga yakin untuk merampas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai pada pilihan raya umum yang dijangka diadakan tahun depan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Hanafiah berkata, program memasak bubur asyura tahun ini menjadi program besar-besaran yang pertama kali dianjurkan pihaknya.

“Kita masak sebanyak 17 kawah bubur asyura dan penyediaan bahan membabitkan semua tenaga jentera peringkat DUN iaitu 21 cawangan di bawah DUN Chukai,” katanya.SH

Mundurnya Sarawak tapi Ketua Menteri kaya raya

Penduduk Pedalaman Sarawak Belanja RM700 Untuk Ke Hospital

LIMBANG 26 Dis.: Masih ramai penduduk di kawasan pedalaman Limbang berhadapan masalah untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang baik disebabkan kekurangan kemudahan klinik dan hospital, kata anggota Parlimen Limbang Hasbi Habibollah di sini.

Beliau berkata untuk mendapatkan rawatan perubatan biasa di hospital Limbang sesetengah penduduk khasnya yang tinggal di Ulu Mendamit dan Ulu Lubai di pedalaman Limbang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk belanja pengangkutan.

"Ada penduduk, seperti di Long Napir misalnya terpaksa berbelanja sekitar RM700 untuk mendapatkan sekali rawatan kesihatan di Hospital Limbang dan ia pastinya menjadi beban utama penduduk yang hanya terdiri daripada golongan petani kecil-kecilan," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya beliau berharap kerajaan akan dapat menimbang usaha membangunkan kemudahan klinik kesihatan di kawasan pedalaman Limbang selain meningkatkan kemudahan jalan raya, elektrik dan air yang diperlukan di kawasan tersebut.

Bahagian Limbang dan Lawas yang terpisah oleh dua wilayah Brunei mempunyai kira-kira 49,000 penduduk dan kebanyakkkan adalah dari masyarakat Orang Ulu selain Melayu, Cina dan Iban.-Bernama

BN tak dipercayai banteras rasuah

Hanya 35% Rakyat 'Iktiraf' Usaha Putrajaya Lawan Rasuah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEis_-Y1pcz8u8lxjF9kLjl1DOPKMSmXxegJw-bxD_MyY7qXU8hYljb7CY-Yvek0KoNdBB5ylcGAr0ZKFMWauwvTf_wn9iSjH2eV5w5bp6-MUexsrMx67TSKjVoNPZ1PskbRr7lGnZEvOAGB/s400/rasuah.jpgKUALA LUMPUR 26 Dis.: Kadar kepuasan rakyat berhubung usaha dan langkah diambil kerajaan pusat untuk melawan amalan rasuah mengalami kemerosotan sejak akhir tahun lalu, demikian menurut satu hasil kajian terbaru Merdeka Center.

Hasil kajian firma itu bulan ini menunjukkan hanya 35 peratus responden mengatakan mereka berpuas hati dengan usaha pentadbiran Najib berbandning 39 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu.

Pada Mei lalu kadar itu adalah dalam lingkungan 36 peratus.

Secara purata kadar itu masih dalam lingkungan 30 peratus meskipun kerajaan pusat mengambil pelbagai langkah termasuk menaikkan taraf agensi antipencegahan menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermulai 1 Januari 2009.

SPRM mengalami perubahan kepimpinan sejak Januari lalu selain mewujudkan pelbagai pendekatan dalaman bagi memperbaiki persepsi di kalangan rakyat.

Bagaimanapun, tahap tidak berpuas hati pada kali ini merosot dua peratus berbanding 61 peratus Mei lalu selepas meningkat berbanding 52 peratus pada Disember 2009.

Mengikut kaum pula, bilangan orang Melayu yang berpuas hati dengan langkah-langkah diambil kerajaan adalah dalam lingkungan 42 peratus manakala 46 peratus di kalangan orang India tetapi sangat rendah iaitu sekitar 20 peratus sahaja di kalangan orang Cina.

