Thursday, January 20, 2011

Berita baik untuk ahli Umno : Tunjuk kad ahli dapat harga murah

Harga barang runcit naik

http://files.myopera.com/marhaen/blog/poster_pru_bnaik2.jpg
ALOR SETAR, 21 Jan. : Kenaikan harga barang runcit membebankan peniaga sehinggakan mereka kadangkala terpaksa menanggung kerugian disebabkan modal yang terlalu tinggi.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata peniaga terutama mereka yang menjual makanan berdepan dengan masalah ini sejak penghujung tahun lalu.

Peniaga roti canai, Halim Hassan, 45, berkata, perniagaan roti canainya itu dimulakan sejak 15 tahun lalu namun kali ini hampir setiap hari dia terpaksa berdepan dengan masalah kekurangan keuntungan.

Menurutnya, sebelum kenaikan harga barang dia boleh mengaut keuntungan sekitar 35 peratus daripada modal yang dikeluarkan namun, kini ia menurun kepada 25 peratus sahaja.

“Semua harga bahan mentah naik termasuklah cili kering, rempah, halia dan telur sehingga menyebabkan untung yang diperoleh tidak dapat disimpan dan habis dijadikan sebagai pusingan modal.

“Kami sebagai peniaga sememangnya bimbang, jika harga bahan mentah semakin meningkat bagaimana kami harus berniaga kerana asyik terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barang,” katanya kepada Sinar Harian.

Halim berkata, apabila kenaikan harga bahan mentah berlaku, peniaga juga terpaksa berdepan dengan kerenah pelanggan yang kadangkala tidak berpuas hati dengan harga yang diletakkan peniaga.

Bagi peniaga masakan panas, Mohd Ali Khan, 53, harga yang digunakan masih lagi dikekalkan iaitu RM3 bagi setiap makanan walaupun terpaksa menanggung kerugian.

Menurutnya, walaupun harga yang diletakkan tidak berbaloi dengan bahan yang digunakan namun, dia terpaksa akur untuk menjaga hati pelanggan.

Katanya, jika dia menaikkan harga, dia bimbang sekiranya pelanggan akan merungut ataupun dia terpaksa menanggung kerugian yang lebih besar.

“Saya tidak mahu menaikkan harga makanan yang saya jual kerana tidak mahu berdepan dengan rungutan pelanggan kerana itu mampu menjejaskan perniagaan yang dijalankan.

“Kini, saya terpaksa mengeluarkan modal lebih daripada RM200 sehari berbanding sebelum ini hanya RM150 untuk tempoh sama,” katanya.

Mohd Ali berkata, dia berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera dan harga bahan mentah berpatutan. SH

No comments:

Post a Comment