Kini tumbangnya pemerintahan kuku besi Presiden Tunisia, Zine al-Abedine Ben Ali selama 23 tahun yang berjaya digulingkan rakyatnya melalui jalanraya meskipun beliau dahulunya mendapat kuasa melalui rampasan kuasa tentera.
Drama penyingkiran Presiden Tunisia itu bermula empat minggu lalu apabila bantahan golongan pelajar merebak ke seluruh negara dan akhirnya sampai ke ibu negara pada Khamis lepas.
Rata-rata rakyat sudah bosan dengan pemerintahan Ben Ali tetapi kemuncak kemarahan mereka berpunca daripada kegagalan pemerintah mengekang kenaikan mendadak barangan keperluan asas seperti susu, roti dan gula yang amat membebankan orang ramai.
Tiadanya peluang pekerjaan sehingga mahasiswa teragut nyawanya akibat ditahan untuk menjual buah dan sayur bagi menyara keluarganya.
Penderitaan sekian lama yang mencengkam akhirnya meledak dan pengaruh mahasiswa dan golongan muda menyaksikan tumbangnya sebuah empayar kuku-besi di Tunisia.
Meskipun Tunisia bekas negara jajahan Perancis, Ben Ali dihalang untuk melarikan diri ke Perancis oleh Presiden Nicholas Sarkozy.
Kini Ben Ali kini berada di Jeddah mendapatkan perlindungan dari Raja Arab Saudi, Raja Abdullah.
Rashid Ghanoushi yang berada dibuangan negeri di London kini akan kembali ke Tunisia. Diharapkan cahaya gerakan Islam akan kembali bertapak dan berkembang setelah era kejatuhan ideologi manusia yang terlalu rapuh untuk memerintah manusia.
Usia pemerintahan Ben Ali lebih-kurang sama dengan Mahathir. Pemerintahan perkauman arab di Tunisia lebih-kurang sama dengan Umno-BN memerintah Malaysia.
Sememangnya tak mampu ditahan lagi. Usia pemerintahan Umno-BN sudah sampai tahap menggelunsur. Kini giliran Pas PR menggantikan Umno-BN. Tetapi Pas dan PR akan menjatuhkan UMNO-BN dalam medan pilihan-raya.
Sejak 1951 Pas memilih pendekatan pilihanraya sebagai satu pendekatan aman. Meskipun diprovokasi, difitnah, dizalimi, Alhamdulillah Pas masih lagi menggunakan pendekatan secara berhemah.
Pas masih lagi menggunakan pendekatan tahalluf siyasi dengan parti-parti lain maupun kaum serta agama lain. Diharapkan Umno-BN masih lagi bersedia untuk berpencak di tanah yang sama rata.
Kita juga bimbang kalau-kalau UMNO-BN sentiasa menggunakan kuasanya, berterusan melakukan ketidakadilan dalam system pemerintahan, sistem SPR yang menyebabkan rakyat rasa ditipu, ditindas, dizalimi serta dirampas hak mereka menyebabkan rakyat memilih jalanraya untuk mendapatkan hak mereka.
Rakyat pun ada tempoh had kesabarannya.
Ketika itu kemana pemimpin UMNO nak lari??? Kalau Mahathir dahulu pernah menyebut… kalau Anwar jadi PM beliau nak lari ke Australia. Ben Razak nak lari kemana pulak?
Sekarang Rosmah berada diluar-negara dengan lawatan rasminya yang mengalahkan PM. Tengok-tengoklah negara mana yang sesuai untuk suaka politik???
ustsaifulbahri
No comments:
Post a Comment