Prestasi kerajaan pusat dalam soal mengatasi rasuah adalah paling rendah di antara enam inisiatif Putrajaya yang ditinjau oleh Merdeka Center. Tempat kedua paling rendah adalah berkaitan dengan pendekatan mengurangkan jenayah.

Kadar kepuasan kedua-dua inisiatif itu berada di bawah paras 50 peratus. Empat inisiatif lain melebihi paras 50 peratus iaitu memperbaiki kualiti pendidikan di sekolah rendah dan menengah, menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan memperbaiki kemudahan pengangkutan awam di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur.

Kajian terbaru ini dijalankan selepas lima orang termasuk bekas presiden MCA dan menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik dihadapkan di mahkamah berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan pendedahan isu lama kerugian Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan kerugian lebih RM2 bilion konglomerat Sime Darby.

Kajian Disember 2009 dijalankan beberapa bulan selepas kematian bekas setiausaha politik Teoh Beng Hock mati ketika dalam siasatan SPRM. Inkues mengenainya masih berjalan dan keputusan dijangka diketahui 5 Januari depan.

Beberapa hari sebelum kajian Merdeka Center ini berakhir, SPRM telah mendakwa bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Pada 15 Disember lalu, diumumkan bahawa SPRM masih menjalankan siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa bekas pengerusi eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin Ramli ekoran terdapat bukti baru diperoleh suruhanjaya itu.

Siasatan kes yang dibuat sejak 2002 itu akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menggesa kerajaan menyiasat semula kerugian yang pernah dialami MAS sebanyak RM8 bilion ketika syarikat tersebut diterajui Tajuddin dalam tempoh antara 1994 dan 2001.

Pada hari yang sama SPRM juga mengumumkan bahawa ia telah menutup fail tiga kes yang mengaitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Awal bulan ini, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa SPRM telah membawa 547 kes ke mahkamah dari tahun 2008 hingga September lepas.

Dalam tempoh yang sama, 69 peratus kes perbicaraan awal menang manakala 31 peratus kalah.

Tinjauan Merdeka Center kali ini dijalankan mulai 30 November hingga 11 Disember lalu membabitkan seramai 1,005 responden yang merupakan pengundi berdaftar berusia 21 ke atas dan ditemu bual melalui telefon di seluruh Semenanjung.

Begitu juga kadar rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan pusat mengurangkan jenayah.

Kadar puas hati kali ini adalah sebanyak 47 peratus berbanding 52 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun kadar 47 peratus itu lebih baik berbanding situasi Mei lalu yang menyaksikan persetujuan 41 peratus responden.

Pada Mei lalu, 57 peratus responden tidak berpuas hati dengan langkah-langkah kerajaan persekutuan berbanding 51 peratus bulan ini.

Sehubungan itu hasil kajian juga menunjukkan rakyat mahu usaha melawan rasuah perlu mendapat perhatian utama kerajaan persekutuan.

Ini kerana seramai 53 peratus berpandangan sedemikian. Mengikut kaum, 57 peratus responden Melayu, 51 peratus (Cina) dan 39 peratus (India) memilih aspek melawan rasuah sebagai isu yang perlu diberikan perhatian oleh pentadbiran Najib.-The Malaysian Insider

Songkok Tiga Jengkal Umno sudah terlalu busuk, tapi ada yang mahu pakai lagi

Ketuanan UMNO : Padan Muka Lu Orang Semua..!!!!

Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang diterima dari universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar.

Dengan segulung ijazah itu mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah kerana tidak mampu untuk melunaskan hutang yang begitu besar.


Belum pun mendapat kerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang selalunya dengan
PTPTN.

Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun sempat membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah terpaksa memberikan tumpuan untuk membayar hutang.


Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak sempat menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran mereka.

Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti pelajaran dan kos rawatan kesihatan.


Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan pelajaran melalui biasiswa kerajaan.

Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat untuk mendapatkan biasiswa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.


Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. Kalau sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa mereka.

Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut sebagai ‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu biasiswa kerajaan persekutuan.

Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa kerajaan negeri atau persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) atau PETRONAS.


Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari matlamat penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita dimasa hadapan.


Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari pembiayaan untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha yang sangat memenatkan.

Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan untuk memenuhi hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata MARA tidak ada duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi pun jawapannya,tidak ada duit.


Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sarjana muda tetapi hanya menaja untuk kursus sarjana.

Tetapi ramai pelajar yang hendak meneruskan pelajaran keperingkat sarjana tidak juga dapat perhatian.


Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju tetapi asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan semua mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali.

Semasa itu negara kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara Scandinavia dalam mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma.


Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi.

Segala-galanya terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang harganya berlipat kali ganda.

Harga yang RM500 juta ditawarkan dengan harga RM1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.


Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah percuma. Tetapi disini semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan tingginya.


Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh lebih tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang tertinggi.


Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.


Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum tentu tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi.

Persoalannya dimanakah rakyat kelas menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.


Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut.

Akhirnya yang menyokong tindakkan pimpinan mereka itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi pendidikan kepada anak-anak mereka.


Lain-lain perkataan, kita ini menyokong kepimpinan yang memberikan kesulitan kepada anak-anak dan cucu kita. Kalau dikaji secara halusnya kitalah yang bertanggungjawab diatas segala kesusahan ini kerana kita juga yang memilih mereka dahulu.


Padan muka kita semua...!!!!


Aspan Alias

Kalut nak bagi projek kepada kroni

MRT: Kabinet Kalut, Laporan SPAD Belum Siap


SHAH ALAM 25 Dis. : Kabinet disifatkan sebagai 'kalut' dan tergesa-gesa bagi melaksanakan Projek Transit Aliran Massa(MRT) kerana kajian yang dilakukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang masih tidak siap, dakwa Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sebagai rekod kajian keseluruhan setiap pelan itu patutnya siap bulan September 2011 oleh SPAD.

Terbaru, Projek Transit Aliran Massa (MRT) yang bernilai lebih RM 36 bilion yang diagung-agungkan sebagai 'masterpiece' dan penyelesaian masalah pengangkutan di kawasan Lembah Klang dan sekitarnya oleh Kabinet Najib sejak pengumuman rasminya beberapa minggu lalu.

"Najib ni, yang dia huru-hara sangat nak cepat sangat seolah-olah nak kiamat esok kenapa? Mengikut sebuah badan transitmy.org, banyak lagi perkara mesti diteliit. Maksudnya MRT ini belum dibuat keputusan oleh SPAD sebagai penyelesaian paling bijak dan paling tuntas untuk Lembang Klang dan Greater KL ini," katanya kepada Tv Selangor.

Ketika mengumumkan pelaksanaan projek ini awal Disember lalu, Najib berkata perlaksanaan projek aliran transit massa (MRT) di Lembah Klang dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) antara RM3 bilion dan RM4 bilion setiap tahun dari tahun hadapan hingga 2020, hasil daripada pembinaan dan operasi.

Bagamanapun menurut Dzulkefly, kerajaan yang baik memberi komitmen melaksanakan kemudahan kepada rakyat tanpa mengira keuntungan jangka pendek.

Beliau memberitahu, jika kerajaan melaksanakan prasarana asas dengan baik, kesan berganda atau mutiplier effect akan datang sendiri melalui rakyat.

"Apa yang sepatutnya kita lihat dalam perkara ini ialah satu komitmen dari pihak kerajaan bekal infrastruktur yang baik kepada rakyatnya, bukan dengan kepentingan mendapat pulangan untuk pelaburan tersebut. Oleh itu ia tak patut dilihat sebagai pelaburan untuk mendapat pulangan segera," katanya lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan sama MMC-GAMUDA tidak patut membida atau diberi kontrak dalam projek pembinaan terowong bernilai RM 13 bilion pembinaan Sistem Transit Aliran Massa (MRT) kerajaan.

Dr Dzulkefly menjelaskan ia akan mengakibatkan konflik kepentingan kerana pada masa yang sama menjadi 'pengurus projek' atau Rakan Pelaksana Projek (PDP) projek MRT ini.

"Pada saya, kalaulah dia berperanan sebagai PDP, biarlah berperanan sebagai PDP sahaja. Ini dia juga nak bida. Dari segi pentadbiran baik, itu sudah ada conflict of interest di situ," katanya.

18 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan syarikat MMC-Gamuda JV Sdn. Bhd. (MMC-Gamuda) untuk melaksanakan projek pengangkutan darat terbesar negara iaitu Transit Aliran Massa (MRT) yang dianggarkan bernilai RM36 bilion.

Bagaimanapun kos itu tidak termasuk jumlah untuk kos pembinaan dan tidak termasuk kos pembelian tanah serta pemilikan teknologi paling terkini bagi pembangunan sistem MRT yang boleh menambah kos projek ini sehingga RM50 bilion.

Bagaimanapun sehari selepas itu, Najib mengumumkan pula syarikat tersebut diberi pengecualian untuk membida tender pakej terowong bernilai RM 13 bilion atas alasan satu-satunya syarikat tempatan yang berpengalaman.

Selain itu timbul ura-ura sememangnya MMC GAMUDA sudah diberikan kontrak itu tetapi diselindungkan atas alasan bidaan tender belum tamat.

Justeru, Dzulkefly mahu Najib melaksanakan janji bagi satu bidaan tender terbuka yang telus berdasarkan keupayaan dan bukannya untuk kroni.

"Janji PM, Janji Najib untuk pemberian tender kontrak sebagai tender terbuka mestilah dilakukan dan ditunaikan. Sebab tunnel itu paling besar, dan memakan RM13 bilion daripada nilai RM36 bilion dan keseluruhan RM50 bilion," jelasnya.

Belum pun penamaan calon DUN Tenang, dah nampak SPR memihak kepada Umno

Tarikh Pilihanraya Tenang SPR Dwi Standard- Salahuddin


SHAH ALAM 25 Dis.: Tarikh Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) disfatkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sebagai dwi standard.

SPR sebelum ini menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata, SPR yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilihat seolah-olah sengaja menyusahkan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat setiap kali pilihanraya kecil diadakan.

Salehuddin berkata, apabila berdepan pilihan raya kecil di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja sedangkan apabila di kerusi Barisan Nasional(BN), tindakan sebaliknya dilakukan SPR.

"Kita melihat ini 'double standard'. Kita juga lihat jika pilihanraya dilakukan di negeri Pakatan Rakyat maka ia akan menjadi suatu yang lumrah ia akan dilakukan oleh SPR pada waktu berkerja. Tetapi pada negeri Barisan Nasional ia mengadakan penamaan calon dan buang undi di hari cuti hujung minggu. Ini semacam rancangan sengaja untuk menyusahkan pihak Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Namun pihaknya sudah bersedia menghadapi pilihanraya kecil tersebut dengan mempersiapkan jentera di semua peringkat khususnya di negeri Johor.

Malah beliau berkata, kesemua jentera yang ditugaskan sedang menempatkan kedudukan di kawasan masing-masing.

"PAS telah menjanjikan suatu keyakinan bahawa kita boleh melakukan sesuatu untuk mencipta sejarah pada PRK Tenang ini. Kita juga telah menyatakan komitmen yang tinggi terhadap pilihanraya kali ini. Pilihanraya ini merupakan satu 'gendang perang' ke arah kita menghadapi pilihanraya umum 13," jelasnya.

Pilihanraya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, 17 Disember lepas.

Ia pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008, malah ia juga yang pertama sejak pilihan raya kecil DUN Tambatan yang diadakan pada 1989.

DUN Tenang, salah satu daripada dua kerusi negeri dalam Parlimen Labis yang berjirankan kerusi Parlimen Pagoh yang bersempadankan kawasan Parlimen Pagoh di sebelah barat, Parlimen Sekijang di utara dan negeri Pahang di sebelah timur.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus) dan lain-lain 11 orang (0.07%).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.

2011 : Tahun rakyat mengajar Umno BN

2011: Anwar seru rakyat bersatu selamatkan negara

http://elephantskillgod.files.wordpress.com/2008/06/anwar_ibrahim_speaking.jpg
KUALA LUMPUR, 25 Dis. : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah menjadi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menuntut sebuah pentadbiran yang adil, bertunjangkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Sepanjang 2010, negara telah menyaksikan pelbagai bentuk pencabulan terhadap sistem demokrasi berparlimen, kenaikan harga barangan keperluan, fahaman jumud yang berasaskan sentimen perkauman sempit serta penindasan ke atas hak rakyat terbanyak.

“Semua ini menyedarkan kita untuk menilai dan merenung kembali betapa pincangnya pentadbiran kerajaan sedia ada,” katanya dalam perutusan menjelang tahun baru 2011 dan perayaan Hari Natal, hari ini.

Anwar menambah, tahun 2010 bakal menghampiri penghujungnya, maka kini adalah masanya bagi pejuang keadilan dan pendokong Pakatan Rakyat untuk memperbaharui iltizam dan tekad demi menggapai impian dan matlamat yang dicita-citakan.

“Bagaimanapun, segala iltizam dan tekad yang disemai tak mungkin akan tercapai seandainya tak dibaja dengan usaha dan tindakan.

“Justeru, marilah kita bertekad dan beriltizam untuk sama-sama bersatu menyelamat dan memartabatkan negara ini bersempena tahun baru 2011 kelak,” pesan Anwar.

Dalam pada itu, Anwar turut menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia.

Umno pening : Dulu ANAK kini BAPA membela peneroka


TAIPING, 25 Dis. :Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) menjadi platform terbaru PAS mulai hari ini untuk membela nasib warga Felcra yang selama ini didakwa disisihkan, kata Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah parti Mazlan Aliman.

Sebelum ini, PAS menggerakkan Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) bagi menyelesaikan masalah yang membabitkan warga peneroka.

“Ketika kita membuat perhimpunan dengan warga Felcra dulu, kita dapat maklum balas positif yang mana mereka mahu sebuah NGO (badan bukan kerajaan) untuk menjadi paltform untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud.

“Jadi kita tubuhkan Bapa untuk jadi platform bantu warga Felcra dan penubuhan NGO ini selaras dengan usaha kita untuk membantu menyelesaikan masalah, penyelewengan, penipuan dan salah guna kuasa yang berlaku dalam Felcra.

“Dan, melalui NGO ini kita akan tangani masalah yang berbangkit ini dengan lebih efisien,” kata Mazlan yang juga Penasihat Bapa ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sehubungan itu, Mazlan berkata, Bapa yang pengerusinya Razman Zakaria akan menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan nasib warga Felcra dibela dengan sebaik mungkin.

“Bapa juga fungsinya sama (dengan Anak), kita akan bantu warga Felcra... dengar masalah mereka sebelum kita kaji dan lihat ke mana kita boleh bantu. Kalau ia melibatkan masalah di pentadbiran Felcra di kawasan itu kita akan bawa ke sana, kalau melibatkan peringkat pusat kita akan bawa ke sana.

“Kalau perlu melibatkan menteri, kita akan bawa isu itu kepada menteri yang berkaitan. Kita akan serah memorandum.

“Suka ingin saya katakan bahawa kita akan gunakan pelbagai kaedah untuk membantu warga Felcra,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini.

Tambah beliau, Bapa akan mula beroperasi di Perak bermula hari ini dan rangkaian di negeri-negeri lain akan dilancarkan kemudian.

“Mengenai Bapa buat masa ini kita akan buka di Perak dulu kerana Perak mempunyai banyak Felcra, selepas itu kita akan buka rangkaian di negeri-negeri lain.
“Selama ini Felcra tiada platform untuk mengadu masalah, jadi dengan adanya Bapa kita boleh membantu,” katanya.

Hari ini Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah mengadakan pelancaran Bapa di Taiping, Perak.

Felcra telah ditubuhkan pada tahun 1966 untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Felcra kini dipengerusikan Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak, Perak.

Rakyat keliru : 1Malaysia dan perkauman Umno

Tikus Professional Baiki Labu 1Malaysia Yang Cacat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi92bVoL0e3QSf6RdUaZ8QtZw5IQ4ZCqblEcAxtHsBdfczFwtqz5GDAdNSEYnzxizMhzP4BMFL_5LV_qGgGm7mJCaehrxWWsLSHN7G2IFgPPhdPFRVq8HKmRm1LthyphenhyphendFvLFIaqrNpTrf9jF/s320/rat+pumpkin.jpg

ARTIKEL : Jika benar konsep 1Malaysia adalah idea Datuk Seri Najib Razak, maka kini terbukti ia adalah pemikiran separuh masak; sekurang-kurangnya dalam soal pelaksanaannya. Hakikat ini adalah jelas daripada komen mentor beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa “rakyat masih keliru dan belum faham” kempen yang hendak diketengahkan oleh Najib.

Maka kini konsep 1Malaysia ibarat “rumah siap pahat berbunyi.” Kerja-kerja ubahsuai, memugar hujah untuk memberi gambaran lebih jelas mula dilakukan.

Pejabat Perdana Menteri terpaksa merekrut pakar-pakar tempatan untuk memberi wajah baru kepada konsep 1Malaysia yang terjebak dalam debat apakah ia idea original Najib atau syarikat perunding Amerika, Apco Worldwide.

Isu itu jadi rumit kerana konsep yang dilahirkan oleh Najib itu terlalu mirip slogan 1Israel yang dikaitkan dengan Apco. Apapun sebelum “nasi menjadi bubur”, Najib perlu menyelamatkan idea 1Malaysia daripada jadi bahan tertawa dan ejekan Pembangkang dan sebilangan besar rakyat yang masih “kurang faham dan keliru” seperti kata Dr Mahathir.

Terbaharu, peneraju Media Prima Sdn Bhd, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dan lima “hulubalang” medianya dipinjamkan khidmat mereka ke Jabatan Perdana Menteri untuk membantu menggilap idea yang belum ranum Najib itu. Mungkin ini adalah satu contoh kerjasama sektor swasta dan awam yang cukup intim.

Sekaligus langkah ini mungkin mengalih dan juga memadamkan curiga rakyat terhadap dakwaan bahawa Najib menggunakan dana awam untuk melonjakkan imej beliau, partinya dan kerajaan BN dengan membayar RM77 juta kepada Apco.

Input daripada pakar tempatan ini menyusuli hakikat bahawa bekas koresponden Reuters, Abdul Jalil Hamid yang sebelum ini berkhidmat dengan Suruhanjaya Sekuriti juga dipinjamkan khidmatnya kepada Pejabat Perdana Menteri. Iltizam Najib untuk meleraikan serabut berhubung isu 1Malaysia memang agak ketara.

Namun di sebalik ikhtiar ini bersimpul pula pelbagai persoalan. Misalnya, dalam keghairahan menyebarkan idea 1Malaysia, TV3 di bawah pimpinan Farid Ridzuan didenda oleh Suruhanjaya Multimedia tahun ini kerana menyiarkan promo AidilFitri yang mengelirukan mengenai Islam dan hubungannya dengan agama lain.

Tayangan promo itu terpaksa ditarik balik oleh TV3 apabila mendapat protes orang ramai. Banyak pihak menyifatkan bahawa idea 1Malaysia yang cuba dipaparkan oleh TV3 di bawah pimpinan Farid itu sebagai “tergeliat” daripada maksud sebenar Najib mengetengahkan konsep 1Malaysia.

Maka timbul persoalan, kini ketua Media Prima yang pernah didenda oleh pihak kerajaan ini direkrut oleh penasihat-penasihat Najib untuk menyemarakkan idea 1Malaysia. Tidakkah itu ada risikonya? Apa jaminannya pemikiran liberal Farid dan lima hulubalang medianya akan sekali lagi tidak boleh diterima masyarakat?

Jika “pisang berbuah dua kali” siapa yang hendak mendenda Jabatan Perdana Menteri?

Jika Dr Mahathir risau konsep 1Malaysia masih kelam dan mengelirukan rakyat, tidakkah patut bekas perdana menteri itu lebih risau jika beliau tahu Farid diberikan tugas untuk “membaiki labu” 1 Malaysia yang ternyata cacat ini?

Namun begitulah perangai Umno dan BN; sukar dan sering keberatan untuk belajar dari sejarah. Maka bak kata Dr Mahathir sendiri, sesuatu kerja jika dilakukan berulang kali akan kekal menjadi kemahiran bagi diri seseorang. Lantas berterusanlah Umno-BN wujud dalam kepompong “mediocrity” atau lembam.

Oleh kerana penghijrahan Farid ke Jabatan Perdana Menteri ini dibuat agak secara besar-besaran mulai 1 Januari 2011, adakah itu petanda bahawa pilihanraya umum ke-13 makin hampir? Atau, mungkinkah ia akan menjadi sebab mengapa Najib perlu menangguhkan pilihanraya umum ke satu tempoh yang lebih lama lagi kerana idea 1Malaysianya mungkin menjadi bertambah “kalut dan langsung tidak dapat difahami” oleh lebih ramai rakyat?

Namun, yang pasti ramai warga Media Prima yang menghela nafas lega kerana Farid yang selama ini begitu tekun dan taat melaksanakan tugas-tugas propaganda di syarikat itu demi peluang duduk semeja dan sebaris pemimpin-pemimpin kerajaan sehingga ramai yang merasa tertekan kerana ketaatannya, sudah dapat disisihkan.

AES bakal tambah jumlah saman

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/th_CIMG3111.jpg
PARIT BUNTAR , 25 Dis. : Tindakan kerajaan memperkenalkan bentuk saman ekor baru dengan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan dikendalikan oleh syarikat swasta dibimbangi menambahkan jumlah saman yang dikeluarkan.

Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata, AES ialah sistem penggunaan kamera yang akan mengambil gambar kenderaan yang melakukan kesalahan, memprosesnya dan kemudiannya mengeluar dan menghantar saman kepada pesalah trafik.

"Syarikat swasta akan mendapat habuan mereka daripada jumlah saman yang dikeluarkan. Tentulah syarikat swasta mementingkan keuntungan jadi saman mesti kena ada, kalau tidak, syarikat itu akan rugi lah.

"Tambahan pula ia bukan dikendalikan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) atau polis. Mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh syarikat swasta yang dilantik” katanya

Adnan berkata kerajaan telah memberikan kontrak pengendalian AES kepada Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd sebelum pindaan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 diluluskan.

" Pindaan undang-undang belum pun lulus, kerajaan dah berikan kontrak kepada syarikat swasta. Maksudnya , pengurusan kerajaan tidak mengkaji kesan jangka panjang sebaliknya membuat sesuatu secara tergesa-tergesa.

“ Sekarang ini saman pun nak diswastakan. Rakyat sudah terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, bila diswastakan saman, ianya satu tindakan yang membebankan rakyat” katanya

Sementara itu, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad (gambar) menyokong usaha Pakatan Rakyat menghantar memorandum memohon Yang di-Pertuan Agong menangguhkan kelulusan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang diluluskan Dewan Negara baru-baru ini.

“Memorandum itu merupakan jalan terakhir setelah usaha Pakatan Rakyat menghalang kelulusan rang undang-undang itu sehingga ke peringkat Dewan Negara tidak berhasil.

“"Tidak ada jalan lain lagi, jalan terakhir memohon kepada Tuanku sahaja. Mohon Tuanku menitahkan rang undang-undang berkenaan dibahas semula di Parlimen kerana ianya dibuat secara tergesa-gesa” katanya

Hamdan menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai pengkhianatan kepada rakyat kerana pemimpin BN hanya memikirkan kepentingan mereka dan menguntungkan sesetengah pihak.

“ Pindaan ini tidak akan menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit seperti masalah kemalangan maut yang semakin meningkat, masalah senarai hitam pemilik kenderaan dan juga masalah saman ekor.

“ Jelas , pindaan-pindaan terhadap undang-undang ini hanya bersifat teknikal dan bertujuan memperkenalkan sistem penguatkuasaan automatik (Automated Enforcement System-AES) “ katanya

Menteri Pelajaran yang tak tahu kerajaan persekutuan bayar gaji guru

Muhyiddin Yassin Politikkan Imbuhan Guru - Shamsul Iskandar


SHAH ALAM 25 Dis.: Saranan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pemberian imbuhan RM500 kepada guru-guru di negara ini dilaksanakan oleh negeri Pakatan Rakyat adalah tidak wajar.

Kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri itu di anggap sebagai spontan tanpa meneliti dasar pendidikan negara seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Justeru tambahnya, kerajaan persekutuan menganggap ia sebagai isu yang harus dipolitikkan.

"Sebab itu saya candangkan kepada Muhyiddin supaya menyemak semula kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan. Dia harus tahu membezakan bidang kuasa persekutuan dan negeri," tegasnya.

Beliau yang dihubungi Tv Selangor berkata, kerajaan sedia ada tidak serius dalam usaha meningkatkan martabat guru melalui imbuhan selain memastikan kualiti pendidikan negara meningkat baik.

Peruntukan sebanyak RM3.2 bilion setahun dijadikan alasan negara akan muflis sekiranya diberikan kepada tenaga pendidik adalah tidak munasabah jelas beliau lagi.

Tambahnya, jumlah itu tidak akan menggugat kewangan negara.

Sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan kenyataan Muhyiddin yang seolah-olah memandang remeh isu pendidikan selain tidak serius mengangkat martabat institusi itu di negara ini.

Menurut Anwar lagi, langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan itu adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan.

Melalui Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang diumumkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat kedua awal bulan lalu, Shamsul berkata tumpuan menyelaras dasar pendidikan negara akan menampakkan keberkesanan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat diberi peluang.

Mengambil contoh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya melaksanakan dasar air percuma walaupun terdapat banyak pihak berpandangan sinikal terhadap perlaksanaan justeru membuktikan tiada kesan pada kewangan negeri.

Jelasnya lagi, isu ketirisan dalam negara yang terpaksa ditanggung kerajaan dan rakyat umumnya memerlukan modal jauh lebih tinggi berbanding imbuhan kepada tenaga pengajar generasi muda.

"Kita menyatakan bahawa apabila disebut tentang 100 hari program Pakatan Rakyat, kita telah laksanakan di peringkat negeri-negeri yang kita perintah dalam skala yang kecil. Tapi kalau peringkat kerajaan persekutuan, kuasa itu lebih besar dan kita boleh laksanakan janji-janji yang lebih efektif dan kita yakin ia telah diteliti dengan baik dan menyebabkan Umno-BN berasa tergugat dan terpaksa menyerang," jelas beliau.